Signature Market Memulakan Tahun Baru Dengan Gratitude Journal 2.0 dan Bingkisan Hadiah Khusus Untuk Yang Tersayang

Pertama kali dilancarkan pada 2022, Gratitude Journal Signature Market dicipta bagi menangani isu kesihatan mental di kalangan masyarakat dan menjadi asas untuk rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sedar atau “conscious living”.

Kuala Lumpur, 6 Januari 2022 – Januari ini, Signature Market, jenama kesihatan FMGC terkemuka Malaysia, akan melancarkan edisi kedua Gratitude Journal mereka berserta dengan Set Hadiah Tahun Baru Cina edisi terhad. Dalam usaha menangani isu-isu yang memberikan tekanan kepada masyarakat Malaysia, jurnal tahun ini menumpukan kepada inisiatif “Saya Sedar” atau “I Am Concious” bagi mendidik orang ramai mengenai cara untuk membina semula kehidupan mereka selepas dilanda pandemik.

Direka oleh Edwin Wang, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Signature Market, Gratitude Journal 2.0 yang boleh didapati untuk pembelian di laman sesawang Signature Market telah dicipta ekoran daripada peningkatan kes berkaitan kesihatan mental di kalangan orang ramai, terutama sekali selepas dirundung pelbagai kesukaran akibat pandemik. Gratitude Journal 2.0 mempunyai lebih 224 halaman, jurnal yang padat dengan panduan ini turut didatangkan dengan bahagian baru yang menerapkan elemen kesedaran agar pengguna dapat mencoretkan emosi serta pandangan mengikut keselesaan mereka.  

“Gratitude Journal pada tahun lalu telah memperkenalkan konsep penetapan matlamat emosi dan impak kesyukuran dalam membentuk kehidupan yang lebih positif. Selepas mendengar maklum balas daripada pelanggan kami yang menggunakan jurnal ini, kami mendapati bahawa ramai di antara mereka yang telah mencapai kejayaan menakjubkan dari segi kekayaan, kerjaya, perhubungan dan kesejahteraan secara umumnya. Tahun ini, kami menyedari bahawa ramai yang terjejas akibat pandemik dan ianya memberi idea kepada kami untuk mencipta versi Gratitude Journal yang telah dipertingkatkan, dengan penambahan segmen-segmen baru. Kami berharap semoga rakyat Malaysia boleh menggunakan jurnal ini bagi membantu mereka menempuhi kehidupan seharian dan pada masa sama meningkatkan lagi kesedaran untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Kami percaya bahawa dengan kesedaran, segala-galanya boleh dicapai,” kata Edwin Wang.

Signature Market Memulakan Tahun Baru Dengan Gratitude Journal 2.0 dan Bingkisan Hadiah Khusus Untuk Yang Tersayang
Plant Origins

Sempena dengan Tahun Baru Cina, Signature Market turut melancarkan 16 bingkisan hadiah termasuk produk Plant Origins bermula dengan harga serendah RM68 untuk penggunanya. Daripada hidangan istimewa, snek berkhasiat, hinggalah kepada diffuser minyak esensial dan krim tangan, jenama ini telah menyediakan beraneka pilihan kotak hadiah istimewa yang sangat bermakna dan mengagumkan untuk semua orang.  Selain daripada itu, para pengguna juga akan menerima kad Tahun Baru Cina yang eksklusif secara percuma, yang boleh diisikan dengan ucapan peribadi bagi menambahkan lagi seri hadiah berkenaan.  

Bagi pelanggan yang berbelanja RM123 dan ke atas untuk bingkisan hadiah berkenaan, mereka boleh mendapatkan sarung kotak Signature Market dengan sentuhan reka bentuk unik yang serba mewah dan membawa tuah, ‘A Gift From The City II’  yang merupakan susulan nostalgia kepada perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu. Reka bentuk sarung kotak tersebut diinspirasikan oleh empat tema yang amat bermakna iaitu: bandar raya Kuala Lumpur, harimau, bunga badam yang melambangkan ketabahan, keteguhan cinta dan harapan berkekalan, serta simbol budaya tampalan fabrik tradisional di mana setiap tampalan itu melambangkan ucapan selamat, tuah dan semangat penyumbang fabrik berkenaan  yang pastinya akan menarik perhatian setiap orang yang melihatnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawang.

© 2023 BlackButterfly DesignArts