Signature Market Melancarkan Kotak Hadiah Eksklusif dengan llaollao, Juice Works dan The Fish Bowl untuk Meraikan Hari Wanita Antarabangsa

Menyokong wanita di mana sahaja, Signature Market menyasar untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti kita dan memberi penerangan tentang kehidupan yang sedar.

Kuala Lumpur, 2 Mac 2022 — Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Signature Market bekerjasama dengan llaollao, Juice Works dan The Fish Bowl untuk melancarkan kotak hadiah eksklusif untuk penggunanya. Dengan matlamat untuk menyebarkan semangat kebersamaan dalam komuniti tempatan kita melalui kempennya — ‘#SMCelebratesWomen’, Signature Market berusaha ke arah memaksimumkan suara orang ramai dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Melalui inisiatif ini, kempen ini bertujuan untuk memberi penghormatan dan meraikan wanita yang telah memberi inspirasi, motivasi atau menjadikan hidup kita lebih baik. Kempen yang baru dilancarkan ini juga berperanan untuk membantu dan menghormati anggota masyarakat dari semua latar belakang dengan kesaksamaan dan keterangkuman, serta mempercepatkan kesetaraan jantina.

“Di Signature Market, kami sentiasa percaya dalam memberikan impak positif kepada masyarakat melalui pendidikan. Melalui kotak hadiah istimewa ini, kami berharap dapat mengingatkan pengguna kami bahawa setiap orang adalah sama cantik dengan cara mereka sendiri dan penjagaan diri adalah perlu untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan,” kata Rachel Saw, Pengurus Pemasaran Signature Market. “Kepada pelanggan setia kami, kami sentiasa mengambil berat tentang anda dan berharap kasih sayang yang anda berikan kepada diri sendiri tidaklah kurang indahnya malah begitu bermakna sepertimana kasih sayang yang diberikan oleh orang lain.”

Selaras dengan matlamat kempen, ketiga-tiga jenama gaya hidup fenomenal itu menyokong penuh usaha untuk menyebarkan semangat kesaksamaan dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. Jenama yang menjalin kerjasama ini juga percaya bahawa memperkasakan wanita adalah penting untuk pembangunan kesihatan dan sosial komuniti kita dan berharap orang ramai mengambil peluang ini untuk menghargai dan mengiktiraf kepentingan sumbangan wanita kepada masyarakat masa kini.

“Kami di llao llao[1]  menyokong sepenuhnya mesej untuk menerima apa yang masyarakat anggap sebagai kelemahan menjadi asas kecantikan dalam keperibadian kita. Sebagai jenama yang mempunyai pengikut dari kalangan generasi muda, kami ingin menghantar mesej kesaksamaan dan tidak menghakimi dalam apa jua bentuk. Sama ada seksualisme atau perkauman, kami berharap melalui kempen ini, kami mampu berusaha ke arah menghapuskan sebarang bentuk ketidaksamaan dalam kalangan komuniti kami,” kata Encik Tan Kai Young, Pengarah llaollao.

Dengan harga hanya RM65, kotak hadiah Dear Self Signature Market terdiri daripada baucar daripada Juice Works, llaollao, dan The Fish Bowl yang digandingkan dengan pelbagai makanan ringan terlaris Signature Market untuk dinikmati oleh pengguna.

ItemProduct DetailsPrice (RM)
Dear Self Gift Box1x Juice Works Voucher – Water Berry (Power Size)1x llaollao Voucher – Medium-Sized with 3 Toppings1x The Fish Bowl Voucher – Standard-Sized Chicken Bowl1x Classic Nut Mix (25g)1x Chunky Peanut Butter (Sugar & Salt-Free) (100g)1x Omega-3 Trail Mix (25g)1x Low Carb Mix (25g)1x Wheat Straw Cutlery Set1x Spicy Seaweed Turtle Chips (65g)RM65

Untuk maklumat lanjut dan  terkini, lawati Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube atau laman sesawang.


Signature Market Melancarkan Kotak Hadiah Eksklusif dengan llaollao, Juice Works dan The Fish Bowl untuk Meraikan Hari Wanita Antarabangsa – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts