Signature Market Menyokong Kempen Kesedaran Kanser Payudara dengan Menyatukan 10 Jenama bagi Mencipta Kotak Hadiah yang Bermanfaat untuk Semua

Menekankan tentang kekuatan dan kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan, kempen “It’s ME” Signature Market meraikan kecantikan dalaman dan ketabahan semua wanita dengan slogan “Unleash Your Brilliance”.

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2023 — Oktober ini, Signature Market bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara dalam kempen yang memperkasakan wanita di Malaysia. Turut bekerjasama dengan Signature Market dan Plant Origins bagi menjayakan kempen ini adalah beberapa jenama terkenal antarabangsa dan tempatan yang menyumbang produk dan perkhidmatan mereka bagi mencipta sebuah kit yang direka untuk menggalakkan wanita menyerlahkan kecantikan dalaman dan semangat luar biasa dalam diri mereka. Sebahagian daripada hasil jualan kotak hadiah itu akan didermakan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.

Pada permukaan setiap kotak hadiah itu terpampang nama kempen, “It’s ME” – frasa yang bukan sahaja mengesahkan pemerkasaan dan penerimaan diri tetapi turut menekankan kepentingan untuk wanita mencorak naratif mereka sendiri. Pinktober ini, Signature Market mendapat inspirasi daripada perjalanan luar biasa wanita yang berani mengharungi perjalanan hidup mereka dengan kekuatan dan ketahanan diri.

Turut bersama-sama dengan Signature Market dan Plant Origins dalam kempen ini adalah jenama terkenal antarabangsa Marc Jacobs, philosophy, Libresse, Blackmores, Wardah, dan Youvit serta jenama tempatan Neutrovis dan Sunway Medical Center (Lampiran 1). Bersama-sama, jenama ini telah menghasilkan sebuah kit yang direka khas bagi menyediakan wanita dengan alat untuk kekal sihat dan menjalani kehidupan yang cergas bertenaga.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan jenama-jenama hebat ini bagi meraikan wanita di seluruh Malaysia, tanpa mengira latar belakang mereka atau apa yang sedang mereka lalui ketika ini. Misi kami di Signature Market sememangnya adalah untuk memberikan rakyat Malaysia alat yang diperlukan oleh mereka untuk mengambil langkah pertama ke arah kehidupan lebih sihat – sama ada kesihatan fizikal, mental atau emosi. Kami juga sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara pada tahun ini untuk mengembangkan lagi sumbangan kepada komuniti di sekeliling kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Signature Market, Edwin Wang.

Setiap kotak hadiah It’s ME dijual pada harga RM49.90 dan boleh didapati di dalam talian di sesawang rasmi Signature Market,   Lazada, Shopee serta di kedai jenama itu di Design Village Pulau Pinang dan di Signature Market Experience Store yang terletak di IOI Putrajaya (LG-215). Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi Signature Market dalam Instagram, Facebook, YouTube, atau laman sesawang.

© 2023 BlackButterfly DesignArts