Terokai Asteroid City karya Wes Anderson, di Airbnb

Kuala Lumpur, 13 Jun 2023 – Begitu ramai orang kini mencipta simetri dan skema warna ikonik Wes Anderson versi mereka sendiri di media sosial menggunakan hashtag #wesanderson. Trend ini telah mendapat lebih daripada 977 juta tinjauan.

Bagi mereka yang ingin membintangi filem Wes Anderson mereka sendiri, Airbnb dan Universal Pictures hari ini berkongsi 10 penyenaraian dari seluruh dunia yang menepati estetiknya – daripada The Grand Budapest Hotel kepada filem baharunya Asteroid City – sekaligus memberikan peminat peluang untuk mencipta semula momen filem Wes mereka sendiri, sama seperti Jason Schwartzman dan Scarlett Johansson.

Asteroid City, yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan ini, berlatarbelakangkan sebuah bandar padang pasir fiksyen sekitar tahun 1955. Dalam filem itu, sebuah konvensyen Junior Stargazer/Space Cadet – yang dianjurkan untuk membawa para pelajar dan ibu bapa dari seluruh negara untuk sebuah pertandingan ilmiah – terganggu akibat peristiwa-peristiwa yang mengubah hidup mereka. Bersiap sedialah untuk filem ini dengan menerokai penginapan-penginapan Airbnb di bawah, yang menawarkan suasana yang ideal untuk sesiapa sahaja yang bermimpi untuk mencipta semula momen mereka sendiri yang diilhamkan oleh Wes Anderson.

© 2023 BlackButterfly DesignArts