Southern Score Sampaikan Insentif RM100,000 Kepada Juara Dunia Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

Kuala Lumpur, 24 September 2022Southern Score Builders Berhad (“Southern Score” atau Syarikat) mengumumkan pemberian insentif RM100,000 kepada jaguh bergu badminton negara, Aaron Chia (“Aaron”) dan Soh Wooi Yik (“Wooi Yik”), berikutan kejayaan menjadi juara di Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo bulan lalu.

Aaron dan Wooi Yik menerima cek tersebut daripada Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Southern Score, Gan Yee Hin di majlis meraikan kejayaan pasangan bergu tersebt di sini hari ini. Turut meraikan kejayaan mereka berdua ialah tetamu jemputan dan kaitanagan syarikat tersebut.

Gan Yee Hi berkata, “Kita berkumpul di sini hari ini adalah untuk meraikan kejayaan luar biasa daripada Aaron dan Wooi Yik dengan menyampaikan penghargaan kepada mereka kerana menjuarai gelaran juara dunia untuk Malaysia. Terima kasih di atas dedikasi dan kerja keras, selain dari kecemerlangan ini, mereka layak untuk mendaoat ganjaran. Kami percaya kejuaraan dunia ini adalah permulaan awal dalama perjalanan karier mereka. Dengan ganjaran yang tidak seberapa ini, akan memberi motivasi kepada meraka untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan membawa lebih banyak kejayaan kepada negara di masa depan.”

“Kami berharap tanda penghargaan ini akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk membantu pemain generasi baru yang memiliki semangat untuk berjaya di dalam karier sukan mereka.”

“Pada masa yang sama, kami turut menyumbang RM200,000 kepada Petaling Badminton Club (“PBC”), di mana kelab ini telah banyak membantu juara dunia sekarang di awal karier mereka sebelum menyertai pasukan kebangsaan. Kami berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak membantu dan menyokong melahirkan bakat-bakat baru untuk mewakili negara. PBC memiliki sejarah dengan mengeluarkan beberapa pemain-pemain yang mewakili negara seperti, Chen Tang Jie, Cheam June Wei, Man Wei Chong and Goh V Shem.”

Aaron dan Wooi Yik berterima kasih kepada Southern Score di atas insentif itu dan berkata,” Kami berbangga mewakili Malaysia pada Kejohanan Dunia dan berterima kasih kepada Souther Score dan seluruh rakyat Malaysia di atas sokongan,”

Sokongan dari segi insentif seperti ini daripada Southern Score amat bermakna bagi kami dan memberi motivasi untuk kami mempersiapkan mental dan fizikal untuk memenangi lebih banyak gelaran di peringkat dunia, termasuklah sasaran kami pada Sukan Olimpik 2024 nanti.”

Southern Score merupakan pembina rumah Gred 7 CIDB yang diperakui untuk masyarakat dan masa depan negara. Syarikat sentiasa berkait rapat dengan masyarakat setempat dan kekal aktif dalam program penglibatan masyarakat seperti pendidikan, sukan, alam sekitar dan masyarakat.

© 2023 BlackButterfly DesignArts