Sun Life Malaysia Tawar Dana ESG Berkaitan-Pelaburan Yang Pertama Di Malaysia Ke Arah Pelaburan Mampan

Sun Life Malaysia Global Sustainable Fund Dijangka Menjadikan Pelaburan ESG Lebih Mudah dan Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, 14 Oktober 2021 – Dengan isu-isu berkaitan perubahan iklim serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang semakin hangat diperbincangkan, Sun Life Malaysia, penyedia insurans hayat dan Takaful Keluarga telah melancarkan dana ESG berkaitan-pelaburan yang dikenali sebagai Sun Life Malaysia Global Sustainable Fund, menjadikan mereka penyedia insurans pertama di Malaysia yang menawarkan pilihan pelaburan ESG kepada pemegang polisi menerusi produk insurans berkaitan-pelaburan.

Mengulas tentang pencapaian baharu tersebut, Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara bagi Sun Life Malaysia berkongsi bahawa pembangunan mampan adalah amat penting bagi kejayaan jangka masa panjang Sun Life dan agenda kelestarian syarikat menumpukan kepada tiga bidang utama – pelaburan lestari, keselamatan kewangan dan kehidupan yang lebih sihat.

“Di Sun Life Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk menunjukkan kepimpinan melalui teladan. Dengan dana baharu bertemakan ESG ini, kami mengambil peranan sebagai pelopor dalam menjadikan pelaburan ESG mudah diakses dan mampu milik bagi rakyat Malaysia melalui produk insurans berkaitan-pelaburan,” kata Raymond. “Kami berhasrat untuk membantu pelanggan kami mengubah pemikiran mereka– iaitu melabur untuk pulangan pelaburan yang mampan. Dengan memberikan mereka pilihan tersebut, kami memperkasakan mereka untuk menyumbang ke arah pembentukan dunia yang lebih sihat, lebih mampan dari segi kewangan, dengan persekitaran yang sejahtera serta maju dari segi ekonomi.”

Sun Life Malaysia Global Sustainable Fund merupakan satu usahasama antara Sun Life Malaysia dan Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd. Dana berkaitan-pelaburan tersebut melabur dalam dana amanah saham yang ditawarkan oleh Nomura Asset Management Malaysia. Ia direka untuk menyediakan peluang bagi para pelanggan daripada semua segmen untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs), di samping memastikan perlindungan serta keperluan kewangan mereka sentiasa terjaga melalui pelan insurans berkaitan-pelaburan.

Para pelanggan boleh memilih untuk melabur dalam dana lestari ini apabila mereka membeli produk berkaitan-pelaburan yang terpilih melalui saluran-saluran bancasurans  dan agensi, seperti SunLink Max, Sun Invest, Sun Income Secure Max; serta Sun Shield Link dan terbaharu Sun Prestige Life yang akan dilancar pada penghujung bulan ini.

Pelaburan mampan yang merujuk kepada integrasi factor ESG dalam proses pemilihan pelaburan dan pembinaan portfolio, semakin berkembang pesat di Asia. Hakikatnya, pandemik telah meningkatkan kadar pendaftaran pelaburan ESG hasil daripada peningkatan kesedaran tentang isu-isu berkaitan tingkah laku korporat, ketahanan perniagaan dan isu-isu kemampanan yang lebih luas. Di samping itu, kejadian peristiwa berkaitan-perubahan iklim sejak dua tahun lalu telah meningkatkan tumpuan kepada isu-isu ESG.

Bagi Sun Life Malaysia, ESG bukan sekadar untuk menangani masalah perubahan iklim, ia juga menjadi suatu pengukur untuk mengenalpasti peluang pelaburan yang besar ke arah membina ekonomi yang rendah karbon dan mampan. Dengan mengaplikasikan ESG ke dalam pelaburan, ia bakal memberikan pulangan kewangan yang baik dalam jangka masa panjang. Sun Life komited untuk menggunakan ESG dalam mantra pelaburan baik untuk aset pelanggan mahupun akaun am mereka.

Menurut Lew, pelaburan ESG menawarkan penyelesaian sebenar kepada pelanggan untuk memenuhi matlamat perlindungan serta kepentingan etika dan moral mereka, serta pada masa yang sama, membuktikan ia satu pilihan pelaburan yang lebih berdaya tahan semasa krisis.

“Kami yakin pelaburan ESG akan menjadi kenyataan baharu. Dengan memanfaatkan peluang pelaburan mampan ini, kami membolehkan para pelanggan mengambil langkah positif ke arah keselamatan kewangan, merapatkan jurang perlindungan dan pada masa yang sama menyumbang terhadap ekonomi yang mampan. Kami berbangga untuk mempelopori dana ESG berkaitan-pelaburan pertama di Malaysia dan kami berharap dapat bersama-sama dengan lebih ramai lagi warga Malaysia yang sealiran dalam perjalanan ESG kami,” sambung Raymond.

Sun Life Malaysia merupakan sebahagian daripada Sun Life, sebuah organisasi perkhidmatan kewangan global. Pada tahun 2020, Sun Life memberikan komitmen lebih CAD$60 bilion untuk pelaburan kelestarian bagi keseluruhan akaun amnya dan pelaburan pihak ketiga (sehingga 31 Disember 2020). Mereka juga memperkenalkan rangka asas penilaian ESG terbaharu yang membantu para pelanggan membuat keputusan tepat dalam pelaburan berterusan melalui perniagan perkhidmatan Sun Life’s Canadian Group Retirement Services.

Pada tahun 2021, Corporate Knights menamakan Sun Life sebagai salah satu daripada 100 syarikat global yang paling lestari di dunia untuk tahun ke-12 berturut-turut. Hal ini menjadi bukti jelas bagi amalan kelestarian syarikat tersebut, terutama dalam produktiviti karbon, pulangan yang bersih dan kepelbagaian gender dalam pengurusan.

Mari bersama-sama menunjukkan komitmen kita untuk masa depan yang lebih lestari untuk semua. Dana terbaharu, Sun Life Malaysia Global Sustainable Fund kini tersedia untuk semua rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunlifemalaysia.com

© 2023 BlackButterfly DesignArts