Tawaran Pan-Tastic Hanya Dengan Pandapro!

Dapatkan Langganan Percuma Selama 2 Bulan dan Rebat RM50 Sekarang

Malaysia, 10 Jun 2022 – Ingin tawaran pan-tastic? Jangan tunggu lagi kerana foodpanda Malaysia kini menawarkan beberapa promosi menarik menerusi pelan langganan bulanan mereka, pandapro.

Bermula sekarang hingga 30 Jun 2022, anda hanya perlu mendaftar pelan langganan pandapro untuk menebus langganan percuma selama 2 bulan dan rebat RM50 yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam dompet baucar anda.

“Di foodpanda, kami sememangnya suka berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan para pengguna kami setiap hari. Terutama sekali sekarang di mana lebih ramai rakyat Malaysia telah mula kembali ke pejabat, mereka akan disajikan dengan pelbagai pilihan diskaun menarik daripada pandapro apabila mereka membuat pesanan makanan dan juga barangan runcit. Itulah yang kami namakan sebagai tawaran pan-tastic!” kata Pengarah Komersial Kanan foodpanda Malaysia, Jay Ar Juan.

Ikuti langkah di bawah untuk menebus langganan percuma selama 2 bulan bersama-sama dengan rebat RM50:

  1. Klik pada tiga garis melintang di sebelah alamat anda dalam aplikasi foodpanda.
  2. Kemudian, klik pada “Langganan” untuk memilih pelan pilihan anda.
  3. Seterusnya, bayar jumlah yang ditetapkan bagi pelan yang dipilih dan teruskan dengan memilih tambah kaedah pembayaran.
  4. Selepas pembayaran telah berjaya, anda akan menerima langganan selama 2 bulan dan baucar RM50 di dalam “Baucar” anda dalam tempoh beberapa hari.
  5. Akhir sekali, anda hanya perlu menggunakan rebat untuk pembaharuan pelan anda dan gunakan RM50 untuk pesanan makanan dan barangan runcit. Tunggu apa lagi? Pesanlah sekarang!

Jangan tunggu lagi! Dapatkan pelan langganan anda sekarang dengan hanya RM8.90 sebulan atau dapatkan lebih banyak lagi penjimatan apabila anda melanggan pelan jangka panjang RM6.90 sebulan selama 6 bulan atau RM4.90 sebulan selama 12 bulan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran-tawaran hebat setiap kali anda membuat pesanan melalui aplikasi foodpanda.

Tawaran-tawaran tersebut termasuklah:

  1. 12x penghantaran percuma tanpa pesanan minimum untuk pesanan melebihi RM25
  2. Potongan 25% dan ke atas tanpa had di lebih 25,000 restoran
  3. Baucar eksklusif pandamart foodpanda
  4. Tawaran potongan 25% tanpa had untuk makan di kedai atau Dine-in
  5. Potongan ekstra 5% tanpa had untuk pesanan ambil sendiri atau pick-up order

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat tawaran pandapro ini, sila lawati

© 2023 BlackButterfly DesignArts