Pengembaraan Pertama di Malaysia untuk Berenang di Langit, Terbang di Air, pelopor Kelestarian Pelancongan
i-City, 18 January 2025: i-City, Bandar Digital No. 1 Malaysia, telah melancarkan Sky i-City hari ini. Sky i-City adalah struktur setinggi 60 meter dengan tarikan gelongsor kaca.
Dengan tawaran pertama seumpamanya di Malaysia, Sky i-City mempunyai dek pemerhatian dengan lantai kaca lutsinar sepenuhnya di bahagian atas struktur, membolehkan pengunjung untuk menikmati pemandangan Lembah Klang yang mengagumkan. Ia juga mempunyai gelongsor kaca sepanjang 600 meter, yang memberikan pengunjung pengalaman yang menyeronokkan melalui gelungan dan putaran sambil menikmati pemandangan panorama bandar Shah Alam.
Penambahan baharu yang menakjubkan ini, dihiasi dengan lampu LED cekap tenaga dan merupakan mercu tanda baharu di i-City telah mengubah latar langit i-City. Ia menambah daya tarikan i-City dan ibu negeri Selangor menjelang Tahun Melawat Selangor 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sky i-City melengkapi tarikan i-City yang lain seperti SnoWalk bersuhu -8 darjah celcius yang sentiasa popular, Digital Sport Arena, MySports, City of Digital Lights yang diiktiraf CNN Travel, dan dua hotel: DoubleTree by Hilton i-City dan Wyndham Garden i-City. Tarikan dan hotel ini dijangka menarik 5 juta pengunjung pada tahun 2025, menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Selangor, di mana pelancongan menyumbang 26.5% daripada KDNK negeri.
Dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026, i-City juga memberi tumpuan untuk menarik pelawat dari pasaran utama seperti Timur Tengah, Singapura, India, dan China, yang bertujuan untuk menarik 35.6 juta pelancong antarabangsa dan menjana RM147.1 bilion dalam hasil pelancongan.
Menurut Pengarah i-City Monica Ong, Sky i-City menonjolkan komitmen i-City terhadap pelancongan lestari. Menara ini diterangi oleh pencahayaan LED cekap tenaga, yang menggunakan kurang tenaga berbanding pencahayaan tradisional, mengurangkan pelepasan karbon dan penggunaan elektrik. Ciri-ciri ini menyokong usaha i-City untuk menyokong kelestarian pelancongan sambil mengekalkan reputasinya sebagai Bandar Digital No.1 Malaysia.
Beliau berkata “Sky i-City bukan sahaja akan menjadi tarikan utama di i-City. Malah, ia akan menjadi salah satu tarikan utama untuk Malaysia dan ia mencerminkan fokus kami terhadap inovasi dan pembangunan lestari. Ia membolehkan kami menarik pelawat sambil menyumbang kepada matlamat pelancongan dan kelestarian nasional.
Beliau menambah bahawa i-City akan terus menggabungkan tarikan canggih dengan amalan lestari, menawarkan pengalaman unik yang menarik minat pelbagai jenis pengunjung.”
Untuk maklumat media, sila hubungi Cynthia Lee di 019-370 7200 atau email [email protected].