Tawaran “Sand-sational” di Desaru Coast

Tawaran pakej hotel dari RM689 dan peluang merasai zaman kanak-kanak semula di Adventure Waterpark pada harga tiket kadar kanak-kanak pada RM39 sahaja untuk semua*

Desaru Coast, Johor, 2 Oktober 2020 – Musim ini, para pengunjung ke Johor Desaru Coast pasti akan mendapat lebih daripada yang dijangkakan di destinasi pelancongan keluarga Malaysia yang terbaharu dan paling digemari ini. Selain daripada menikmati kawasan lapang seluas 3,900 ekar yang terletak di sepanjang pantai 17km yang bersih – jauh daripada kesesakan orang ramai – mereka boleh memanfaatkan tawaran “Sand-sational” yang ditawarkan oleh hotel-hotel utama di destinasi tersebut.

Salah satu daripadanya adalah Hard Rock Hotel Desaru Coast yang menawarkan pakej 2H1M untuk Bilik Superior pada harga RM689 (tambahan RM100 untuk malam hujung minggu) termasuk sarapan pagi bagi dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak (berumur 3 – 11 tahun). Untuk memastikan para tetamu mendapat penginapan yang setaraf dengan bintang rock, pakej tersebut juga disertakan dengan pas untuk menaiki pacuan All-Terrain Vehicle (ATV) dan dua pilihan sama ada  tiket ke Adventure Waterpark – salah sebuah taman tema air yang terbesar di dunia – atau lawatan ke dusun buah-buahan yang terkenal, Desaru Fruit Farm.

Tawaran “Sand-sational” di Desaru Coast

Sementara itu, The Westin Desaru Coast Resort juga menawarkan pakej 2H1M bagi dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak, termasuk sarapan di Bilik Deluxe, pada harga RM769. Pakej tersebut juga termasuk aktiviti pilihan di antara menaiki pacuan ATV atau “Banana Boat”. Para tetamu yang memanfaatkan tawaran pakej ini turut akan menerima pilihan tambahan sama ada lawatan ke Desaru Fruit Farm atau tiket ke Adventure Waterpark.

Tambahan pula, setiap dewasa yang ingin ke Adventure Waterpark hanya perlu membayar harga tiket kadar kanak-kanak iaitu RM39 bagi pemegang MyKad (RM 49 untuk pengunjung tanpa MyKad) dan ini merupakan peluang untuk mereka menikmati keriangan bagaikan kanak-kanak semula. (Harga tiket biasa bagi pengunjung yang berumur 12 tahun ke atas  adalah RM151 dan RM94 untuk pemegang bukan MyKad dan MyKad masing-masing.)

Promosi tawaran “Sand-sationa”l ini adalah sesuatu yang dinantikan rakyat Malaysia untuk menikmati percutian yang menyeronokkan di Desaru Coast Destination Resort. Tawaran menarik ini sah sehingga 17 Disember 2020. Di destinasi kami, para pengunjung boleh menikmati aktiviti-aktiviti yang tersedia ada tetapi para pengunjung masih perlu mematuhi penjarakan fizikal di kawasan lapang di sepanjang pinggiran pantai 17km bagi ketenangan minda. Tawaran “Sand-sational” ini dirumus khas untuk para pelancong Malaysia berdasarkan sambutan menggalakkan yang kami terima setelah pelancongan domestik dibuka semula di Desaru Coast,” kata Hoe Teck Wei, Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn Bhd.

“Selain daripada tawaran percutian, kami juga menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat untuk menikmati keriangan bagaikan kanak-kanak dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Pengalaman ini boleh dirasai oleh semua tanpa mengira umur bagi  mengimbau semula zaman kanak-kanak yang dirindui. Mereka bukan sahaja akan mendapat penjimatan kira-kira 60 peratus untuk harga tiket masuk, malah berkesempatan untuk menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bagaikan kanak-kanak di Adventure Waterpark,” tambah beliau.

Tawaran “Sand-sational” di Desaru Coast
DCIM100MEDIADJI_0030.JPG

Adventure Waterpark menawarkan sesuatu yang menarik kepada setiap pengunjung – bukan sahaja kepada mereka yang muda, tetapi juga yang pernah merasai zaman muda! Taman tema yang berlatarbelakangkan perkampungan nelayan tradisional ini menerima kunjungan yang semakin meningkat daripada pelancong dari seluruh negeri sejak akhir-akhir ini. Para pengunjung akan dapat menikmati pelbagai aktiviti dan tarikan yang unik, sebahagiannya tidak boleh dinikmati di tempat-tempat lain di Malaysia, seperti water coaster pertama di rantau ini.

Di Adventure Waterpark, para pengunjung boleh menikmati lima zon splash-tacular, setiap satu mempunyai tarikan unik yang tersendiri. Contohnya, Penawar Falls akan mengalu-alukan kedatangan para pengunjung sebaik sahaja mereka masuk ke dalam taman, dengan tarikan seperti Swinging Ship dan Surf Wall – sebuah simulator peluncur ombak berkuasa tinggi. Tidak jauh dari sini, Penawar River akan membawa para pengunjung  untuk menikmati suasana tengah hari yang santai sambil terapung mengikut aliran sungai melalui landskap tebing sungai dan pemandangan perkampungan nelayan yang indah. Sementara itu, mereka yang inginkan aksi dan pengembaraan boleh menaiki Wild Whirl, Super Twister, Riptide dan The Tempest yang memberikan pengalaman baru penuh keterujaan sambil bergelak ketawa!

Pengembaraan ke dalam taman tema air ini, para pengunjung akan menemui Shipwreck Reef yang merupakan tapak kepada Kraken’s Revenge, sebuah tarikan yang menggabungkan roller coaster dan flume ride dengan percikan air. Ia membawa penumpang-penumpang kapal kepada ketinggian 30 meter dari aras tanah sebelum menjunam dan berputar 360 darjah dalam pusingan mendatar. Jika pengunjung perlu bertenang selepas menaiki Shipwreck Reef, mereka boleh berehat dengan kemewahan di Beachside Cabanas, atau bersantai di pinggiran pantai berpasir yang panjangnya 170 meter di Tidal Wave Beach.

Akhir sekali, Kids Ahoy! merupakan sebuah zon khusus bagi kanak-kanak dengan tiga kawasan permainan berasingan mengikut kategori umur. Zon ini dilengkapi permainan air dengan kombinasi 13 gelongsor air yang berbeza. Kanak-kanak, remaja dan juga ibu bapa boleh merealisasikan impian mereka dengan menaiki tarikan seperti Li’l Warrior’s Hideout, Scallywags dan Starfish Splash.

Untuk memastikan kunjungan anda semua selamat dan menyeronokkan, Desaru Coast telah mengambil langkah berjaga-jaga dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard termasuk penjarakan social. Oleh yang demikian, para pengunjung dinasihatkan membuat tempahan awal bagi memudahkan perancangan percutian anda.

Semua tawaran ini boleh didapati di Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Adventure Waterpark adalah sah sehingga 17 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari www.desarucoast.com, hubungi talian atau Whatsapp +6019 791 2217 atau e-mel ke concierge@desarucoast.com.

Tawaran “Sand-sational” di Desaru Coast – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts