Susu Goodday Melancarkan Kempen Goodday’s Happee PPVs Untuk Meningkatkan Semangat Dan Menyebarkan Positiviti Di Pusat Vaksinasi Kanak-Kanak

Susu Goodday menjalankan peraduan dalam talian sebagai tanda sokongan kepada kanak-kanak yang menerima vaksinasi dengan menghadiahkan produk Susu Goodday yang lazat dan berkrim

Kuala Lumpur, 14 April 2022 – Sempena pembukaan semula sekolah pada akhir Mac, Susu Goodday, salah satu jenama susu kegemaran Malaysia sejak 1968, telah melancarkan kempen Goodday’s Happee PPVs. Bertujuan untuk menceriakan pengalaman vaksinasi kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka, Goodday’s Happee PPVs ialah kempen yang diteruskan daripada kempen Goodday’s Happee PPEs yang telah diadakan pada November-Disember 2021.

Dengan peningkatan penularan Covid-19 daripada kluster sekolah, Malaysia telah meningkatkan usaha vaksinasi untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mulai 3 Februari 2022. Program tersebut menyaksikan hampir 38.2% kanak-kanak telah menerima dos pertama (seperti yang dinyatakan Covidnow, Kementerian Kesihatan) untuk perlindungan yang diperlukan dan juga untuk ke arah kehidupan yang normal.

Demikian, Goodday’s Happee PPVs akan menceriakan stesen vaksin untuk menjadikannya mesra kanak-kanak khas buat si kecil yang akan divaksinasi. Stesen vaksin warna-warni yang dihiasi karya-karya menarik yang direka oleh rakan sebaya mereka dijadikan tumpuan utama. Selain itu, si kecil akan diberikan accomplishment board apabila gambar mereka diambil di photo booth. Kempen Goodday’s Happee PPVs juga telah mengubah rupa PPV di WTC KL, Axiata Bukit Jalil, MMU dan Emporis Kota Damansara untuk suasana yang lebih mesra kanak-kanak. Tambahan pula, Susu Goodday yang enak dan berkhasiat juga akan diedarkan kepada kanak-kanak sebaik sahaja mereka selesai menerima vaksinasi di pusat-pusat vaksinasi tersebut.

Susu Goodday Melancarkan Kempen Goodday’s Happee PPVs

“Peningkatan kes Covid-19 di kalangan kanak-kanak mencetuskan kebimbangan si kecil dan ibu bapa yang risau akan jangkitan virus tersebut. Sambil kita bersiap sedia untuk fasa endemik, kita perlu melakukan apa yang kita mampu untuk memastikan generasi muda kita dilindungi dan divaksin. Kami melancarkan Goodday’s Happee PPVs untuk tujuan ini dan supaya kanak-kanak kita diberikan pengalaman yang menggembirakan apabila mereka menerima vaksin. Kami di Susu Goodday sentiasa bertekad untuk menyebarkan kebaikan kepada komuniti dan kami berharap untuk terus melakukan kebaikan melalui kempen dan produk kami pada masa yang akan datang,” kata Jenny Wong, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd.

Demi memperkasakan lagi kempen ini, Susu Goodday akan memberi baucar produk untuk 2 karton Susu Goodday di Shopee Mart kepada 40 pemenang bertuah. Mereka hanya perlu memuat naik gambar mereka selepas vaksinasi dan menghiasi gambar mereka dengan pelekat vaksinasi (sticker) dan GIF secara kreatif dan berkongsi gambar tersebut di bahagian komen siaran (post) Facebook Goodday’s Happee PPVs dengan menggunakan hashtag #GooddayMilkMalaysia dan #GooddayHappeePPVs. 10 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk mendapat baucar Shopee Mart. Peraduan ini akan dijalankan sehingga Rabu, 20 April 2022 untuk memberi masa yang cukup kepada si kecil untuk menghantar gambar mereka.

Susu Goodday Melancarkan Kempen Goodday’s Happee PPVs

Melalui kempen Goodday’s Happee PPVs ini, kanak-kanak bukan sahaja akan mempunyai kenangan indah tentang pengalaman vaksinasi tetapi juga akan lebih tenang waktu pandemik ini supaya mereka dapat menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan bahagia. Pusat vaksinasi terbaharu yang menarik dan penuh keceriaan boleh ditemui di Emporis Kota Damansara mulai sekarang hingga Sabtu, 30 April 2022. Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif dan aktiviti Susu Goodday yang akan datang,  sila layari laman Facebook Goodday Milk Malayasia www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts