SK Magic Berganding Bahu Bersama Samsung Malaysia Electronics Untuk Menawarkan Cara Baru Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia Memiliki Penghawa Dingin Windfree™

Nikmati teknologi penyejukan Samsung WINDFREE™ dengan servis worry-free daripada SK magic dengan komitmen bulanan serendah RM79.

Kuala Lumpur, 13 September 2022 – SK magic Malaysia dan Samsung Malaysia Electronics telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan telah memperkenalkan cara baharu untuk rakyat Malaysia memiliki penghawa dingin WindFree™ Samsung melalui skim sewa mampu milik SK magic dengan komitmen bulanan serendah RM79.

Kerjasama strategik dengan Samsung juga membolehkan SK magic untuk mengembangkan kategori produk baharunya dengan penambahan model penghawa dingin Samsung WindFree™ berjulat daripada 1.0, 1.5, 2.0 dan 2.5 kuasa kuda ke dalam siri produknya.

Dikenali dengan pendekatan pintar dan boleh disesuaikan untuk mengawal suhu di semua ruang, penghawa dingin WindFree™ Samsung berfungsi dengan ekosistem Samsung SmartThings yang membolehkan rakyat Malaysia mengekalkan rumah mereka pada suhu yang selesa dan tetap dengan menggunakan alat kawalan jauh atau telefon pintar yang disesuaikan mengikut keperluan harian mereka.  Disebabkan iklim panas Malaysia sepanjang tahun, rakyat Malaysia boleh mendapat manfaat daripada teknologi penyejukan WindFree™ yang memberikan penyejukan secara berkesan tanpa sensasi udara sejuk yang tidak selesa daripada meniup terus ke kulit anda.

Penyejukan WindFree™ akan mengeluarkan udara sejuk secara senyap dan perlahan-lahan melalui 23,000 lubang udara mikro sebaik sahaja anda memilih suhu pilihan anda. Memandangkan ia direka untuk menyejukkan kawasan yang besar, anda boleh mengawal suhu keseluruhan bilik anda dengan mudah. Satu lagi kelebihan yang patut diberi perhatian adalah mod “Safe Sleep”, kemajuan teknologi yang mengawal suhu bilik tidur anda secara automatik semasa anda tidur untuk mengoptimumkan pelbagai fasa kitaran tidur.  

(Dari kiri ke kanan: Mr Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics dan Mr Andy Kim, Pengarah Urusan SK magic Malaysia pada majlis menandatangani perjanjian. Disaksikan oleh Mr Jimmy Tan, Ketua Unit Perniagaan Elektronik Pengguna; Mr Josh Kim, Pengarah Perniagaan Produk Peralatan Digital; Mr Son Chul Min, Ketua Jualan SK magic Malaysia dan Mr Kwak Kihyung, Ketua Hal Ehwal Korporat SK magic Malaysia)

“Kami sangat teruja dengan kerjasama strategik ini bersama Samsung Malaysia Electronics kerana ini membolehkan kedua-dua pihak terus berinovasi dan menyediakan teknologi canggih yang akan meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Andy Kim, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2018, SK magic Malaysia telah menawarkan skim sewa dengan harapan untuk menyediakan gaya hidup yang lebih baik kepada rakyat Malaysia dengan cara yang mampu dimiliki. Skim sewa ini akhirnya menjadi popular dan menarik pembeli dari seluruh negara, sekaligus meningkatkan jenama SK magic. Untuk memenuhi permintaan ini, SK magic telah menawarkan pelbagai pelan sewaan kepada rakyat Malaysia dengan pilihan pembayaran mampu milik.

Dengan kerjasama strategik ini, pelanggan yang membeli penghawa dingin Samsung WindFree™ melalui skim sewa SK magic akan menerima pakej perkhidmatan selepas jualan secara percuma. Pelanggan boleh memilih daripada Pakej Sewa Lite, Asas (Basic) ataupun Istimewa (Special) untuk menikmati frekuensi perkhidmatan yang berbeza sepanjang tempoh penyewaan.

Bermula daripada RM109 sebulan untuk Pakej Sewa Istimewa oleh SK magic, rakyat Malaysia boleh menikmati perkhidmatan minor dan major yang kedua-duanya adalah termasuk dalam pakej beserta waranti percuma selama 5 tahun. Perkhidmatan major termasuk pembersihan mendalam kedua-dua unit dalaman dan luaran manakala perkhidmatan minor termasuk pencucian penapis dan pembersihan asas unit dalaman sahaja. Manfaat daripada kepakaran SK magic dan Samsung dalam penyelenggaraan perkhidmatan dan teknologi canggih, rakyat Malaysia kini boleh merasai udara nyaman yang segar melalui teknologi WindFree™ tanpa sebarang kebimbangan.

“Kolaborasi antara SK magic dan Samsung telah membuka cara baharu untuk setiap rakyat Malaysia menikmati teknologi terkini pada harga yang berpatutan, akhirnya menawarkan persekitaran hidup yang holistik untuk mereka.” kata Andy Kim.

Sehingga kini, lebih 90 peratus pelanggan SK magic telah melanggan perkhidmatan berasaskan sewaan, bukti ini telah mempercepatkan lagi momentum dan pertumbuhan perniagaan di seluruh negara. SK magic optimis tentang prospek 2023 dengan strategi perniagaan yang kukuh dalam perancangan untuk mencipta lebih banyak kelengkapan rumah yang bermutu tinggi agar rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia.

(From kiri ke kanan: Mr Josh Kim, Pengarah Perniagaan Produk Peralatan Digital; Mr Jimmy Tan, Ketua Unit Perniagaan Elektronik Pengguna; Mr Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics; Mr Andy Kim, Pengarah Urusan SK magic Malaysia; Mr Son Chul Min, Ketua Jualan SK magic Malaysia; Mr Kwak Kihyung, Ketua Hal Ehwal Korporat SK magic Malaysia)

“Kolaborasi Samsung Malaysia Electronics dengan SK magic telah membolehkan kami mencipta lebih banyak nilai pelanggan berdasarkan keupayaan maju kedua-dua syarikat yang mewakili setiap bidang. Walaupun Samsung tertumpu pada tawaran teknologi dan produk yang terkemuka, SK magic mengkhususkan diri dalam program penyewaannya dan boleh menawarkan perkhidmatan tanpa kebimbangan kepada setiap pelanggan’’, kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Penghawa dingin Samsung WindFree™ kini boleh didapati secara sewaan di semua kedai jenama dan kiosks jenama SK magic. Dapatkanlah segera! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic di https://www.skmagic.com.my/ atau platform media sosial rasmi SK magic, Instagram @myskmagic_ dan laman Facebook @myskmagic.

© 2023 BlackButterfly DesignArts