Teammys Catat Kemenangan Bergaya! Dinobatkan Sebagai Juara Sulung Kejohanan Pokémon Unite Malaysia Open

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2022 – TeamMYS muncul sebagai juara dalam kejohanan Pokémon UNITE Malaysia Open 2022, menewaskan 53 pasukan berbakat dari seluruh negara. Pasukan itu berjaya membawa pulang hadiah terkumpul berjumlah USD20,000 berserta gelaran sebagai juara rasmi Malaysia pertama dalam arena Pokémon UNITE.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun gembira dengan kejayaan pasukan itu dan pencapaian bersejarah mereka. “Bagi pihak Yoodo, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli pasukan TeamMYS! Kami gembira kerana menjadi sebahagian daripada kejohanan Pokémon UNITE yang julung kalinya diadakan di negara ini dan menyaksikan corak permainan serta kemahiran hebat yang dipamerkan oleh semua pemain di dalam kejohanan ini. Ianya jelas membuktikan apa yang kami yakini selama ini iaitu sememangnya ada ramai bakat-bakat hebat di dalam komuniti e-sukan Malaysia, dan kami berbangga kerana dapat melahirkan satu lagi juara e-sukan di kalangan para pemain kita bagi mengetengahkan bakat-bakat yang kita ada.”

Pada perlawanan akhir kejohanan itu, TeamMYS telah bertembung dengan DUNE dan berjuang habis-habisan untuk muncul sebagai yang terbaik daripada tiga perlawanan, dan TeamMYS dinobatkan sebagai juara setelah berjaya mengutip 849 Mata Perlawanan dalam Game One dan 864 Mata Perlawanan dalam Game Two pada perlawanan akhir.

Kejohanan Pokémon UNITE Malaysia Open dianjurkan dengan kerjasama Yoodo dan The Pokémon Company sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasakan bakat-bakat muda, dan pada masa sama menyediakan sebuah platform pertandingan bagi membolehkan mereka mempamerkan penguasaan masing-masing dalam permainan tersebut. Sebagai organisasi yang memperjuangkan inisiatif ini, ia juga selari dengan matlamat Pokémon UNITE untuk mengembangkan kedudukannya di Malaysia, yang kekal menjadi salah sebuah negara terbesar dan paling menguntungkan dalam dunia permainan video mudah alih.

Dengan pasaran kukuh 17.4 juta pengguna, segmen e-sukan Malaysia yang berpotensi tinggi sememangnya menjadi tumpuan utama bagi Yoodo, syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital sejak beberapa tahun yang lalu. Pelaburan strategik dalam pasukan, kejohanan, dan kerjasama e-sukan telah membolehkan Yoodo mendabik dada di dalam arena ini sebagai syarikat telekomunikasi pilihan para pemain, dan pada masa sama mengangkat ekosistem e-sukan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

 “Ia sememangnya mengagumkan untuk melihat komuniti ini terus berkembang,” ujar Tuck Mun. “Saya bangga menyatakan bahawa Malaysia mempunyai arena e-sukan yang sangat bersemangat dan aktif, dan penyertaan kami dalam e-sukan bukanlah suatu perkara yang biasa. Adalah penting bagi kami untuk mengembangkan komuniti e-sukan bagi memberi peluang kepada setiap pemain untuk bersinar dan mencari cara kreatif untuk mendekatkan anda dengan para pemain permainan video mudah alih kegemaran anda. Sebagai penyokong komuniti e-sukan di peringkat akar umbi, Yoodo sentiasa yakin dengan potensi para pemain e-sukan Malaysia, dan kerjasama dengan The Pokémon Company ini akan mengukuhkan lagi falsafah kami. Kami akan terus menggalakkan dan memberikan pendedahan kepada bakat-bakat ini untuk tahun-tahun yang akan datang.”

Yoodo juga secara rasminya telah melancarkan pelan tambahan atau Add-On yang sangat dinanti-nantikan khusus untuk Pokémon UNITE. Ia boleh didapati pada harga promosi RM1 untuk 20GB hingga 31 Disember. Pelan tambahan baharu itu kini menjadi sebahagian daripada senarai pelbagai pelan tambahan khusus untuk permainan video mudah alih lain yang disediakan untuk para penggunanya, membolehkan mereka bermain sepanjang hari dan malam dengan tambahan 20GB data pada bila-bila masa ianya diperlukan.

“Pelan tambahan atau Add-On kami adalah aspek yang paling unik di dalam perkhidmatan Yoodo”, jelas Tuck Mun. “Data berkelajuan tinggi khusus untuk aplikasi tertentu pada harga yang tiada tandingannya adalah impian bagi setiap pemain yang berdedikasi, dan ia menunjukkan kesungguhan kami dalam menyediakan pelan yang boleh diubah suai sepenuhnya yang memberikan para pemain data secukupnya mengikut keperluan mereka. Kami berharap dengan adanya pelan tambahan Pokémon UNITE baharu ini akan menarik lebih banyak lagi minat para pengguna terhadap permainan itu, dan menggalakkan mereka untuk terus berjuang di dalam medan pertempuran.”

Yoodo baru-baru ini telah mencatatkan sejarah sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan The Pokémon Company, memasukkan Pokémon UNITE ke dalam jadual perlawanan mereka sebagai satu lagi kejohanan berprestij dalam siri kejohanan permainan video mudah alih yang berjaya dianjurkan oleh mereka. Sehingga April 2022, Pokémon UNITE telah mencatatkan lebih daripada 70 juta muat turun di seluruh dunia, dan kerjasama dengan Yoodo menandakan kemasukan pertama permainan itu secara rasmi ke dalam pasaran Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Yoodo, sila kunjungi  www.yoodo.com.my atau dapatkan berita dan maklumat terkini mengenai acara e-sukan menerusi @yoodoesports di Facebook dan @yoodoesportsmy di Instagram.

© 2023 BlackButterfly DesignArts