Mengembara dunia dengan bajet bukan lagi sekadar impian, jadikan ia sebuah realiti menerusi Jualan EPIC dan tips pintar daripada Traveloka
Kuala Lumpur, 31 Julai 2024 – Terdapat pelbagai sebab untuk anda mengembara ke destinasi impian tanpa berbelanja besar. Sedia untuk menerokai dunia? Percutian merupakan masa yang sentiasa dinanti-nantikan bagi melarikan diri daripada rutin harian dan menerokai tempat-tempat baru. Bayangkan pada bulan ini anda mungkin sedang sibuk mencari sajian istimewa dari Kuala Lumpur ke Tokyo, dan pada bulan seterusnya, menghadiri konsert artis kegemaran anda di Singapura dan meneroka Jalan Hallyu K-Star di Korea Selatan. Segalanya boleh direalisasikan dengan merebut promosi keemasan yang ditawarkan menerusi Jualan EPIC Traveloka, bersama-sama dengan tips dari Traveloka untuk memaksimumkan diskaun bagi pelbagai tiket penerbangan, penginapan hotel, pengalaman dan produk pelancongan lain. Pastikan anda telah memuat turun aplikasi Traveloka dan ia telah dikemaskini kepada versi terkini untuk menikmati promosi menakjubkan sepanjang Jualan EPIC!
Iko Putera, Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Traveloka, berkata, “Kami memahami bahawa setiap individu mempunyai percutian impian yang unik dan istimewa. Traveloka mengadakan Jualan EPIC bagi memberi inspirasi dan memudahkan pengguna untuk merealisasikan percutian impian mereka dengan harga berpatutan dan tanpa ragu-ragu. Menerusi rangkaian luas tawaran produk pelancongan yang komprehensif, Traveloka boleh menjadi rakan kongsi yang dipercayai untuk pengguna di setiap langkah perjalanan mereka kerana kami percaya bahawa setiap percutian adalah peluang berharga untuk mencipta kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.”
Bermula dari 30 Julai hingga 11 Ogos 2024, pengguna Traveloka boleh mengakses promosi-promosi hebat yang merangkumi EPIC Deal, EPIC Hour Deal dan Super EPIC Deal bagi pengalaman percutian di seluruh dunia yang lebih menyeluruh dan mesra poket. Untuk memaksimumkan tawaran-tawaran ini, lihat tips dan maklumat yang dikongsikan oleh Traveloka:
Apabila merancang percutian anda, jangan lepaskan promosi hebat di Jualan EPIC Traveloka untuk mendapatkan tawaran terbaik dan paling menguntungkan.
● Super EPIC Deal
Sebagai tambahan kepada EPIC Deal & EPIC Hour Deal, Traveloka bakal mempersembahkan Super EPIC Deal dengan lebih tawaran hebat bagi produk-produk terpilih. Menerusi Super EPIC Deal, tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun dengan ANA adalah lebih berpatutan, bermula dari hanya RM2428. Anda juga boleh menikmati penginapan santai di hotel lima-bintang Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur dari RM170 dan Carlton Hotel di Singapura dari RM787. Cipta memori manis dengan yang tersayang dengan melawat Studio Universal Jepun, Disneyland Hong Kong dan tempat tarikan terkenal lain dengan promosi istimewa Beli 1, Percuma 1 dan banyak lagi!
● EPIC Deal
EPIC Deal menawarkan diskaun sepanjang sehari sehingga 50% untuk Tiket Penerbangan, Penginapan Hotel, Pengalaman dan produk-produk pelancongan lain.
● EPIC Hour Deal
EPIC Hour Deal menjanjikan diskaun tambahan dan tawaran eksklusif setiap hari bagi tempahan hotel bermula 7.00 PM hingga 10.00 PM.
2. Catat Masa Terbaik untuk Merancang Percutian Mesra Bajet
Masa merupakan segalanya apabila anda menempah produk pelancongan! Untuk tawaran yang terbaik, tempah percutian anda lebih awal dari masa perjalanan. Ini bukan sahaja membantu anda untuk menyimpan wang tetapi juga memberi anda masa yang lebih panjang untuk merancang percutian.
EPIC Hour Deal merupakan peluang keemasan untuk diskaun yang hebat! Pastikan anda mengaktifkan notifikasi di aplikasi Traveloka dan guna fungsi Wishlist untuk menandakan produk impian anda supaya anda tidak terlepas EPIC Hour Deal apabila ia disiarkan secara langsung. Tumpukan perhatian pada aplikasi Traveloka untuk mendapat maklumat terkini mengenai promosi Jualan EPIC.
3. Pilih Cara Pembayaran Sesuai dan Maksimumkan Promosi Rakan Kongsi Bank dengan Mata Traveloka untuk Penjimatan Tambahan
Ambil tahu mengenai pelbagai promosi menarik dan tanda masa yang terbaik untuk melakukan tempahan. Pilih cara pembayaran yang sesuai dan anda kini hanya selangkah daripada percutian impian anda. Untuk memastikan percutian anda lebih berpatutan, gabung promosi-promosi ini dengan tawaran eksklusif dari rakan kongsi bank Traveloka, sebagai contoh diskaun 15% dengan kad kredit bank CIMB.
Anda juga boleh menebus Mata Traveloka untuk lebih penjimatan bagi bajet percutian anda. Kumpul mata dengan setiap transaksi bagi diskaun tambahan dan tawaran eksklusif bagi percutian anda yang seterusnya. Lebih banyak transaksi yang anda lakukan, lebih banyak mata yang dikumpul untuk lebih penjimatan bagi percutian anda pada masa hadapan.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat dari Traveloka sepanjang Jualan EPIC. Pastikan anda merebut peluang keemasan ini sebelum 11 Ogos 2024. Lawati Traveloka sekarang dan rancang percutian impian anda pada harga berpatutan!