Kuala Lumpur, 1 November 2021 – Jenama pelindung matahari terkemuka, Sunplay bekerjasama dengan Watsons dan Glimpse of Malaysia (GoM), sebuah organisasi bukan bermotif untung telah melancarkan kempen pembersihan pantai “We Care for the Ocean” (Lindungi Laut Kita) sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporatnya pada tahun ini.
Kempen yang bertujuan untuk mengumpulkan dana untuk aktiviti membersihkan pantai ini akan menyumbang sebanyak RM1 dengan setiap pembelian produk Sunplay yang dijual di kedai Watsons di seluruh negara, dari 1 hingga 30 November 2021. Dana yang dikumpul akan diguna untuk membersihkan tujuh pantai di sekitar Lembah Klang.
Tujuh pantai yang dipilih untuk kempen ini ialah Pantai Remis di Kuala Selangor, Tanjung Harapan di Pelabuhan Klang, Pantai Bagan Lalang di Tanjung Sepat, Pantai Kelanang dan Pantai Morib di Banting, Pantai Batu Laut di Tanjung Sepat dan Pantai Cunang di Tanjung Sepat.
Untuk memulakan kempen, pekerja Rohto-Mentholatum dan sukarelawan GoM berganding bahu membersihkan Pantai Cunang di Tanjung Sepat, Selangor. Sepanjang sesi tersebut, pasukan ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 170 kilogram sampah dan mengasingkannya untuk dilupuskan dengan kaedah yang sesuai.
Pengurus Besar Rohto-Mentholatum, Lim Mei Yuen berkata, syarikat kami sentiasa mengambil perhatian tanggungjawab kita terhadap alam sekitar dan telah membuat rancangan untuk melaksanakan usaha mampan bagi membantu memelihara alam sekitar.
“Kempen Pembersihan Pantai yang dianjurkan tahun ini merupakan inisiatif kali pertama Sunplay yang kami harap dapat diteruskan setiap tahun. Pengutamaan kebersihan pantai amat penting bukan sahaja untuk menjaga keindahannya, tetapi juga untuk memperbaiki ekosistem pesisir dan
lautan dengan memastikan sampah-sarap tidak mencemarkan alam sekitar serta mengganggu kehidupan laut,” kata Lim.
Memetik kajian terbaharu yang diterbitkan dalam The Marine Pollution Bulletin, Darshan Balasubramaniam, Pengurus Projek Kanan GoM menyatakan bahawa pada tahun 2021, Malaysia berada di tangga ke-28 untuk kedudukan teratas pencemar plastik di dunia dengan penggunaan plastik pada 56kg/kapita. Sekiranya tidak diuruskan dengan betul, sisa plastik terkumpul ini mungkin berakhir di lautan, sehingga mempengaruhi persekitaran pantai dan hidupan laut.
“Watsons komited dalam memastikan persekitaran kita bersih sebagai sebahagian daripada tumpuan kumpulan A.S Watson untuk mengurangkan kesan alam sekitar. Usaha yang dipuji oleh pembekal strategik terkemuka kami Rohto-Mentholatum melalui jenama penggunanya adalah salah satu yang kami akui sebagai sebahagian daripada aktiviti pembersihan pantai,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia.
Untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat, Sunplay menggalakkan penyertaan sukarelawan dalam kempen ini. Orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar dengan GoM melalui pautan ini (GlimpseofMalaysia). Pendaftaran ditutup pada 3 Januari 2022.
Sunplay produk khusus penjagaan matahari membantu memastikan kulit anda kekal terlindung di bawah matahari yang terik, terutama ketika melakukan aktiviti luar atau bersantai di pantai.
Sunplay Ultra Shield SPF 130 sangat sesuai untuk perlindungan matahari ketika berada di pantai kerana mempunyai wet skin technology yang berkeupayaan untuk membendung air dan membentuk penghalang pelindung sementara ketika disapukan pada kulit basah serta formulasi ketahanan air dan peluh yang unggul.
Untuk maklumat lebih lanjut atau untuk menyokong kempen ini, log masuk ke laman Facebook Sunplay: MySUNPLAY.