SUNPLAY SKIN AQUA UV SUPER MOISTURE SPF50+ PA++++ Dengan Formulasi Anti-Cahaya Biru dan Anti-Inframerah

Sama ada untuk bekerja atau untuk mengisi masa lapang, alatan digital seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba telah menjadi salah satu keperluan asas dalam kehidupan kita. Pengguna Malaysia menghabiskan masa purata sekitar 8 jam 5 minit setiap hari untuk melayari internet. Pergantungan pada penggunaan teknologi mudah alih dan komputer yang semakin meningkat juga boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada cahaya biru yang dipancarkan oleh alatan digital sepanjang hari.

Radikal bebas yang dihasilkan dari pancaran cahaya biru akan menyebabkan tekanan oksidatif yang mempercepatkan penuaan kulit. Menurut pakar dermatologi, pendedahan cahaya biru akan memberi kesan-kesan yang sama seperti pendedahan kepada sinaran matahari, kesan-kesannya termasuk hiperpigmentasi, kedutan, dan kehilangan keanjalan kulit. Ini amat membimbangkan kerana masa yang dihabiskan di depan skrin kian bertambah sejak pandemik bermula.

Dengan mengenali kesan-kesan bahaya sinaran UV, cahaya biru dan sinaran inframerah terhadap kulit, pelindung cahaya matahari Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture SPF50+ PA++++ telah dipertingkatkan dengan teknologi Solarex-5 yang inovatif. Dengan teknologi baru ini, Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture dapat melindungi kulit dengan lebih berkesan daripada kesan bahaya UVA/UVB, serta memberi perlindungan daripada cahaya biru dan cahaya inframerah dan seterusnya dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit.

Terdapat dua jenis variasi iaitu : UV Super Moisture Essence dan UV Super Moisture Gel, kedua-dua variasi ini diformulasi dengan ekstrak Snow Fungus yang dapat membantu melembapkan kulit kering sehingga mencapai keadaan penghidratan yang optimum. Variasi Gel dirumuskan dengan asid Nano Hyaluronic yang membolehkannya meresap secara mendalam ke dalam kulit untuk memastikan kulit lembap sepanjang hari. Walau bagaimanapun, jika jenis kulit anda lebih kering, pilihlah variasi Essence yang dirumus dengan 3 jenis asid Hyaluronic untuk kesan pelembapan yang lebih tinggi. Kedua-dua produk ini juga dirumuskan dengan Vitamin C untuk membantu mencerahkan tona kulit yang tidak sekata dan menjadikan kulit lebih berseri.

Pelindung cahaya matahari Skin Aqua UV Super Moisture diformulasi dengan tekstur air ringan. Ia mudah dipakai dengan peresapan cepat ke dalam kulit, menjadikan kulit rasa lebih  segar dan tanpa rasa berminyak. Pelindung cahaya matahari ini juga amat sesuai dipakai di bawah solekan anda.

Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture Gel SPF50+ dan Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture Essence SPF50+, yang masing-masing dijual pada harga RM45.90 (80g) dan RM45.90 (50g), adalah tersedia di farmasi dan pasar raya terkemuka.

© 2023 BlackButterfly DesignArts