Spritzer Mencipta Kehidupan Baharu Kepada Botol Terpakai Sebagai Hiasan Tahun Baharu Cina

Ribuan botol dikitar semula dijadikan hiasan bagi merayakan tahun baharu cina di Spritzer EcoPark

Kuala Lumpur/Taiping, 19 Januari 2022SPRITZER (“syarikat”) mempelawa orang ramai datang bersama-sama meraikan sambutan Tahun Harimau di Spritzer EcoPark yang dihias indah di Taiping, Perak dari 18 Januari – 18 Februari 2022.

Ribuan botol Air Mineral Semula Jadi Spritzer diberi nafas baharu sebagai perhiasan sambutan tradisi Tahun Baharu Cina. Hiasan dan kilauan dari bahan-bahan kitar semula ini menyerlahkan Spritzer EcoPark dan membawa keceriaan kepada sambutan perayaan. Dalam masa sama, Syarikat mengambil inisiatif untuk menggalak dan memberi inspirasi kepada orang ramai supaya mengkitar semula sisa buangan mereka, termasuk botol-botol, yang boleh ditukar menjadi kegunaan lain dan serta membantu memastikan kebersihan alam sekitar.

Kemasukkan ke Spritzer EcoPark adalah percuma dan pelawat boleh bersiar-siar menerusi taman bagi menikmati hiasan perayaan yang diperbuat daripada botol dikitar semula sambil mengambil gambar kenang-kenangan.

Spritzer Mencipta Kehidupan Baharu Kepada Botol Terpakai Sebagai Hiasan Tahun Baharu Cina

Spritzer EcoPark berinspirasi agar semua pelawat bergembira dan berseronok dalam keadaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), termasuk memeriksa masuk menerusi MySejahtera, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa dan mencuci tangan menggunakan cecair sanitasi yang disediakan di pelbagai lokasi di sekitar taman ini.

Disamping itu juga. sebagai sebahagian daripada sambutan perayaan dan Hari Kekasih tahun ini pada Februari kelak, tempahan awal dibuka untuk hadiah-hadiah yang direka khusus, seperti jambak bunga dan kotak hadiah.

Spritzer mengalu-alukan kedatangan pengunjung dalam keadaan selamat dan teratur. Sila rancang masa anda dan nikmati pengalaman penuh keseronokan di Spritzer EcoPark pada Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang!

*Sila hubungi Peiwei (018-386 2663) / Emi (016-542 5915) untuk bantuan dan maklumat lanjut.

© 2023 BlackButterfly DesignArts