Terokai lokasi pelancongan terbaik di Malaysia dengan koleksi Edisi Terhad Kotex® Teroka Lokal

Kotex® Malaysia melancarkanportal memaparkan lokasi pelancongan terbaik Malaysia untuk galak gadis melancong di samping menyokong komuniti lokal dengan badan bukan kerajaan (NGO), WOMEN:girls.

KUALA LUMPUR, 30 September 2021 – Kotex® memperkenalkan koleksi edisi terhad, Teroka Lokal, yang diinspirasikan oleh empat destinasi pelancongan popular di Malaysia dalam usaha untuk mengetengahkan lanskap pelancongan Malaysia. Sebagai penyokong kemajuan wanita dan jenama tuala wanita yang inovatif dan terkemuka, koleksi Kotex® yang terbaharu diwujudkan untuk memupuk perasaan bangga dan memperkasakan wanita di Malaysia yang rindu keseronokan mengembara dan menerokai keindahan negara ini, disamping menikmati pengalaman dan pemandangan Malaysia dengan pengalaman melancong yang unik, dalam keselesaan rumah masing-masing. Dengan Kotex®, gadis muda boleh kemana-mana sahaja pada bila-bila masa, tidak terbatas dengan waktu haid mahupun pandemik.

Oleh kerana kebanyakan negeri masih tidak dibuka untuk dilawati buat masa ini, Kotex® membawakan pemandangan Malaysia yang sememangnya indah dan menarik kepada wanita dan gadis di seluruh negara. Koleksi serba-baharu edisi terhad Teroka Lokal mempamerkan kepelbagaian permandangan dan pengalaman pelancongan di Malaysia, termasuk pemandangan bandar Kuala Lumpur, tapak warisan Pulau Pinang, persisiran pantai yang bersih di samping hidupan laut di sekitar negeri Terengganu dan juga budaya etnik dan lanskap semula jadi negeri Sabah dan Sarawak.

Kotex® Teroka Lokal diwujudkan untuk mendorong gadis muda di luar untuk menerokai lokasi pelancongan tempatan. Sebahagian dari kempen ini, Kotex® juga akan melancarkan filter Augmented Reality (AR) Teroka Lokal yang membolehkan wanita dan gadis diluar sana untuk  menikmati dunia Teroka Lokal.

Selain itu, dalam usahasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Pertubuhan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), Kotex® Malaysia bakal memberikan pek tuala wanita untuk menyokong komuniti tempatan yang memerlukan dengan setiap penggunaan filter AR oleh wanita di luar sana bagi menerokai lokasi pelancongan dengan pakaian yang paling kreatif. Untuk setiap hantaran di Instagram dan Facebook yang menggunakan filter AR Edisi Terhad Teroka Lokal dengan tag @kotexmy, Kotex® akan memberikan satu pek tuala wanita kepada komuniti yang memerlukan.

“Ramai di antara kita yang menghadapi kesusahan dalam tempoh pandemik ini. Dengan koleksi ini, kami ingin kongsikan sedikit keceriaan, terutamanya setelah tempoh yang sangat sukar terperangkap di rumah demi kesihatan dan keselamatan masing-masing.Kami juga ingin memberi peluang kepada wanita di luar sana untuk menyokong wanita-wanita yang memerlukan. Melalui usahasama dengan WOMEN:girls, kami ingin menyokong lebih 20,000 gadis muda dan wanita yang telah terkesan oleh pandemik ini. Kami percaya wanita, tidak mengira asal-usul mereka, memerlukan akses asas kepada produk penjagaan wanita sebagai keperluan dan bukannya pilihan,” kata Radhika Agarwal, Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia.

“Ianya merupakan satu perkara yang sangat menyedihkan, apabila produk penjagaan kebersihan wanita masih tidak dianggap sebagai satu keperluan asas. Pandemik COVID-19 telah mencipta ketidakseimbangan akses kepada produk penjagaan wanita, termasuk pendidikan tentang kitaran haid. WOMEN:girls telah mula komited bertahun yang dahulu untuk memastikan gadis muda dan wanita di seluruh negara mempunyai akses sama rata kepada pendidikan tentang kitaran haid melalui program-program yang telah dijalankan di bawah organisasi kami. Kami berasa seronok dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka Kotex, yang turut percaya dengan visi dan harapan yang sama seperti kami,” kata Izza Izelan, Pengarah Eksekutif, WOMEN:girls.

Terus ke kedai berhampiran anda dan kumpul 4 jenis koleksi edisi terhad Teroka Lokal Kotex® selagi stok masih ada! Jangan lupa untuk  teroka destinasi lokal dan gunakan filter AR di Instagram dengan tag @kotexmy. Setiap hantaran yang berjaya dan mengikut kriteria asas yang ditetapkan bakal menyokong wanita yang memerlukan tuala wanita Kotex®. Layari www.kotex.my dan rujuk Facebook dan Instagram Kotex® untuk maklumat lanjut.

© 2023 BlackButterfly DesignArts