Signature Market mendedikasikan Ulang Tahunnya yang Ke-8 kepada Pelanggan Setianya dengan Membawakan Perniagaan e-Dagang Mereka ke Lokasi Fizikal

Jenama FMGC itu juga akan bekerjasama dengan Laneige bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-28

Kuala Lumpur, 5 September 2022 — Tahun ini, Signature Market menyambut ulang tahunnya yang ke-8 bersama-sama pelanggannya dengan membawakan pengalaman perniagaan dalam talian mereka secara rasmi ke butik fizikal, iaitu SEE Cafe di Kuala Lumpur serta sebuah kedai di Pulau Pinang

Dalam tempoh lapan tahun yang lalu, Signature Market telah menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap usaha untuk menghasilkan produk yang dapat meningkatkan kesihatan fizikal serta mental para penggunanya. Pada Jun, jenama itu telah mewujudkan suatu tempat di Kuala Lumpur yang direka bentuk secara khusus untuk berehat atau bekerja dalam suasana yang penuh harmoni dengan elemen-elemen semula jadi, yang membolehkan penggunanya terus melakukan urusan masing-masing dan berhenti sejenak pada bila-bila masa mengikut kesesuaian mereka.

“Kami sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan kami. Tahun ini, kami menggandakan usaha kami bagi mencari jalan bagaimana untuk memberikan lebih banyak lagi ganjaran kepada mereka. Itulah sebabnya kenapa kami mencipta sebuah ruang pengalaman yang dapat menambah baik gaya hidup secara holistik, yang dapat meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal dengan lebih baik. Di butik ini, kami telah memasukkan sesi aromaterapi, sebuah kafe, karya-karya seni dan bengkel untuk para pengguna kami meluangkan masa berkualiti dan membebaskan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan di kota. Kami sememangnya sentiasa percaya bahawa rezeki yang melimpah ruah hendaklah dikongsi bersama dan kami gembira kerana akhirnya kami dapat menyediakan sebuah ruang dengan pengalaman yang mencerminkan semua ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Signature Market, Edwin Wang.

Selain berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan dan mempunyai aplikasi mudah alihnya sendiri, Signature Market turut meraikan pelbagai jenama di bawahnya yang dibangunkan olehnya selama ini. Jenama-jenama itu termasuklah Plant Origins, YI (TCM), Bunny U, Two Tails, dan SEE Café.

Dalam usaha untuk terus memperjuangkan penjagaan diri, jenama FMCG juga bekerjasama dengan Laneige untuk sambutan ulang tahunnya yang ke-28 bagi menyediakan set hadiah edisi terhad yang diinspirasikan oleh empat perisa Laneige Lip Sleeping Mask – beri, limau gedang, limau epal, dan coklat pudina. Menerusi kerjasama ini, Signature Market akan melancarkan dua set hadiah iaitu Goodnight Beauty Gift Box dan Your Night Routine Gift Box, yang berharga RM150 dan RM200 bagi setiap set. Set-set tersebut mengandungi pelbagai produk  penjagaan muka dan snek sihat, yang sesuai untuk dinikmati oleh pengguna sebagai ganjaran untuk diri mereka sendiri atau dijadikan sebagai hadiah.

ItemProduct DetailsPrice (RM)
Goodnight Beauty Gift Box1x Laneige Goodnight Kit & Water Bank Blue Hyaluronic 7-pc Trial Samples 1x Fruity Strawberry Crunch (Freeze-Dried, 30g) 1x Avocado Honey Multigrain Smoothie (10 sachets, 30g) 1x Fruit Fibre DX-Plus (15 sachets, 8g) 1x Omega-3 Trail Mix (140g)RM150
Your Night Routine Gift Box1x Laneige mini sleeping mask set 1x Handcrafted Bellagio Chocolate Beverage (150g) 1x Omega-3 Trail Mix (140g) 1x Vital Spark Marine Colla-Plus (300g) 1x Ryokucha Dark Chocolate Butter Cookies (180g)RM200

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila ikuti Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube, atau kunjungi laman sesawang.

Signature Market mendedikasikan Ulang Tahunnya yang Ke-8 kepada Pelanggan Setianya dengan Membawakan Perniagaan e-Dagang Mereka ke Lokasi Fizikal – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts