Sunset Hospitality Group luaskan portfolio hotel dengan pembukaan pusat peranginan baharu di Indonesia

Sunset Hospitality Group lancarkan Hotel Social Living CollectionTM  baharu:
COCANA Resort by Social Living CollectionTM

Sunset Hospitality Group luaskan portfolio hotel dengan pembukaanpusat peranginan baharu di Indonesia

Kuala Lumpur, 30 Januari 2024 – Usaha meluaskan rangkaian hotel antarabangsa Sunset Hospitality Group (SHG) kini digiatkan lagi dengan pelancaran hotel unik baharu: Cocana Resort by Social Living CollectionTM, yang telah tersergam indah di pulau Gili Trawangan, Bali.

SHG, yang memiliki dan mengendalikan portfolio jenama-jenama hospitaliti gaya hidup yang berkembang pesat, diasaskan pada 2011 dengan matlamat untuk mencipta pengalaman hospitaliti unik di seluruh dunia, daripada hotel, resort, kelab tepi pantai kepada restoran dan kemudahan hiburan malam.  Bertapak kukuh di 16 negara dan lebih 55 lokasi di seluruh dunia, portfolio SHG termasuk METT Hotels & Resorts, Social Living CollectionTM Hotels, Azure Beach, Ammos, Drift Beach Club, AURA, SUSHISAMBA, DREAM, L’Amo Bistro del Mare, Black Tap, Lola Taberna Española, Goldfish, Isola, Raise Fitness & Wellness, dan banyak lagi.

Suku terakhir 2023 menyaksikan fasa perkembangan pesat bagi SHG, dengan pelancaran Sunset Hotels & Resorts, yang merupakan sebahagian daripada langkah berani untuk membangunkan, membuka dan mengendalikan 20 hotel baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang. Hotel-hotel ini akan dibuka di pelbagai lokasi meliputi Eropah, Timur Tengah dan Asia, dengan enam hotel kini sudah beroperasi. Sunset Hotels & Resorts menyambut ketibaan 2024 dengan pembukaan baharu Cocana Resort by Social Living Collection, hotel lima bintang pertama yang terletak di Gili Trawangan (Indonesia).

Mengenai Cocana Resort by Social Living Collection™

Terletak di pesisir pantai Gili Trawangan, Indonesia, Cocana Resort by Social Living CollectionTM dibangunkan sebagai sebuah pusat peranginan bagi pelancong moden yang ingin beristirahat dalam keselesaan dan kemewahan yang tidak begitu menonjol. Resort gaya hidup terulung yang bersifat organik tetapi bergaya ini membawakan konsep eko-kemewahan yang mengutamakan alam sekitar, menggabungkan kelestarian dan pengalaman memanjakan diri yang luar biasa.

Kemudahan dan prasarana taraf resort lima bintang, bersama bilik penginapan yang luas dan direka khas mewujudkan persekitaran yang mesra dan menarik bagi mereka yang ingin menikmati kemewahan ala minimalis. Resort ini menyediakan 83 bilik, meliputi 38 bilik lagun dengan pelbagai jenis vila peribadi 1,2 dan 3 bilik tidur, setiap satu menawarkan tempat persinggahan yang menenangkan jiwa dan mendamaikan hati.

Sunset Hospitality Group luaskan portfolio hotel dengan pembukaanpusat peranginan baharu di Indonesia
2 Bedroom Vila Cocana

Social Living CollectionTMialah rangkaian hotel dan resort unik di serata dunia yang berusaha menawarkan pengalaman tersendiri kepada pengembara moden, menetapkan piawaian bagi perjalanan sosial. Social Living CollectionTMmenyediakan gaya perkhidmatan mewah di lokasi menarik lagi unik yang direka cipta untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman luar biasa.

“Kami amat berbangga untuk membuka hotel 5 bintang yang pertama di Gili Trawangan – Cocana Resort by Social Living Collection™ yang melambangkan eko-kemewahan, di mana setiap detik diterapkan dengan kelestarian yang sebenar, nikmat keselesaan sambil berkaki ayam, dan keindahan semula jadi kepulauan ini. Kejayaan membina resort ini merupakan satu pencapaian penting bagi Sunset Hotels & Resorts SHG, dan ia merupakan kemudahan pertama dalam rangkaian hotel yang bakal mewarnai dunia hospitaliti Indonesia,” kata Jaime Buxo Clos, CEO of Sunset Hotels & Resorts, SHG.

“Kami teruja untuk menggiatkan lagi pertumbuhan global kami dengan meluaskan rangkaian Social Living CollectionTM menerusi pembukaan Cocana Resort by Social Living CollectionTM.  Pelancaran ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu daripada penyedia perkhidmatan hotel mewah terkemuka dan mencerminkan komitmen kami untuk menzahirkan konsep hotel perintis dan pengalaman gaya hidup hospitaliti terulung di seluruh dunia,” rumus Antonio Gonzalez, Pengerusi dan CEO Kumpulan SHG.

© 2023 BlackButterfly DesignArts