Teroka Bersama Purple Passport Oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Aneka Hadiah Sedia Dimenangi

“Pasport” mini untuk anda mengumpul cop lalu memenangi barangan eksklusif, kredit Kad TCB, atau penginapan hotel 4 hari 3 malam di Penang, Kuala Lumpur atau Johor!

Kuala Lumpur, 30 September 2022 – Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-25, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memperkenalkan sebuah peraduan baharu, ia berpaksikan sekeping kad ungu yang akan menjadi pasport anda untuk memenangi barangan eksklusif, kredit untuk Kad TCB ataupun pakej penginapan hotel selama 4 hari 3 malam di Pulau Pinang, Kuala Lumpur atau Johor!

Dinamakan Purple Passport (Pasport Ungu) – berdasarkan warna signatur jenama – kad ungu baharu daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® ini boleh didapati dari mana-mana outletnya mulai 1 Oktober! Setelah ia diperoleh, pemilik Purple Passport tersebut hanya perlu mengumpul 10 cop untuk “melengkapkannya”, lalu mereka akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik! Setiap outlet juga akan menyediakan 2 daripada 10 reka bentuk cop unik untuk dikumpul – yang meskipun semuanya tidak diperlukan bagi memenangi peraduan ini, ia menambah satu lagi cabaran jika anda ingin mengumpul kesemua reka bentuk cop tersebut!

Langkah untuk mengambil bahagian dalam peraduan* ini adalah seperti berikut:

  1. Kunjungi mana-mana outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® berbelanjasekurang-kurangnya RM25 untuk dapatkan Purple Passport anda dan cop pertama.
  2. Peroleh cop bagi setiap RM25 yang dibelanjakan.
  3. Setelah anda mengumpul 10 cop di Purple Passport anda, anda hanya perlu menulis jawapan kepada soalan, “Berapakah usia The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada tahun ini?”.
  4. Letak Purple Passport anda ke dalam peti yang disediakan di outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda. Pastikan butiran nama dan talian hubungan anda betul.
  5. Anda boleh menghantar lebih daripada satu Purple Passport yang telah dilengkapkan; setiap penghantaran dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk menang.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Dari penghantaran yang dibuat, tiga peserta bertuah akan dipilih untuk memenangi pakej penginapan hotel selama 4 hari 3 malam di Pulau Pinang, Kuala Lumpur atau Johor (bernilai hingga RM2,000)! 25 hadiah sagu hati juga sedia untuk dimenangi – ia terdiri daripada barangan ulang tahun ke-25 yang eksklusif dan juga kredit untuk Kad TCB bernilai RM100. Para pemenang akan dihubungi dan diumumkan di saluran-saluran media sosial The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia selepas peraduan tersebut tamat pada tarikh 31 Oktober 2022. Untuk butiran lengkap kempen tersebut, sila layari www.coffeebean.com.my/purplepassport.

Di samping kempen Purple Passport ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga akan melancarkan barisan minuman baharu untuk bulan Oktober, iaitu Pumpkin Ice Blended® (kecil RM 16.90, biasa RM 17.90), Pumpkin Latte (hot/iced) (kecil RM16.50, biasa RM 17.50), and Pumpkin Cream Cold Brew (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50)! Minuman-minuman ini bakal menemui anda mulai 4 Oktober 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian kami seperti Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang kami di www.coffeebean.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts