Sunway Bersama Yayasan AIDS Malaysia Membawa Keriangan Raya kepada Komuniti Terpinggir di Seluruh Malaysia

Barangan dapur, keperluan asas dan bantuan kewangan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Kerjasama Sunway dengan Yayasan AIDS Malaysia membantu meningkatkan akses terhadap penjagaan kesihatan buat keluarga dan pesakit yang terjejas dengan HIV/AIDS di Sabah and Sarawak.

Bandar Sunway Kuala Lumpur, 13 Mei 2022 – Sunway bekerjasama dengan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dalam menjayakan inisiatifnya, #SunwayforGood Raya Cheer, yang menyaksikan hampir 20,000 benefisiari dalam kalangan segmen B40 menerima bantuan keperluan asas seperti beras, bubur lambuk, barangan dapur, juadah berbuka puasa dan juadah raya.

Jalinan kerjasama antara Sunway-MAF ini secara khususnya menyasar bantuan barangan dapur, keperluan asas dan bantuan kewangan kepada ratusan keluarga yang terjejas dengan HIV/AIDS di seluruh Malaysia. Kerjasama jangka masa panjang ini juga membantu golongan B40 yang hidup dengan HIV (PLHIV) di Sabah dan Sarawak menerusi Program Jangkauan Bantuan Kesihatan Sunway untuk Semua (HOPE).

Naib Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim berkata, “Tanggungjawab Sosial Korporat merupakan sebahagian daripada DNA kami, dan inisiatif #SunwayforGood kami telah memanfaatkan lebih setengah juta benefisiari sejak ianya dimulakan pada tahun 2017. Tahun ini, sejajar dengan usaha menjadi lebih inklusif, kami telah menjalin kolaborasi jangka panjang bersama Yayasan AIDS Malaysia. Setiap program di bawah inisiatif #SunwayforGood adalah peluang untuk kami mendekati lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan. Ia merupakan janji kami untuk terus cuba sedaya upaya melakukan segala yang mampu bagi meneraju perubahan dalam kehidupan mereka.”

Sunway Bersama Yayasan AIDS Malaysia Membawa Keriangan Raya kepada Komuniti Terpinggir di Seluruh Malaysia
Sunway Group Deputy Chairman Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim (second from left) distributing bubur lambuk to B40 communities at Masjid Al-Husna in Selangor. Looking on is Nik Tasha Nik Kamaruddin (left), Senior General Manager, Group Brand Marketing and Communications, Sunway Group.

Mengulas mengenai sumbangan Sunway, Pengerusi MAF, Profesor Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, “Yayasan AIDS Malaysia amat terharu dengan keprihatinan Kumpulan Sunway terhadap komuniti terpinggir yang hidup dengan HIV (PLHIV) . Usaha menangani isu mengisi kekurangan mereka adalah penting terhadap misi kami untuk membanteras penularan jangkitan AIDS, di samping sejajar dengan matlamat kami untuk mencetus tindak balas yang lebih mampan terhadap epidemik. Oleh itu, kami teruja meneroka usahasama berterusan bersama Sunway agar meningkatkan akses kepada ubat antiretroviral untuk pesakit yang kurang bernasib baik daripada segi ekonomi, terutamanya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak.”

Kerjasama antara Sunway dengan MAF bermula pada Disember 2021, di mana Sunway turut serta sebagai Rakan Kongsi Kelestarian Rasmi MAF. Matlamat kerjasama ini tertumpu pada penganjuran Majlis Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah Sunway-MAF yang diadakan secara tahunan bersama sokongan jangka panjang Sunway terhadap projek utama MAF yang menghulurkan perkhidmatan kepada golongan masyarakat kurang bernasib baik yang menghidapi HIV di Sabah dan Sarawak.

Divisyen perniagaan Kumpulan Sunway seperti Sunway Theme Parks, Sunway Malls, Sunway Property, Sunway Hospitality, Sunway Healthcare Group, Sunway PALS dan Sunway Pharmacy bergabung tenaga dengan rakan kongsi utama lain seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. (MRCS), Selangor Youth Community (SAY), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mutiara Food Bank dan Persatuan Kebajikan Anak Muda Balik Pulau, untuk mengedarkan keperluan asas seperti barangan dapur, bubur lambuk, juadah berbuka puasa, juadah rayam pensanitasi tangan, sabun mandian, vitamin C, pelitup muka, biskut raya, kicap, payung, set kopi 3 dalam 1=, set alat tulis dan baucar tunai sepanjang tempoh dua bulan, bermula dari April hingga Mei 2022.

Sejak dilancarkan, #SunwayforGood telah memanfaatkan kehidupan lebih setengah juta benefisiari, dan menyasar untuk memberi impak positif terhadap berjuta lagi benefisiari di seluruh negara menjelang sambutan Jubli Emas ulang tahun ke 50 penubuhan – Sunway pada 2024, berdasarkan penekanan nilai teras Sunway serta komitmen bermatlamat.

© 2023 BlackButterfly DesignArts