Spritzer Rangkul Anugerah Jenama Terbaik 2021-2022

Air Mineral Semula Jadi Spritzer terima anugerah 3 bintang pada Anugerah Superior Taste 2021

Kuala Lumpur/Taiping, 9 Disember 2021 SPRITZER MALAYSIA (“Spritzer” atau “Syarikat”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Syarikat telah memenangi anugerah kebangsaan bagi kategori air Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2021-2022, sebuah program pengiktirafan jenama perdana anjuran World Branding Forum.

Anugerah kebangsaan itu disampaikan kepada Spritzer pada 25 November 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara maya. Anugerah Penjenamaan Dunia edisi ke-14 – Jenama Terbaik 2021-2022 menyaksikan lebih daripada 5,300 jenama dari lebih 60 negara dicalonkan di pelbagai kategori, dengan 500 jenama memenangi anugerah, yang ditetapkan mengikut tiga kategori – global, serantau dan kebangsaan.

“Spritzer berbangga kerana sekali lagi memenangi anugerah berprestij World Branding Award. Kejayaan ini merupakan pengesahan penting kepada populariti dan kepercayaan pelanggan dan pengguna setia jenama Spritzer, dan saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih di atas segala sokongan padu yang diberikan. Tanpa anda, Spritzer tidak akan berada di sini hari ini,” kata Dr. Chuah Chaw Teo, Pengarah Spritzer Bhd.

Dari kiri: Mr. Richard Rowles, Global Chairman, World Branding Forum dan Dr. Chuah Chaw Teo, Director of Spritzer Bhd (Link)

Anugerah kebangsaan itu diberikan hanya kepada jenama terbaik negara daripada setiap negara yang menyertai dan dihakimi sebagai benar-benar istimewa. Hanya satu anugerah kebangsaan diberikan kepada jenama bagi sesuatu kategori produk atau perkhidmatan dari negara yang turut serta.

Anugerah Penjenamaan Dunia mempunyai proses penghakiman dan pengundian yang mengambil kira penyertaan orang ramai menerusi undian secara dalam talian, yang mewakili 30%. Penilaian jenama oleh World Branding Forum juga mewakili 30% manakala kajian pasaran konsumer yang dilaksanakan oleh World Branding Forum mewakili 40%.

Air Mineral Semula jadi Spritzer juga dianugerahkan 3 bintang oleh panel-panel profesional pakar penguji rasa terdiri daripada cef dan sommeliers bagi Anugerah Superior Taste 2021 dianjurkan oleh International Taste Institute yang berpangkalan di Brussels. Untuk mendapatkan penilaian 3 bintang, semua produk hendaklah mencapai markah keseluruhan melebihi 90% dan dianggap produk luar biasa oleh 200 ahli juri dari 20 negara yang telah dipilih dengan teliti berdasarkan pengalaman mereka sebagai penguji rasa.

Juri bagi Anugerah Superior Taste 2021 menyatakan bahawa Air Mineral Semula jadi Spritzer mempunyai visual garis kristal selain airnya memiliki perwatakan menyegarkan dan membangkitkan dengan corak air tenang dan lembut, serta rasa mineral yang kekal lama pada hujung mulut.

Spritzer merakamkan penghargaan terhadap para pelanggan atas sokongan dan kesetiaan berterusan mereka di samping syarikat berusaha mengekalkan kualiti air mineral semula jadi yang kaya silika daripada punca air dalam tanah di kawasan seluas 330 ekar yang terletak di kawasan hutan hujan tropika di Taiping, Perak. Sebagai sebuah entiti perniagaan yang prihatin, Syarikat akan terus memberi semula kepada masyarakat dan menawarkan hanya kualiti terbaik untuk para konsumer kami.

© 2023 BlackButterfly DesignArts