Spritzer Terapkan Tabiat Minum Minuman Sihat Dengan Peraduan Minum, Menang & Huat

Hadiah Utama Proton X70 serta wang tunai mingguan untuk dimenangi

Kuala Lumpur / Taiping, 28 Disember 2021SPRITZER menggalakkan para menjaga kesihatan yang baik dengan minum air mineral semulajadi terutama menjelang sambutan Tahun Harimau akan datang menerusi Peraduan Minum Spritzer, Menang & Huat.

Peraduan ini bermula sejak 01hb Disember 2021 sehingga 15hb Februari 2022, menjadikan  sejumlah 11 minggu yang padat dengan hadiah wang tunai menarik untuk dimenangi. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk satu (1) Hadiah Utama Proton X70, lapan (8) Hadiah Pemenang Pertama Mingguan wang tunai sejumlah RM888, dan tiga puluh lapan (38) Hadiah Pemenang Saguhati Mingguan wang tunai sejumlah RM128.  

Produk-produk yang boleh dibeli oleh para peserta untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini termasuk Air Mineral Semulajadi Spritzer, Air Minuman Suling Spritzer, Air Minuman RO Spritzer, Siri Spritzer Dispenser (Dispenser Berdiri Panas & Sejuk / Mini Dispenser Panas & Suam / Duotone Mini Dispenser / Air Pump Dispenser), Air Mineral Semulajadi ACILIS by Spritzer, Minuman Berperisa Spritzer Tinge, Minuman Berperisa Berkarbonat Spritzer So Tinge!, dan Air Mineral Berkarbonat Spritzer Sparkling.

Untuk turut serta, sila beli mana-mana produk di atas berharga RM8 dan ke atas di mana-mana kedai atau platform e-dagang di dalam satu resit, tulis nama anda seperti di dalam kad pengenalan (“IC”), Nombor IC dan alamat emel pada salinan resit asal, kemudian hantarkan gambar tersebut menerusi WhatsApp 017-671 8310. Para peserta diminta untuk menyimpan resit bagi tujuan pengesahan kelak. Setiap peserta boleh mengambil bahagian lebih dari sekali, dengan syarat resit pembelian barangan Spritzer bernilai sekurang-kurangnya RM8 sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang butiran peraduan, sila mengunjungi laman web kami, www.spritzer.com.my/contest.

Baru-baru ini Spritzer meraih anugerah peringkat kebangsaan dalam kategori air di World Branding Awards – Jenama Terbaik 2021 -2022, syarikat akan terus meningkatkan usaha dan sumbangan kepada rakyat Malaysia untuk memastikan produksi air mineral semulajadi yang berkualiti untuk para pengguna.

© 2023 BlackButterfly DesignArts