Sokong #benderaputih MRCA dan DSAM Bergabung Untuk Membantu Lebih 8000 Keluarga

Kuala Lumpur, 16 Julai 2021 – Sebagai tindak balas kepada rakyat Malaysia terutamanya  dalam tempoh PKP yang berterusan manakala Persatuan Rantai Runcit Malaysia (MRCA)dan Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah berganding bahu untuk  mengumpulkan dana kecemasan untuk membeli bekalan makanan asas bagi golongan-golongan yang memerlukan. Sasaran bagi kempen ini adalah mengumpulkan RM500,000 untuk membeli 10,000 unit kotak makanan supaya dapat diedarkan kepada 10,000 keluarga di sekitar Lembah Klang yang amat diperlukan. Pengedaran kotak makanan ini telah bermula  sejak 3 Julai 2021.

Setakat ini, kotak makanan telah diedarkan kepada 2,000 keluarga di 9 lokasi pengedaran  termasuk PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur; PPR Sri Sabah, Kuala Lumpur; Kampung Tasek  Permai, Ampang Jaya; Kampung Labu Lanjut, Sepang; Kampung Baru Sungai Chua, Kajang;  Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur; PPR Seri Nilam, Ampang; PPR Hiliran Ampang, Kuala  Lumpur; dan PPR Pandan Mewah, Ampang. Lebih banyak lokasi sedang dikaji untuk  pengedaran yang seterusnya. Setiap penerima akan menerima kotak makanan yang  mengandungi beras (5kg), mi segera, bihun, sardin, kacang panggang, serbuk minuman  coklat dan biskut.

Shirley Tay, Presiden MRCA berkata “Ramai ahli kami telah mengalami kerugian yang teruk  dalam jangka masa penularan wabak ini, kebanyakan ahli kami tidak mempunyai aliran tunai  Yang mencukupi untuk menahan lagi. Namun, kami tetap cuba setakat kemampuan kami  bersama DSAM, percaya kami dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan  penderitaan rakyat.”

“Dalam masa yang sukar ini, kami memahami banyak keluarga sedang mengalami kesusahan  untuk mendapatkan makanan yang mencukupi dalam kehidupan harian. Dengan inisiatif ini,  kami bekerjasama dengan rakan niaga kami dari MRCA untuk membantu keluarga yang  terjejas. Melalui pergerakan kecil ini, kami berharap untuk menolong mereka untuk melalui  masa-masa yang mencabar ini,” kata Datuk Tan Chong Guan, Presiden DSAM.

Sumbangan tunai untuk kempen ini boleh dibuat secara langsung melalui;

MRCA (No. CIMB 8600617216 atau melalui borang ini https://bit.ly/3r595cZ) Untuk maklumat lebih lanjut dari MRCA, sila hubungi Simon Wong atau Lee Choo melalui  Whatsapp kepada +60124380435 atau lawati laman web MRCA www.mrca.org.my;

DSAM (No. Public Bank 3078 894 406 atau melalui borang ini https://bit.ly/2TAVpdw) Untuk maklumat lebih lanjut dari DSAM, sila hubungi Lawrence Cheah atau Feriz Mohamad  melalui WhatsApp kepada + 60193787937 atau lawati laman web DSAM www.dsam.org.my

Sokong #benderaputih MRCA dan DSAM Bergabung Untuk Membantu Lebih 8000 Keluarga – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts