‘Teruskan Langkah Baikmu’ oleh Wardah Memeriahkan Ramadan dengan Perbuatan Baik

Alami Minggu Sains Kecantikan yang Berbeza daripada Sebelum Ini

'Teruskan Langkah Baikmu' oleh Wardah Memeriahkan Ramadan dengan Perbuatan Baik

Kuala Lumpur, 20 March 2024 – Wardah adalah sebuah jenama kecantikan halal terkemuka yang menyediakan produk berkualiti tinggi serta disesuaikan dengan keperluan wanita Islam moden kini memperkenalkan kempen Ramadan ‘Teruskan Langkah Baikmu’ bagi menghayati semangat Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada individu bagi membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka. Demi menandakan permulaan inisiatif bermakna ini, Wardah telah mengumumkan Minggu Sains Kecantikan Wardah @ Blue Atrium, Sunway Pyramid dari 19 hingga 24 Mac 2024. Pengunjung boleh mencuba sendiri aktiviti menarik dan interaktif yang bertujuan mempromosikan penjagaan kulit sambil disokong oleh sains dalam usaha meningkatkan keyakinan diri, mendedahkan kecantikan dalaman dan pertumbuhan peribadi.

Pengunjung boleh melibatkan diri dalam pengalaman yang menggabungkan sains, kecantikan dan penjagaan diri. Mereka boleh mula dengan stesen pemeriksaan kulit untuk memahami jenis kulit mereka, diikuti dengan pemeriksaan UV untuk menilai kerosakan matahari dan mendapatkan nasihat secara langsung. Kemudian, pengunjung boleh mencuba pemeriksaan kelembapan kulit untuk menentukan tahap penghidratan dan singgah ke bar tekstur kami untuk meneroka tekstur penjagaan kulit yang berbeza. Di Stesen Warna, pengunjung boleh mencuba Analisis Penjagaan Peribadi untuk mengetahui warna bermusim dan rona unik terbaik. Pengunjung dapat mengetahui warna yang menyerlahkan kecantikan semula jadi mereka dan belajar cara mencipta gaya yang sesuai dengan mereka. Selain itu, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam Stesen Refleksi yang dibuat khas untuk menggalakkan sesi kaji diri anda dan fikir sejenak. Stesen-stesen ini menyediakan persekitaran yang tenang untuk peserta merenungkan pertumbuhan peribadi, memperkasakan mereka untuk menerima kualiti unik diri sendiri dan meneruskan perjalanan mereka ke arah pemerkasaan diri dan kecantikan dalaman.

'Teruskan Langkah Baikmu' oleh Wardah Memeriahkan Ramadan dengan Perbuatan Baik
Cik Karina Anindita, Ketua Pemasaran Antarabangsa Paragon dan Encik Sandi Tyas Pangestu, Saintis Penjagaan Kulit R&D daripada Wardah

“Kami teruja untuk meraikan pelancaran kempen inspirasi kami, yang merangkumi semangat Ramadan dan nilai yang kita pegang. Ramadan ialah masa untuk kita bersama-sama menyokong antara satu sama lain dan berusaha untuk menjadi diri kita yang lebih baik. Dengan itu, kami melancarkan kempen “Teruskan Langkah Baikmu,” kata Cik Karina Anindita selaku Ketua Pemasaran Antarabangsa Paragon.

Selain sesi interaktif, para pengunjung berpeluang menikmati promosi dan diskaun istimewa bagi produk Wardah serta menerima pemberian percuma dan hadiah eksklusif. Kerjasama istimewa dengan HariRose iaitu jenama fesyen tempatan yang khusus dalam cetakan tudung yang bergaya, terkini dan moden turut disediakan di Minggu Sains Kecantikan Wardah. Terdapat koleksi perayaan Harirose x Wardah khas dilancarkan untuk para pengunjung. Mereka boleh menjadi orang terawal untuk mendapatkan koleksi ini bersama-sama dengan kotak istimewa dan aksesori hijab.

'Teruskan Langkah Baikmu' oleh Wardah Memeriahkan Ramadan dengan Perbuatan Baik

Wardah menyediakan pelbagai aktiviti dan program istimewa pada Ramadan kali ini selaras dengan semangat ‘Teruskan Langkah Baikmu’ yang merangkumi;

  1. Ekspedisi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke Baling, Kedah, dengan jenama saudaranya Kahf. Satu pasukan seramai 30 orang bertolak dari Kuala Lumpur pada 14 Mac dengan membawa barangan runcit bernilai RM30,000 ke 2 kampung untuk diberi kepada lebih 1,750 keluarga yang kurang bernasib baik.
  2. Minggu Sains Kecantikan Wardah di Sunway Pyramid dari 19 hingga 25 Mac akan memaparkan produk kecantikan yang disokong oleh sains, bengkel penjagaan kulit dan demonstrasi solekan.
  3. Majlis Iftar Ala Madinah di Karangkraf dari 25 hingga 29 Mac bertujuan untuk memberikan juadah kepada seramai 8,000 – 10,000 orang masyarakat Shah Alam dalam tempoh 5 hari
  4. Wardah juga akan membuat tayangan perdana rancangan bual bicara khas Heart to Heart bersama Duta Jenama Dayah Bakar dan 3 penceramah jemputan iaitu Sharifah Rose, Vivy Yusof dan Aisyah Hijannah
  5. Filem pendek pertama Wardah yang dinanti-nantikan bertajuk ‘Surat untuk Seri’ yang mengisahkan tentang ‘Tteruskan Langkah Baikmu”

Sertai kami dalam meraikan semangat Ramadan dan kekal positif dengan kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’ Wardah dari 19 – 24 Mac 2024 di Blue Atrium @ Sunway Pyramid.

Jangan lepaskan tawaran istimewa Wardah semasa Minggu Sains Kecantikan dari 19 hingga 24 Mac! Nikmati diskaun sehingga 20% untuk produk penjagaan kulit, diskaun sehingga 30% untuk kosmetik, dan rebat segera RM10 dengan setiap pembelian bernilai RM80. Selain itu, terima hadiah percuma dengan pembelian minimum RM100. Tambah baik rutin kecantikan anda dengan Wardah dan berjimat lebih banyak pada Ramadan kali ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Teruskan Langkah Baikmu’ dan untuk kekal mengetahui berita dan promosi terkini daripada Wardah, layari https://wardahbeauty.com/ atau ikuti Wardah Malaysia di Instagram  @wardahbeauty_my  dan di Facebook @wardahbeauty.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts