Tayangan Epic Hampir Tiba – Yoodo Alliance-4Rivals Bersedia Untuk Menguasai PUBG Mobile

Bersedia untuk Chicken Dinners kerana Yoodo akan Memperkenalkan Pasukan Baharu PUBG Mobile

Kuala Lumpur, 2 Mac 2022 – Yoodo, 100 peratus perkhidmatan mudah alih digital pertama yang boleh diubahsuai di Malaysia – telah memperkenalkan pasukan baharu PUBG Mobile, Yoodo Alliance-4Rivals.

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkongsi, kerjasama sedia ada Yoodo dengan organisasi antarabangsa e-sukan yang berpangkalan di Sweden, Alliance, meletakkan asas ke arah perkongsian baharu ini.

Tambah Tuck Mun, “Sebagai sebuah syarikat telekomuniasi yang berdedikasi memperjuangkan bakat e-sukan Malaysia dari akar umbi, kami benar-benar teruja untuk menyokong pemain generasi akan datang e-sukan dengan rakan kongsi dengan menubuhkan Alliance dan 4Rivals. Kami yakin kerjasama ini akan meningkatkan e-sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi, dan mengukuhkan lagi kedudukan Yoodo sebagai syarikat telekomunikasi pilihan untuk pemain.”

Jonathan Berg, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance, berkongsi, “Alliance dan Yoodo berkongsi banyak perkara yang sama, salah satunya ialah kami komited untuk melahirkan ramai pemenang dan memupuk bakat. Kerjasama kami dengan 4Rivals pastinya akan mencerminkan pada skala global, dan kami yakin senarai baharu ini mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.”

Menjelang kemunculan sulung mereka di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) baru-baru ini sebagai salah satu daripada dua pasukan yang mewakili Malaysia, Yoodo Alliance-4Rivals menetapkan level untuk tahap persaingan dan prestasi baharu dalam kancah e-sukan tempatan.

Sejak penampilan sulung mereka pada Ogos 2021, 4Rivals berjaya meningkat naik hanya dalam masa yang singkat. Baru-baru ini, pasukan yang berpangkalan di Selangor ini berjaya merangkul tempat ketiga dalam Liga Pro PUBG Mobile – Kejuaran SEA Musim 4: Liga, serta Liga Pro PUBG Mobile – MYSG Musim 4: Akhir. Dengan kehebatan dan kemahiran permainan mereka, Yoodo Alliance-4Rivals pasti akan menjadi pasukan yang mempunyai kelebihan berbanding pesaing mereka.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Mohd Hafizuddin bin Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif 4Rivals turut berkongsi, “Kami sangat teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan organisasi seperti Alliance dan Yoodo. Kami berharap dengan sokongan mereka, 4Rivals dapat mencapai tahap yang lebih tinggi dan mengharungi cabaran PUBG Mobile di Malaysia dengan jayanya.”

Yoodo Alliance-4Rivals Bersedia Untuk Menguasai PUBG Mobile

Pasukan Yoodo Alliance-4Rivals terdiri daripada:

o   Appy – Muhammad Haziq Hanafi bin Mad Zain, 22 (In Game Leader)

o   Eypul – Mohamad Saiful Annuar Bin Shahrom, 25 (Support)

o   Rith – Harith Aimar bin Stanley Michael, 18 (Fragger)

o   Pemburu – Sahrul Daulay Bin Jailani, 25 (Support)

o   Vokey – Muhammad Imran b Rosli, 22 (Fragger)

“Prestasi pasukan setakat ini sangat menarik untuk ditonton, dan kami yakin gabungan sokongan daripada Yoodo dan Alliance akan membantu pasukan berkembang ke tahap yang lebih tinggi,” sambung Tuck Mun. “ Kami berharap terus mendapat sokongan anda ketika Yoodo Alliance-4Rivals meneruskan perjalanan untuk menguasai arena e-sukan.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yoodo di www.yoodo.com atau platform khusus Yoodo untuk semua yang berkaitan e-sukan dan permainan di www.facebook.com/yoodoesports.

© 2023 BlackButterfly DesignArts