Strim SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’ eksklusif di aplikasi SYOK!

Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi (Pak Nil) tampil dalam siri podcast-nya yang pertama di SYOK,
untuk menemu bual peniaga muda tempatan yang berjaya

Mengenai Siri Audio ‘Terkejutawan’
  • SYOK memperkenalkan siri SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’, yang menampilkan Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi atau mesra dipanggil Pak Nil, selaku hos yang akan menemu bual dan mengupas kisah-kisah kejayaan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang dan bidang yang diceburi seperti perniagaan produk kesihatan, perniagaan industri kecantikan, perniagaan secara maya dan banyak lagi. ‘Terkejutawan’ boleh distrim secara eksklusif di aplikasi SYOK sekarang.
  • Peniaga-peniaga muda yang akan ditemu bual ini juga merupakan personaliti tempatan dan individu yang tular di media sosial seperti pasangan ideal, Asyraf Khalid dan Tya Arifin; Aeril Zafrel, pelakon tempatan dan pengasas produk kosmetik; Dato Azril, pengasas produk kecantikan; Dato Zhafran, pengasas produk minuman kesihatan; Dr Hannan Yusof, pengasas pusat spa kecantikan; Pn Kartika Eskayvie, pengasas produk kesihatan; dan Najib Assadok, usahawan maya.
  • Siri ‘Terkejutawan’ akan memberi pendengar inspirasi dan pelbagai pelajaran mengenai selok belok dunia perniagaan serta pengurusan kewangan yang dikongsi oleh peniaga-peniaga muda ini. Setiap episod bakal menampilkan kelainan dari segi penceritaan, perkongsian dan kisah tauladan yang boleh dijadikan panduan oleh para peminat.
  • Episod pertama hingga ketiga telah diterbitkan di aplikasi SYOK, dalam kategori ‘SYOKcast’ dan peminat boleh dengarkan episod-episod ‘Terkejutawan’ seterusnya setiap Jumaat, jam 10 pagi menerusi laman rasmi dan di aplikasi SYOK.
  • Para peminat SYOK Podcast boleh memuat turun aplikasi SYOK dan dengar siri audio ‘Terkejutawan’ sekarang.
Sinopsis Episod-Episod ‘Terkejutawan’
Tajuk EpisodSinopsis & Maklumat Lanjut
Episod 1: Asyraf Khalid & Tya Arifin    Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi (Pak Nil) secara eksklusif menemu bual bersama Asyraf Khalid dan Tya Arifin. Pengalaman banyak mengajar pasangan ini dalam selok belok perniagaan. Siapa sangka, biar berasal dari keluarga yang ‘berada’ & popular. Pasangan ini berkongsi momen jutawan mereka yang bermula dari ZERO, liku-liku perjalanan dalam membina empayar perniagaan dan permasalahan yang dihadapi mereka, walaupun keduanya berasal dari keluarga yang berkemampuan.   Dengar di aplikasi SYOK sekarang.
Episod 2: Aeril ZafrelMomen jutawan bagi Aeril Zafrel adalah satu fasa kehidupan yang penuh ‘struggle’ sebagai seorang selebriti. Bermula dari modal yang kecil, Aeril Zafrel dan pasangannya, Wawa Zainal nekad membina empayar. Siapa sangka dari hanya seorang tukang kebun, Aeril dan Wawa kini antara selebriti Malaysia yang berjaya dalam lapangan bisnes dengan impak yang luar biasa.   Dengar di aplikasi SYOK sekarang.
Episod 3: Dato AzrilPeneraju V’Asia yang tidak pernah lalui fasa sukar dalam kehidupan. Perjalanan untuk menempuh momen jutawan bukan satu yang mudah. Ternyata berbekalkan strategi dan teknik yang betul, Dato Azril kini antara peneraju produk kecantikan lokal yang dipercayai serta mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia. Apa rahsianya, segalanya hanya di ‘Terkejutawan’.   Dengar di aplikasi SYOK sekarang.
Episod 4: Dato ZhafranSuami kepada pelakon Fouziah Gous, Dato Zhafran menceritakan tentang momen jutawannya yang bermula sejak belajar dalam bidang penerbangan lagi. Segala impian dan cita-cita yang dikecapi hari ini datangnya dari sokongan padu isteri tercinta. Siapa sangka, Dato Zhafran berjaya memecah tradisi minum sarang burung bukan hanya di kalangan bangsa Cina sahaja. Perniagaan ‘FG Walet’ membawa satu fasa kehidupan yang berbeza buat pasangan ini.   Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 25 Jun.
Episod 5: Dr Hannan Yusof  Dr Hannan yang berasal dari kampung Pasir Puteh, Kelantan membesar dalam keluarga yang sederhana. Ternyata berbekalkan ilmu serta pencapaian akademik yang cemerlang, Dr Hannan kini berjaya meraikan momen jutawannya dalam industri spa dan kecantikan. Dengarkan pengakuan jutawan muda ini hanya di Terkejutawan.   Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 2 Julai.
Episod 6: Pn Kartika Eskayvie  Seorang graduan cemerlang lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan penerima Anugerah Canselor bagi Pelajar Terbaik pada tahun 1994. Kartika merupakan seorang peguam yang telah mengembangkan kariernya sebagai seorang ahli perniagaan. Minat yang mendalam dan keazaman yang kuat bagi menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti telah mendorong beliau untuk menubuhkan ‘Eskayvie’ pada tahun 2009.   Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 9 Julai.
Epiosd 7: Najib AssadokCerita dari seorang mentor yang melahirkan ramai jutawan di Malaysia. Ternyata Najib Assadok adalah anak muda yang berjaya membawa ramai peniaga menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Najib Asaddok pernah menceburi pelbagai perniagaan. Beliau juga antara insan-insan yang mempelopori bisnes maya di Malaysia. Tetapi, usaha beliau dalam bisnes ketika awalnya, hanyalah setakat cukup makan sahaja. Sehingga 29 November 2020, jualan ‘Momentum Internet’ telah mencecah RM16.5 juta.   Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 pagi, 16 Julai.

http://onelink.to/ajv2yz

Strim SYOK Podcast baharu, ‘Terkejutawan’ eksklusif di aplikasi SYOK
© 2023 BlackButterfly DesignArts