Sunplay Melancarkan Krim Tabir Suria Yang Terkini Untuk Aktiviti Luaran Yang Mesra Alam Dan Kulit

Sunplay Melancarkan Krim Tabir Suria Yang Terkini Untuk Aktiviti Luaran Yang Mesra Alam Dan Kulit

Kuala Lumpur, 4 September 2024 – Sunplay, jenama pelindung selaran suria, dengan bangganya memperkenalkan inovasi yang terbaharu: krim tabir suria fizikal untuk aktiviti luar direka untuk mereka yang mahukan perlindungan daripada matahari yang lebih padu tanpa menjejaskan kesihatan kulit ataupun alam sekitar. Formula terbaharu ini sememangnya bermanfaat untuk individu dengan kulit sensitif, serta menawarkan pertahanan yang baik namun lembut daripada selaran matahari yang berbahaya.

“Di Sunplay, kami teruja untuk memperkenalkan Sunplay Ultra Eco-Safe UV Lotion, direka buat untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar. Krim tabir suria fizikal ini menawarkan perlindungan sinaran matahari yang hebat dengan sentuhan ringan, menjadikannya sesuai untuk kulit paling sensitif. Dedikasi kami terhadap kulit anda dan alam sekitar tercermin dalam bahan-bahan yang selamat pada terumbu, bagi memastikan anda dapat bergembira di bawah matahari, di samping melindungi hidupan lautan. Kami berbangga untuk menawarkan produk yang menggabungkan perlindungan berprestasi tinggi dengan komitmen terhadap pemuliharaan marin. Terima kasih kerana memilih Sunplay untuk melindungi kulit anda dan menyokong planet kita,” kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd.

Teknologi Eco Protect: Melindungi Ekosistem Marin

Di sebalik krim tabir suria baharu Sunplay ialah Teknologi Eco Protect yang inovatif, dan menampilkan bahan-bahan mesra terumbu yang mesra terhadap ekosistem marin. Dengan mengelakkan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan terumbu karang, Sunplay komited untuk memastikan minat kita terhadap aktiviti luar tidak memberi kesan kepada lautan kita.

Perlindungan terhadap UVA, UVB, Cahaya Biru dan Infra Merah

Krim tabir suria ini menawarkan Perlindungan Spektrum Luas yang Dipertingkatkan terhadap UVA, UVB, Cahaya Biru, dan Infra Merah. Sama ada mendaki, berenang, atau sewaktu bersiar-siar di tepian pantai, krim tabir suria Sunplay ini akan sentiasa memberikan anda perlindungan menyeluruh terhadap spektrum penuh sinar yang merosakkan.

Formula Yang Bebas Dari 8 Bahan

Memahami keperluan kulit sensitif, Sunplay telah mencipta formula dengan teliti yang bebas daripada bahan iritasi tambahan seperti Alkohol, Paraben, Pewangi, Minyak Mineral, Pewarna, Oxybenzone, Octinoxate, 4-MBC dan bahan kimia keras yang lain. Ini menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mengutamakan kesihatan kulit.

Lembut dan Mesra-Kulit

Pelindung matahari Sunplay baharu ini bukan sahaja lembut pada kulit tetapi juga sangat berkesan. Teksturnya yang sangat ringan dan tidak berminyak memastikan pemakaian yang selesa, tanpa sisa memutih. Ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian, walaupun untuk mereka yang mempunyai jenis kulit paling sensitif.

Manfaat Penjagaan Kulit

Diselit dengan bahan-bahan berkhasiat, krim tabir suria ini bukan sekadar melindungi kulit. Tetapi ianya membantu menguatkan penghalang kulit, meningkatkan tahap penghidratan, dan mengunci kelembapan, memastikan kulit anda kekal sihat dan berdaya tahan walaupun di bawah pendedahan matahari yang berpanjangan.

Tahan Peluh untuk Aktiviti Berpanjangan Luar

Direka dengan mengambil kira gaya hidup aktif, pelindung matahari Sunplay ini menahan peluh dan menjadikannya sesuai untuk aktiviti luar yang lama. Sama ada anda berlari, berbasikal atau mengambil bahagian dalam sukan air, anda boleh mempercayai pelindung matahari ini untuk kekal pada kulit dan memastikan anda dilindungi.

Untuk informasi selanjutnya, layari sunplay.com.my atau ikuti kami di @sunplay_malaysia.

© 2024 BlackButterfly DesignArts