Sungai Klang Link dan Korea Environment Corporation Menjalinkan Kerjasama Rintis dalam Pembinaan Lebuh Raya Mampan di Malaysia

MOU Bersejarah Ini Mengukuhkan Komitmen terhadap Pemeliharaan Alam Sekitar, Menyuntik Kesedaran ke Dalam Asas Projek Lebuh Raya Bertingkat Sepanjang 53 KM

Sungai Klang Link dan Korea Environment Corporation Menjalinkan Kerjasama Rintis dalam Pembinaan Lebuh Raya Mampan di Malaysia
Encik Yoon Young Bong, Ketua Pejabat Strategi Global K-ECO dan Datuk Haji Mohd Nazri Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Sungai Klang Link Sdn. Bhd (kanan) bertukar dokumen yang ditandatangani, mengukuhkan perkongsian strategik untuk bersama-sama membangun dan membina projek lebuh raya bertingkat yang mampan di Malaysia.

Kuala Lumpur, 26 Februari 2024 – Sungai Klang Link Sdn. Bhd. (SKL) mengukuhkan tekadnya dalam memelihara alam sekitar menerusi kerjasama strategik dengan Korea Environment Corporation (K-ECO). Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di Seoul baru-baru ini menguatkan komitmen kedua-dua pihak untuk bersama memaju dan membina projek lebuh raya bertingkat yang mampan di Malaysia, sekali gus menjadi inisiatif julung-julung kali yang menyepadukan aspek kesedaran alam sekitar ke dalam teras projek.

SKL ialah pihak yang mencadangkan projek lebuh raya bertingkat kepada Kerajaan Malaysia dan sedang mendapatkan kelulusan akhir untuk membina, memiliki dan mengendalikan lebuh raya tersebut selaku pemegang konsesi. Lebuh raya yang dicadangkan itu adalah sepanjang 53 kilometer dan dijajarkan di sepanjang Sungai Klang di kawasan Lembah Klang Raya, Malaysia. Projek tersebut yang kini dalam peringkat lanjut semakan semula oleh kerajaan, bersedia untuk diintegrasikan dengan lancar dengan rangkaian lebuh raya sedia ada. Pembinaannya merangkumi tujuh cadangan persimpangan bermula di Klang dengan persimpangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dan berakhir di persimpangan Lebuhraya Pantai Baru 2 (NPE 2) di Kuala Lumpur.

Sebagai menyahut gagasan berpandangan jauh SKL, K-ECO, sebuah entiti alam sekitar yang terkenal dengan rekod prestasi yang baik, berazam untuk menyumbangkan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman luasnya kepada aspek pembangunan mampan projek tersebut. Kerjasama ini melangkaui skop tradisional dalam pembinaan lebuh raya, apabila kedua-dua pihak bersama-sama mengambil kira aspek kemampanan dan alam sekitar yang penting dalam pembangunan projek.

Sungai Klang Link dan Korea Environment Corporation Menjalinkan Kerjasama Rintis dalam Pembinaan Lebuh Raya Mampan di Malaysia
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Sungai Klang Link dan Korea Environment Corporation melambangkan pakatan strategik yang memberi tumpuan kepada inisiatif penjagaan alam sekitar. Dari kiri: Ms. Lee Kyung Jin, Assistant Manager of Global Strategy Office of K-ECO, Mr. Park Jae Hyuk, Manager of Global Strategy Office of K-ECO, Mr. Kang Chul, Deputy General Manager, Global Strategy Office of K-ECO, Mr. Yoon Young Bong, Chief of Global Strategy Office of K-ECO, Datuk Hj. Mohd. Nazri Ismail, Chief Executive Officer of SKLSB, Mr. Muzaffar Mudaris Mahmud, Chief Operating Officer of SKLSB, Mr. Alex Ham, Associate Director of Overseas Business Division of SKLSB

Ketua Pegawai Eksekutif Sungai Klang Link Sdn. Bhd., Datuk Haji Mohd Nazri Ismail berkata, “Kerjasama ini akan memberi tumpuan khusus kepada tahap kesedaran alam sekitar dan amalan mampan sepanjang fasa pembinaan dan operasi lebuh raya. Penglibatan K-ECO menyerlahkan komitmen bersama untuk menjajarkan projek ini dengan amalan terbaik alam sekitar dan memastikan pelaksanaan projek ini berlangsung secara harmoni dengan ekosistem persekitaran.”

“Kerjasama unik ini bukan sahaja bertujuan untuk membina lebuh raya yang canggih. Namun, perkara yang lebih penting bagi kami ialah melaksanakan projek ini menggunakan pendekatan yang mengutamakan keharmonian ekologi dan pembangunan secara mampan. Bagi tujuan ini, SKL dan K-ECO bertekad untuk menetapkan piawaian baharu bagi projek infrastruktur yang akan memastikan tanggungjawab terhadap alam diterapkan dengan lancar ke dalam tahap kemajuan projek”, tambah Mohd Nazri.

Secara keseluruhannya, kerjasama ini akan memastikan bahawa cadangan lebuh raya itu yang kini berada pada peringkat akhir kelulusan kerajaan, bukan sahaja akan menghubungkan wilayah-wilayah yang berlainan tetapi juga akan dilaksanakan secara berhemah dan mampan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar.

Sungai Klang Link dan Korea Environment Corporation Menjalinkan Kerjasama Rintis dalam Pembinaan Lebuh Raya Mampan di Malaysia – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts