Seven Skies International School Meraikan Sedekad Kecemerlangan Pendidikan Holistik, Komited Melahirkan Individu yang Berketerampilan

Seven Skies International School juga melancarkan Pameran Tahunan 100 Heroes Of Islam, yang memaparkan tokoh-tokoh Islam sejak dahulu hingga kini. 

Seven Skies International School Meraikan Sedekad Kecemerlangan Pendidikan Holistik, Komited Melahirkan Individu yang Berketerampilan
Ir. Hj Cheremi Bin Tarman, Datuk Bandar Shah Alam dan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Antarabangsa Seven Skies bersama sama dalam upacara memotong reben bagi merasmikan Pelancaran Pameran Tahunan 100 Wira Dalam Islam melalui upacara memotong reben.

Kuala Lumpur, 26 April 2024Seven Skies International School (SSI), sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berprestij tinggi di Malaysia, menyambut ulang tahun kesepuluhnya dalam landskap pendidikan Malaysia. Bermula dengan 8 orang murid pada tahun 2014 dan kini berkembang kepada 400 orang, SSI menggunakan kerangka Early Years Foundation Stage (EYFS) UK untuk kanak-kanak tadika, UK National Syllabus untuk murid sekolah rendah dan IGCSE Cambridge untuk murid sekolah menengah peringkat O Level dengan berfokuskan kepada tiga teras iaitu Pengajian Al-Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Sambutan ulang tahun ke-10 SSI berlangsung di perkarangan sekolah bagi meraikan sedekad penubuhannya. Antara acara menarik pada sambutan tersebut adalah sorotan pencapaian dan peristiwa penting SSI sepanjang sedekad yang lalu. Tidak terlepas daripada mencuri perhatian hadirin ialah pembukaan rasmi Pameran Tahunan 100 Heroes of Islam yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Ir. Haji Cheremi Tarman. Pameran tersebut menampilkan kisah tokoh-tokoh Islam sejak dahulu hingga kini, dan dibuka untuk orang ramai. 

Seven Skies International School Meraikan Sedekad Kecemerlangan Pendidikan Holistik, Komited Melahirkan Individu yang Berketerampilan
Pameran yang baru dirasmikan, “100 Wira dalam Islam,” merupakan usaha kolaboratif yang melibatkan komuniti SSI, termasuk para pelajar bertujuan untuk mempersembahkan dan menekankan naratif wira dan tokoh teladan dalam Islam, merangkumi daripada tokoh sejarah hingga teladan kontemporari.

Dalam acara yang turut dihadiri ibu bapa dan bakal murid itu, SSI turut mengambil peluang berkongsi pencapaian akademik institusi tersebut sehingga kini. Sejak IGCSE ditawarkan kepada murid-muridnya pada 2017, kadar kelulusan peperiksaan tersebut adalah 100% dengan purata 89.5% murid memperoleh gred A*-B. Semasa peperiksaan IGCSE baru-baru ini, salah seorang murid SSI dianugerahkan pencapaian Top In Malaysia untuk sukatan pelajaran Cambridge IGCSE Islamiyat semasa Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge. 

Selain pendidikan akademik yang berkualiti, SSI juga menawarkan program Pembinaan Sahsiah (Character Development Programme) unik yang menjadi intipati utama sukatan pelajarannya. Program ini memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran insaniah, memupuk jati diri dan kemahiran kepimpinan serta kestabilan emosi murid. Latt Danial, seorang lepasan SSI berkata “SSI membentuk identiti saya bukan sahaja sebagai seorang Muslim, tetapi juga sebagai seorang individu. Nilai-nilai asas yang saya pelajari tentang menjadi individu yang berguna kepada masyarakat diterapkan oleh SSI – daripada asas ibadah Islam sehinggalah kepada kemahiran insaniah dan dalam bab akhlak. Saya masih istiqamah dengan semua tunjuk ajar daripada SSI sehingga hari ini.  Saya sangat bersyukur dengan didikan yang diberikan. Selain itu, aspek-aspek lain seperti pembinaan sahsiah yang dipupuk oleh SSI ke dalam jiwa saya dan perkara-perkara seperti adab makan, adab sesama manusia dan akhlak dalam memuliakan guru, sentiasa saya amalkan. Ia kini sebahagian daripada identiti saya dan saya amat berterima kasih kepada SSI”. Penekanan SSI terhadap pendidikan holistik merupakan pelaburan dalam pembangunan modal insan. Ia menyediakan murid untuk berjaya pada masa depan dalam pelbagai bidang profesional dengan memupuk pembangunan intelek, budaya dan agama murid. 

Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Tahir Usman berkata, “Kehadiran SSI memberi sumbangan yang ketara kepada ekonomi tempatan di Selangor. Selain menarik minat murid tempatan, sekolah ini juga menjadi daya tarikan kepada keluarga antarabangsa. Ramai ibu bapa, yang tertarik dengan reputasi cemerlang SSI, memilih untuk menetap di Selangor, sekali gus membantu merancakkan ekonomi tempatan melalui sumbangan mereka kepada sektor perumahan, perbelanjaan pengguna, dan pelbagai perkhidmatan. Kami mewujudkan perkongsian harmoni yang mencorakkan masa depan ummah bersama ibu bapa, penjaga, guru yang berdedikasi dan murid-murid cemerlang kami”. 

Seven Skies International School Meraikan Sedekad Kecemerlangan Pendidikan Holistik, Komited Melahirkan Individu yang Berketerampilan
Encik Tahir Usman, CEO Sekolah Antarabangsa Seven Skies menyampaikan ucapan alu-aluannya di Acara Ulang Tahun Ke-10 SSI & Pelancaran Pameran Tahunan 100 Wira Dalam Islam.

“Dalam meraikan kemajmukan dan memupuk kecemerlangan akademik, SSI bukan sahaja mengasuh minda muda tetapi juga memperkayakan kerencaman budaya masyarakat kita,” kata Tahir.

Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang Seven Skies International School, sila kunjungi www.sevenskies.edu.my

© 2024 BlackButterfly DesignArts