Setel memperkenalkan ‘Semua Boleh Setel’ dengan pulangan tunai hingga 10 peratus, membuktikan mobiliti bukan sekadar petrol 

Setel memperkenalkan ‘Semua Boleh Setel’ dengan pulangan tunai hingga 10 peratus, membuktikan mobiliti bukan sekadar petrol

Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Setel, aplikasi pembayaran petrol utama di Malaysia, bakal mencuri perhatian menerusi kempen akhir tahunnya, ‘Semua Boleh Setel’. Kempen yang komprehensif ini merupakan salah satu langkah untuk menjadikan Setel sebagai platform pilihan untuk mendapatkan lebih manfaat daripada pembelian barangan harian serta keperluan kenderaan, bukan hanya petrol semata.

Bermula 13 November 2023, kempen ‘Semua Boleh Setel’ menawarkan insentif pulangan tunai yang sangat menarik. Pengguna Setel boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 10% untuk pembelian di jenama rakan strategik terpilih. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati pulangan tunai 3% untuk  transaksi terpilih seperti pembelian di kedai dan dalam talian, parkir kenderaan, pengecasan EV, pembaharuan cukai jalan, dan bantuan auto 24/7.

Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel, dengan terujanya mengumumkan, “Setel telah mencapai pencapaian yang ketara  dengan membolehkan transaksi tanpa tunai di lebih 1.6 juta kedai dan memenuhi  keperluan kenderaan yang pelbagai selain petrol. Hari ini, kami teruja untuk melancarkan kempen ‘Semua Boleh Setel’ dengan kerjasama rakan strategik yang dihargai. Inisiatif ini bertujuan menghargai pengguna dengan promosi pulangan tunai yang menarik, selain menandakan satu lagi usaha dalam mencapai matlamat menyeluruh kami untuk memupuk mobiliti yang inklusif.”

Informasi utama kempen ‘Semua Boleh Setel’ termasuk:

Setel memperkenalkan ‘Semua Boleh Setel’ dengan pulangan tunai hingga 10 peratus, membuktikan mobiliti bukan sekadar petrol

Pulangan tunai 10 peratus untuk jenama terpilih

Bermula dari 13 November 2023 hingga 12 Januari 2024, bersedia untuk menerima ganjaran serta-merta dengan pulangan tunai 10%, terhad pada RM5 sebulan, apabila membeli barangan jenama kegemaran anda menggunakan aplikasi Setel. Rangkaian perniagaan yang terpilih termasuk:

  • KK SUPER MART
  • Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)
  • Village Grocer
  • PLUS R&R
  • Ben’s Independent Grocer
  • Pasaraya OTK
  • Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (OldTown White Coffee)
  • Loob Holding (Tealive)
  • Chatime
  • Pasta Panas
  • Café Mesra
  • Bake With Yen
  • BSC Fine Foods
  • Leisure Grocer
  • redBus
Setel memperkenalkan ‘Semua Boleh Setel’ dengan pulangan tunai hingga 10 peratus, membuktikan mobiliti bukan sekadar petrol

Pulangan tunai untuk pembelian di kedai, dalam talian, dan keperluan kenderaan

  1. Pulangan tunai hingga RM300 untuk takaful atau insurans kenderaan: Nikmati pulangan tunai hingga 10% bagi setiap takaful atau polisi insurans kenderaan yang dibeli, terhad pada RM300. Tiada nilai minimum bagi polisi insurans untuk kelayakan.
  2. Pulangan tunai 50% untuk tempat parkir: Pengguna boleh memperoleh pulangan tunai 50%, terhad pada RM2 setiap transaksi, dan menebus manfaat ini sebanyak tiga kali bagi setiap pelanggan sepanjang tempoh kempen. Tawaran menarik ini merupakan peluang terbaik untuk pengguna Setel baharu dan sedia ada yang hendak mencuba pembayaran parkir dengan Setel.
  3. Pulangan tunai RM20 untuk bateri kereta: Mengalami kerosakan kereta dan perlu menukar bateri dengan segera? Gunakan Setel untuk dapatkan penggantian bateri yang pantas dan nikmati pulangan tunai RM20.
  4. Pulangan tunai 3% untuk bayaran selain petrol: Dari 1 November 2023 hingga 31 Disember 2023, pengguna Setel boleh memperoleh pulangan tunai 3%, terhad pada RM5 sebulan, apabila menggunakan Setel untuk pembayaran parkir, cukai jalan, pengecasan EV, bantuan kenderaan atau pembayaran di kedai dan dalam talian.
  5. Pulangan tunai hingga RM800 untuk pembelian atau penjualan kereta: Dari 1 November hingga 31 Disember 2023, nikmati Pulangan Tunai Setel RM350 untuk penjualan kereta melalui myTukar dan Pulangan Tunai Setel RM450 untuk pembelian kereta melalui myTukar.
  6. Hingga 3x mata ganjaran Mesra untuk petrol: Nikmati hingga 3x mata ganjaran Mesra untuk setiap satu liter petrol yang dibeli. Mara ke tahap keahlian seterusnya untuk peluang menikmati 1.5x mata, 2x mata dan hingga 3x mata ganjaran!
  7. 3x mata ganjaran Mesra untuk Kedai Mesra dan Deliver2Me: Dari 1 November 2023 hingga 31 Disember 2023, dapatkan 3x mata ganjaran Mesra untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di Kedai Mesra dan Deliver2Me, dengan maksimum 500 mata sebulan dan jumlah transaksi minimum RM1.

Kempen ‘Semua Boleh Setel’ mempamerkan komitmen teguh Setel untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian penggunanya. Sama ada anda pengguna Setel baharu atau sedia ada, kempen ini menawarkan pelbagai manfaat dan kelebihan. Inisiatif ini adalah cara Setel memaknakan ungkapan ‘Semua Boleh Setel’ iaitu semuanya boleh dilakukan dengan lancar menerusi Setel. Muat turun Setel hari ini dan sertai kami dalam usaha memberi nafas baru untuk mobiliti harian.

© 2024 BlackButterfly DesignArts