Spritzer Bergandingan Dengan Ngo Membantu Masyarakat Terjejas Akibat Covid-19

Syarikat yang menyambut ulang tahun ke-32, mengukuhkan komitmen untuk membantu masyarakat yang memerlukan

Kuala Lumpur, 21 September 2021Spritzer Malaysia (“Spritzer” atau “Syarikat”), yang mengeluarkanair mineral semula jadi terlaris di Malaysia, komited terhadap kesejahteraan masyarakat dan telah menyumbang bantuan kepada anggota masyarakat yang kurang bernasib baik dan terjejas ketika waktu mencabar ini akibat pandemik COVID-19.

Sumbangan ini cukup bermakna kepada Spritzer bersempena sambutan ulang tahun penubuhan ke-32 hari ini, bahawa kaedah terbaik untuk meraikan satu lagi pencapaian di dalam perjalanan korporatnya ialah dengan meneruskan komitmen untuk menyokong pelbagai lapisan masyarakat rakyat Malaysia, khususnya mereka yang telah terpinggir di dalam masyarakat dan kekurangan barangan keperluan seperti makanan, tempat berlindung atau air minuman yang selamat.

Spritzer Malaysia mengakui pandemik ini begitu berat kesannya terhadap golongan berpendapatan Bawah-40, masyarakat Orang Asli, gelandangan dan penduduk luar bandar. Syarikat ini telah meningkatkan program jangkauan masyarakatnya pada April 2021 menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan  (“NGOs”) iaitu membekalkan mereka bantuan dalam bentuk air minuman bersih ketika gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda.

Syarikat ini, sehingga kini, telah menyumbang bantuan bernilai lebih dari RM60,000 yang diagihkan menerusi NGO, bank makanan dan restoran. Selain aktiviti sumbangan derma lain, syarikat akan berterusan menyokong inisiatif dan program jangkauan masyarakat yang menyasar kepada kumpulan terpinggir atau terjejas teruk.

© 2023 BlackButterfly DesignArts