Signature Market Meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Dengan Menganjurkan Lelongan Lukisan Eksklusif Dan Acara Amal Untuk Orang Ramai

Bengkel dan acara bertemakan ‘Together In Pink’ ini bertujuan untuk menggalakkan kesedaran dan refleksi diri yang lebih baik terhadap tubuh setiap orang.

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2022 Sempena sambutan bulan Kesedaran Kanser Payudara, Signature Market menganjurkan bengkel amal dengan kehadiran selebriti dan personaliti terkenal yang akan mengambil bahagian dalam sesi melukis pada 5 Oktober 2022, Rabu , mulai jam 12 tengahari hingga 3 petang di See Café, Arcoris Mont Kiara.

Bagi memperkasakan lagi bulan Kesedaran Kanser Payudara atau juga dikenali sebagai Pink October, Signature Market akan menganjurkan lelongan lukisan dalam talian dan hasilnya akan disalurkan kepada organisasi yang dipilih. Beberapa selebriti yang akan menghadiri acara ini termasuk Atilia Haron, penyanyi dan pengajar yoga; Anabelle Co-Martinent, Pengasas La Juiceria; Azzura Daud, model dan penyanyi; Goh Liu Ying, Pemain Badminton Kebangsaan dan ramai lagi.

“Di Signature Market, kami mengakui betapa pentingnya peranan petugas barisan hadapan perubatan. Oleh sebab itu, kami ingin memberi penghormatan kepada mereka yang komited menjalankan penyelidikan hari demi hari untuk melawan kanser. Jalinan kerjasama dengan Cancer Research Malaysia amat bermakna bagi kami kerana kami mahu menyokong tunjang kesedaran kanser payudara seterusnya melawan penyakit ini,” kata Edwin Wang, Pengasas Bersama Signature Market.

“Cancer Research Malaysia berbesar hati dapat bekerjasama dengan Signature Market dalam program kesedaran kanser payudara pada tahun ini. Seperti Signature Market, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan selesa, dan kebahagiaan itu bermula daripada kesihatan baik dari segi fizikal, mental dan rohani. Dengan melabur dalam penyelidikan untuk mengurangkan risiko kanser di Asia dan mempertingkatkan rawatan penyakit kanser, kami sebenarnya sedang berusaha untuk masa depan dengan matlamat lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kesihatan yang lebih baik. Usaha kami hanya boleh    melal ui sumbangan, jadi kami amat berterima kasih atas dana yang diperoleh melalui kempen Signature Market,” kata Profesor Datin Paduka Dr Teo Soo Hwang, Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia.

Signature Market akan turut menganjurkan acara Amal Kesedaran Kanser Payudara ‘Together In Pink’, dengan mengalu-alukan kehadiran pelanggannya  untuk sama-sama meraikan bulan tersebut dengan pelbagai aktiviti menarik. Acara ini akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2022 (Jumaat dan Sabtu) dari jam 10 pagi hingga 2 petang juga di See Café, Arcoris Mont Kiara. Bagi memeriahkan lagi acara ini, tetamu diminta tampil dengan pakaian bertemakan warna merah jambu.

Signature Market Meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Together in Pink

Pada acara itu, tetamu boleh menikmati mocktail eksklusif ‘Pretty In Pink’ dari jam 10 pagi hingga 2 petang dan mengambil bahagian dalam peraduan ‘Draw Your Tatas’, bertujuan untuk membantu individu memahami dan membiasakan diri dengan tubuh mereka. Peraduan akan bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang dan para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Selain itu, Cancer Research Malaysia akan turut mengadakan sesi perkongsian singkat untuk mendidik wanita dalam mengenali tanda-tanda awal kanser payudara.

Terdapat juga pameran lukisan untuk tujuan amal di acara itu di mana tetamu boleh melihat lukisan-lukisan menarik bersama pelukisnya dan menyertai lelongan amal dalam talian.

Sempena sambutan itu, Signature Market akan melancarkan kotak hadiah eksklusif selari dengan tema ‘Together In Pink’. Kotak yang dijual pada harga RM39.90 itu mengandungi barangan termasuk krim tangan, makanan ringan seperti popcorn, kranberi dan biskut mentega, serta set pen pewarna.

ProdukKeterangan ProdukHarga (RM)
Breast Cancer Awareness Gift Box1x Plant Origins Satin Sunrise Hand Cream (30ml)1x Premium Caramel Popcorn (150g)1x Cashew Cranberry Mix (170g)1x Colouring Pen Set1x Strawberry Butter Cookies (Gluten Free, 180g)RM39.90
Mocktail Pretty In Pink The Breast Cancer Awareness 2022 See Café mocktail consists of: Organic chia seed, fermented strawberry syrup, fermented apple syrup, orange juice, grapefruit juice, and soda. Garnished with peeled purple carrot, marjoram, and fermented plum.RM22

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila ikuti Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawang.

© 2023 BlackButterfly DesignArts