Grab kerjasama dengan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) sebagai Rakan Penghantar (E-Hailing) rasmi acara Art In The City 2021.
Grab meningkat kesedaran dan pendedahan Art In The City kepada jutaan pengguna platform Grab melalui GrabAds.
Grab menyedia solusi mobiliti yang selesa, selamat dan murah bagi orang ramai untuk menyaksi dan menghargai acara kesenian dan kebudayaan Malaysia.
Petaling Jaya, 29 November 2021 – Grab Malaysia mengumumkan pembabitan menjadi rakan e-panggilan (pengangkutan) rasmi kepada acara ‘Art In The City’ 2021 kelolaan CENDANA bagi membolehkan warga Malaysia kembali menghargai kesenian dan kebudayaan tempatan. Menerusi kerjasama ini Grab menyediakan akses yang selesa dan selamat pada kadar yang berpatutan – pergi balik ke destinasi pelbagai acara dan pameran dan Grab juga menyokong langsung acara tertentu dengan mempertingkatkan kesedaran melalui paparan pada platform menerusi GrabAds.
Semenjak dua tahun lepas, sektor kesenian telah terkesan dengan teruk akibat pandemik dan peraturan kawalan pergerakan dengan lebih 90% pengamal kesenian dan kebudayaan tempatan dilaporkan telah terkesan secara negatif[1]. Selain itu, kajian CENDANA mendapati 87% responden percaya seni merupakan sumber asas keperluan kehidupan, manakala 77% setuju seni menyumbang kepada kesejahteraan hidup ketika PKP[2].
Kerjasama ini adalah sebahagian dari komitmen berterusan Grab sebagai usaha menyokong Malaysia membina semula ekonominya selepas terjejas teruk akibat pandemik yang melanda dunia, dengan memikul tugas dan peranan dalam membangunkan semula sektor kesenian dan kebudayaan tempatan. Mengulas tentang kerjasama ini, Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara, Grab Malaysia berkata, “Kami di Grab, percaya kepada kegunaan teknologi dan rangkaian untuk manfaat kepada komuniti. Dengan pelbagai pameran dan acara di seluruh bandar raya, warga Malaysia memerlukan perkhidmatan pengangkutan yang selesa, selamat dan termampu. Oleh itu, kami berbangga menjadi rakan e-panggilan rasmi AITC bagi memastikan semua peserta dan pengunjung mendapat akses pengangkutan pada kadar harga berpatutan untuk meneroka dan berulang balik ke destinasi acara sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, kami juga berbangga kerana berpeluang menjadi salah satu penyokong kepada kejayaan AITC, menerusi paparan pada platform untuk menarik pembabitan pengguna.”
Turut mengulas tentang inisiatif ini, Izan Satrina Mohd Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, berkongsi bahawa usahasama seperti ini adalah penting untuk nadi penyemerak kepada mana-mana industri yang terkesan daripada pandemik.
“Kami terangsang untuk menjalinkan kerjasama bersama Grab sekali lagi, terutamanya dalam mendukung sektor kreatif Malaysia di ketika norma baharu ini. Tanpa kerjasama dengan Grab dan rakan yang lain, kami tidak mungkin mampu mengendalikan lebih 100 program yang dinamik, beraneka warna dan bersifat optimistik di Art In The City tahun ini. Kerjasama penuh bermakna serta semangat kolaboratif seperti inilah yang dapat menggiatkan acara kesenian dan kebudayaan walaupun di waktu pandemik melanda. Dan kami sangat menanti untuk menjalin kolaborasi lanjut bagi menyuburkan peranan kesenian dan kebudayaan sebagai jiwa satu bangsa dan memperagakan kekuatan yang dibawa kepada kita semua,” jelas Izan Satrina.
Sebagai rakan e-panggilan rasmi Art In The City 2021, Grab menyediakan promosi pengangkutan eksklusif dengan 3 potongan RM5 dengan menggunakan kod promo GRABTOAITC bagi menikmati perkhidmatan pengangkutan ke pelbagai lokasi acara dan pameran bermula 25 November 2021.
Selain menyedia pengangkutan yang selesa, selamat lagi murah, Grab turut mendukung acara ini menerusi penajaan bagi memastikan kelestarian dan kejayaan acara tersebut:
- Grab menaja 1 juta mata GrabRewards sebagai hadiah peraduan fotografi media sosial LOVEMYBATIK sempena pameran LOVEMYBATIK yang dipamerkan di GMBB.
- Grab mengguna GrabAds, iaitu program periklanan platform Grab, bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai AITC kepada jutaan pengguna Grab dengan mengiklankan AITC pada platform tersebut.
Selain itu, Grab turut melangsungkan pameran di acara Forest In The City sebagai usaha mendidik warga Malaysia mengenai pengangkutan Carbon Neutral-nya. Ciri khas yang baharu dilancarkan ini membolehkan pelanggan menambah 10 sen bagi setiap kali penggunaan pengangkutan sebagai usaha membantu meneutralkan pengeluaran karbon ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan Grab. Kutipan wang tunai akan disalurkan kepada sebuah projek menanam pokok di Perak, iaitu di Tropical Rainforest Conservation and Research Centre, yang akan membantu menyerap gas rumah hijau.
[1] COVID-19 Impacts to The Arts Report by CENDANA.
[2] Audience Propensity to Return to Arts Activities and Venues Report by CENDANA.