TechCamp Percuma Ditawarkan untuk Para Remaja oleh Exabytes

TechCamp Percuma Ditawarkan untuk Para Remaja oleh Exabytes

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024 — Perhatian kepada para genius muda! Exabytes TechCamp | Nurturing Young Minds with Web Mastery sedang menawarkan bengkel percuma dan komprehensif yang direka untuk memperkenalkan remaja kepada dunia dinamik pembangunan web. Dianjurkan oleh Exabytes, program ini adalah khusus untuk remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun dan menawarkan peluang berharga untuk mempelajari kemahiran penting secara percuma.

Peserta yang berminat boleh mendaftar untuk sesi pada 17 atau 18 Ogos 2024, kedua-duanya berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang di Exabytes Event Hall, Puchong. Peserta dikehendaki membawa komputer riba dengan keupayaan Wi-Fi, buku nota dan pen untuk mencatat, serta akaun Gmail yang aktif. Pada tahun ini, TechCamp juga turut bekerjasama dengan GogoKids dan Mighty Coders Academy. GogoKids akan menyelia koordinasi, manakala Mighty Coders Academy akan mengetuai bengkel dan memberikan bimbingan pakar.

Peserta akan memulakan perjalanan pendidikan bermula dengan asas struktur dan elemen HTML, seterusnya ke penataan halaman web menggunakan CSS. Exabytes TechCamp juga akan memperkenalkan asas-asas JavaScript dan peranannya dalam pembangunan web. Selain itu, segmen praktikal bengkel akan memberi tumpuan kepada penggunaan WordPress, di mana peserta akan mereka bentuk dan membina laman web mereka sendiri. Pengalaman ini akan melengkapkan mereka dengan kemahiran teknikal sambil menggalakkan kreativiti dan inovasi ketika mereka membangunkan dan membentangkan projek laman web peribadi masing masing.

Sebagai penyedia utama penyelesaian perniagaan, awan, digital, dan e-dagang serba lengkap di Asia Tenggara, Exabytes memahami kepentingan pengetahuan teknikal dan membawanya ke tahap seterusnya dengan memupuk kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis peserta semasa bengkel ini berjalan. Tambahan pula, Exabytes turut menyediakan kontrak domain percuma selama setahun untuk laman web peserta, hosting, dan pelayan peribadi maya (VPS) di bawah Program Digitalise Penang untuk membantu mereka melancarkan projek dalam talian mereka.

“Kami mahu memupuk generasi celik teknologi yang dilengkapi dengan kemahiran yang dapat membantu mereka berjaya dalam zaman digital yang semakin berkembang. Exabytes TechCamp adalah cara kami membuka pintu dan mencipta akses kepada asas teknologi. Bagi kami, adalah penting untuk membina keyakinan kanak-kanak terhadap kebolehan mereka dan membenarkan mereka meningkatkan kemahiran dalam aspek teknologi. Ketika berakhirnya program ini, kami berharap agar para pelajar akan memupuk minat baharu terhadap pembangunan web dan penciptaan,” kata Kee Siak Chan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes.

“Kami berhasrat ia dapat memberi inspirasi dan mendidik generasi pembangun web yang akan datang. Bengkel ini adalah peluang yang hebat untuk remaja mendalami dunia pembangunan web dan membina laman web mereka sendiri. Kami percaya bahawa dengan memupuk kreativiti dan kemahiran teknikal mereka sejak awal, kami membantu membentuk masa depan teknologi. Kami amat teruja untuk melihat projek inovatif dan idea-idea yang bakal terlahir melalui program ini,” kata Teo Yan Chun, Pengasas Bersama GogoKids.

Exabytes TechCamp is one of Exabytes’ programmes dedicated towards bettering the lives of various communities. Some of their other initiatives include the Accelerate Women Entrepreneurship with Exabytes (AWEWE) conference, Exabytes Blood Donation Drive 2024, and Let’s Plant A Tree.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar untuk Exabytes TechCamp, layari laman web mereka di sini.

© 2024 BlackButterfly DesignArts