Sunway Dan Nec Malaysia Melakar Perjalanan Baharu Menerusi Pusat Kecemerlangan Baharu

NEC Malaysia meluaskan empayarnya di Sunway City Iskandar Puteri dengan pembukaan Pusat Kecemerlangan Inovasi secara besar-besaran

Kuala Lumpur, 28 Mei 2021 – Tahun 2021 membuktikan tahun kemajuan untuk Sunway City Iskandar Puteri dan NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd (NEC Malaysia), dimana NEC Malaysia menyokong ekonomi digital negara dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Inovasi (CoE) pertamanya di negara ini di Menara Sunway Big Box Office, Johor.

Dengan pengembangan empayarnya dari Singapura ke Wilayah Selatan Malaysia, Pusat Kecemerlangan Inovasi (CoE) NEC Malaysia beroperasi sementara di Sunway Citrine Hub di Sunway City Iskandar Puteri, Johor sambil menunggu persiapan penuh Menara Sunway Big Box Office bagi memindahkan perkhidmatan pengurusan serta operasi pusat perhubungan untuk pelanggan mereka di Asia Tenggara mulai Januari 2023.

Sunway City Iskandar Puteri dan NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd, dimana NEC Malaysia menyokong ekonomi digital negara dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Inovasi (CoE) pertamanya di negara ini di Menara Sunway Big Box Office, Johor
Mr Gerard Soosay, Chief Executive Officer of Sunway City Iskandar Puteri

Gerard Soosay, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway City Iskandar Puteri berkata bahawa perjanjian penyewaan antara pemaju dan NEC Malaysia dapat memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia dengan mewujudkan peluang pekerjaan khususnya dalam kawasan perbandaran bersepadu itu, seterusnya menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi pada masa yang sama.

“Kami gembira kerana NEC Malaysia memilih Menara Sunway Big Box Office sebagai lokasi pilihan untuk menubuhkan pusat perhubungan serantau pertama di Malaysia. Dengan peluasan operasi NEC Malaysia ke Johor, kami yakin mereka akan dapat menjangkaui pelanggan di rantau Asia Tenggara dengan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pelanggan,” kata Gerard.

Sunway City Iskandar Puteri dan NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd, dimana NEC Malaysia menyokong ekonomi digital negara dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Inovasi (CoE) pertamanya di negara ini di Menara Sunway Big Box Office, Johor
Mr Chong Kai Wooi, Managing Director of NEC Corporation of Malaysia

“Sebagai bandar yang berkembang pesat, Sunway City Iskandar Puteri adalah lokasi ideal untuk kami memperluaskan penyelesaian bandar pintar dan mencapai pembangunan lestari di Malaysia dan rantau ASEAN. Kami berharap dapat mengembangkan teknologi perkhidmatan teras digital inovatif dan perkhidmatan yang memberikan nilai sosial yang lebih besar untuk masa depan yang lebih baik,” kata  Chong Kai Wooi, Pengarah Urusan NEC Malaysia.

“CoE baharu kami di Menara Sunway Big Box Office, lebih menumpukan kepada perkhidmatan pengurusan dan penyelesaian bandar pintar, selain membantu membangun serta melengkapkan bakat tempatan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam norma baharu. Kami ingin membantu rakyat Malaysia dalam menjadikan negara digital yang inklusif menerusi CoE dan penyelesaian terkemuka di dunia,” katanya.

Terletak di taman peruncitan format besar pertama Sunway, NEC Malaysia akan menggunakan keseluruhan tingkat dua daripada 12 tingkat menara pejabat, dengan keluasan lantai kasar sekitar 20,474 kaki persegi dan keluasan lantai bersih sekitar 17,050 kaki persegi. Pembangunan Menara Sunway Big Box Office dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua tahun hadapan dan membolehkan NEC Malaysia beroperasi awal Januari 2023.

“Kami yakin Menara Sunway Big Box Office dapat meningkatkan reputasinya oleh sebab tawarannya yang berkualiti, NEC Malaysia memilih untuk bertempat di Sunway City Iskandar Puteri juga membuktikan bahawa perbandaran kami bukan hanya untuk didiami, malah merupakan bandar yang menawarkan potensi untuk berkembang dengan kukuh menerusi langkah penempatan operasi organisasi tempatan dan antarabangsa,” kata Gerard.

Sunway City Iskandar Puteri dan NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd, dimana NEC Malaysia menyokong ekonomi digital negara dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Inovasi (CoE) pertamanya di negara ini di Menara Sunway Big Box Office, Johor
NEC Malaysia to relocate its managed services and contact centre operations for their customers in the Southeast Asia region at Sunway Big Box Office Tower in January 2023

Sebagai bandar pintar kedua lestari di Johor, Sunway City Iskandar Puteri bukan sahaja dapat membantu NEC Malaysia dalam meningkatkan imej korporatnya tetapi juga menyepadukan kelestarian dalam sesebuah syarikat. Selain itu, dengan kewujudan akses yang pantas bagi infrastruktur awam untuk memastikan kelancaran transit, perbandaran ini terletak hanya 5km dari Pautan Kedua Malaysia-Singapura melalui Coastal Highway Southern Link (CHSL), turut menyediakan perkhidmatan bas dari Johor ke Singapura, SoCar dan perkhidmatan bas ulang-alik Iskandar Puteri yang juga akan memudahkan perjalanan bagi mereka yang kerap pergi ke Sunway City Iskandar Puteri.

Pembandaran infrastrukturnya bukan sahaja dirancang dengan strategik malah pemaju juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk XPark Sunway City Iskandar Puteri (salah satu taman tema ekstrem dan pengembaraan terbesar di Malaysia), sebuah pusat pendidikan untuk orang dewasa yang bekerja dan anak-anaknya, kedai runcit dan banyak lagi, sambil memastikan keselamatan komuniti melalui perkhidmatan keselamatan yang disediakan sepanjang masa.

“Sebagai sebuah bandar yang bersepadu dan lestari, kami akan memenuhi keperluan masyarakat termasuk menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Kami yakin perkara ini dapat mewujudkan keharmonian dan menjalinkan hubungan antara satu sama lain dalam syarikat. Penyewa akan mempunyai banyak pilihan yang boleh dipilih, seperti mencuba beberapa gerai makanan dan minuman, aktiviti riadah dan sukan untuk kerja-kerja berkumpulan, dan Sunway Hotel Big Box yang akan dibuka tidak lama lagi bagi menampung rakan kongsi perniagaan dan banyak lagi.

“Pada tahun 2018, kami telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan NEC Asia Pacific Ltd bagi meningkatkan keselamatan pembandaran termasuk menggunakan analisis video dan biometrik. Kini, kami bersyukur dan gembira melihat pasukan kami berkembang di Sunway City Iskandar Puteri. Banyak lagi yang kami perlu lakukan sebagai rakan kongsi dan kami berharap dapat mencipta inovasi baharu bersama-sama demi membangunkan masyarakat dan negara,” kata Gerard. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sunway City Iskandar Puteri, sila layari https://www.sunwaycityiskandarputeri.com/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts