Salah satu jenama susu kegemaran Malaysia memupuk semangat memberi melalui Kempen Goodday Berkat Sepakat.
Malaysia, 20 Mei 2022 – Walaupun digemparkan dengan berita tentang sambutan perayaan secara mengejut, masih terdapat banyak keluarga yang bertekad untuk menjadikan musim perayaan kali ini sebuah perayaan yang tidak dapat dilupakan bersama orang yang tersayang. Susu Goodday, salah satu jenama susu kegemaran rakyat Malaysia sejak 1968, telah mengambil pendekatan yang berbeza dengan usaha mereka untuk memberi balik kebaikan kepada komuniti dengan memupuk semangat bersedekah yang terbaik untuk mewarnai kehidupan lebih daripada 1,000 keluarga kurang berkemampuan dalam menyiapkan persediaan untuk menyambut Hari Raya yang lebih bermakna.
Melalui Kempen Goodday Berkat Sepakat yang diadakan sepanjang bulan Ramadan di tiga lokasi berbeza di Selangor, Johor, dan Kelantan, kempen ini telah menyediakan platform untuk semua orang menyumbang kemampuan mereka dan usaha yang akan memberikan manfaat yang banyak kepada golongan yang memerlukan. Memikul nilai utama yang terdapat dalam inisiatif ini, “Sekecil Usaha, Sebesar Makna”, Susu Goodday percaya bahawa selain wang ringgit, sumbangan kebaikan dalam pelbagai jua bentuk dan walau sekecil mana sumbangan itu seperti sumbangan barangan, masa dan kemahiran juga mampu mendatangkan perubahan yang besar kepada mereka yang kurang berkemampuan.
“Kita sentiasa di bawah persepsi bahawa sumbangan hanya boleh dibuat oleh mereka yang berkemampuan atau dalam bentuk wang ringgit, oleh itu dengan Kempen Goddday Berkat Sepakat, kami mahu mengubah tanggapan ini dan mendidik rakyat Malaysia bahawa sumbangan bukan sahaja dari yang kaya kepada yang miskin, tetapi juga oleh orang biasa yang ingin membantu sesama sendiri dalam kemampuan diri masing-masing. Tahun ini, kami bukan sahaja dapat memberikan Raya yang bermakna buat mereka yang memerlukan, tetapi juga Ramadan yang barakah untuk para sukarelawan mencurah sepenuh hati dan usaha mereka kepada masyarakat,” kata Amy Gan, Nasib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd.
“Kempen Goodday Berkat Sepakat adalah salah satu program yang amat bermakna yang telah kami anjurkan setakat ini, dan ia dapat menyentuh ramai orang dengan cara yang lebih intim. Kerana kami memahami semangat memberi sentiasa berkibar di dalam hati setiap masyarakat di Malaysia, kami berhasrat menyediakan platform ini untuk membolehkan sesiapa sahaja memberi kepada mereka yang lebih memerlukan,” ujar Amy.
Susu Goodday telah menyahut rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan dalam menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka dengan menyediakan pelbagai kindness station untuk memberikan perkhidmatan percuma seperti memotong rambut, membaiki kasut, jahitan dan pemeriksaan kesihatan kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk sambutan perayaan yang serba mencukupi. Kempen Goodday Berkat Sepakat telah Berjaya menarik lebih daripada 1,000 pengunjung ke Tapak Berkat dengan keluarga dan anak-anak mereka untuk mendapatkan potongan rambut baharu, pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan membaik pulih baju melayu mereka. Di samping aktiviti, Tapak Berkat, Susu Goodday juga telah menyediakan juadah berbuka puasa dan menyumbangkan barangan (pakaian dan barangan runcit) kepada keluarga-keluarga yang menghadiri acara itu untuk melengkapkan persiapan hari raya mereka.
Dengan sambutan yang positif daripada komuniti di ketiga-tiga lokasi ini, kempen ini dapat memenuhi intipati “Sekecil usaha, Sebesar makna”, dan dapat menyebarkan keceriaan perayaan untuk semua keluarga yang terlibat melalui pelbagai bentuk sumbangan amal.
Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Goodday, sila layari: https://www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Goodday Berkat Sepakat, sila layari: https://www.youtube.com/watch?v=9gtoCsVDqU0&t=9s