Spritzer Melancarkan Botol Ikonik Baharu Air Mineral Semulajadi Kaya Silika

Pengeluar utama air mineral Malaysia merasmikan pembungkusan lestari dengan penampilan baharu lebih bergaya

Kuala Lumpur, 14 Julai 2022 – Pengeluar air botol utama Malaysia, Spritzer (“Syarikat”), secara rasminya melancarkan botol ikonik baharu yang lebih bergaya dan berketrampilan. Pembungkusan ini boleh dikitar semula sepenuhnya dan ia juga diperbuat daripada bahan kitar semula.

Lengkungan botol yang anggun dan kelihatan moden itu berbentuk seperti titisan air dan direka bentuk dengan cengkaman ergonomik. Skim warna firus (turquoise), gabungan warna biru dan hijau, mewakili kesucian alam semula jadi, ketenangan dan kedamaian. Manakala logo korporat baharu diilhamkan oleh kawasan tadahan air bersih Syarikat seluas 390 ekar, yang terletak dalam persekitaran hutan hujan terpelihara di Taiping, Perak. Penampilan botol baharu yang lestari boleh dikitar semula. Ia bukan sahaja dapat memberi kitaran baharu terhadap pembungkusan, malah dapat mengurangkan pelepasan karbon secara langsung.

Spritzer Melancarkan Botol Ikonik Baharu Air Mineral Semulajadi Kaya Silika

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer, Encik Lim Seng Lee berkata, “Spritzer sedang meningkatkan inisiatif kelestarian syarikat melalui pengeluaran botol ikonik baharu bagi memenuhi tujuan estetika modenisasi. Inisiatif yang betemakan ‘Wajah Baharu Tujuan Baharu’ (‘New Look New Purpose’) juga dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula botol. Wajah baharu pembungkusan ini diilhamkan oleh alam semulajadi di mana setiap elemen  disertakan dengan penjelasan. Pembungkusan baharu ini diperbuat daripada bahan kitar semula, dan boleh dikitar semula sepenuhnya.”

Spritzer ialah jenama air mineral pertama di Malaysia dengan pengiktirafan peringkat antarabangsa. Pengiktirafan ini diteruskan dengan kejayaan memasuki pasaran utama seperti United Kingdom, Belanda, China, Hong Kong dan Korea Selatan. Spritzer berhasrat memperluaskan pasarannya melalui pengeluaran botol ikonik baharu ini yang akan membantu dalam mengukuhkan kedudukan jenamanya di peringkat antarabangsa.

Lim turut berkata, “Spritzer terus melabur dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya dapat berkongsi hasil penyelidikan dengan pengguna, di mana dengan minuman air mineral semulajadi yang kaya dengan silika dapat memberi manfaat kepada kesihatan kita. Antara kebaikan air mineral yang kaya dengan silika boleh membantu untuk mengoptimumkan sintesis kolagen dan mengurangkan paras aluminium dari badan kita.”

Spritzer telah menerima banyak pengiktirafan dan anugerah selama ini, termasuk Superior Taste Award oleh International Taste Institute dan merupakan air mineral pertama yang memenangi Diamond Taste Award di Malaysia. Anugerah lain termasuk anugerah platinum Reader’s Digest’s Trusted Brands 2022 selama 21 tahun berturut-turut.

Pelancaran itu turut dihadiri oleh duta Spritzer, penyanyi dan pelakon terkenal Ayda Jebat dan Meerqeen.

Spritzer ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna atas sokongan dan kesetiaan mereka selama ini kerana merekalah yang telah menjadi pendorong utama kepada Syarikat untuk terus berusaha sepanjang dekad bagi memastikan air mineral semulajadinya berkualiti tinggi dan mencapai masa hadapan yang lebih baik serta lebih lestari.

© 2023 BlackButterfly DesignArts