Tempat persinggahan pengembara bijak, edisi pertama Hyatt Centric di Semenanjung Malaysia menawarkan panduan berguna kepada para tetamu untuk menjelajahi ibu kota seperti warga tempatan.
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2024 — Berada di tengah-tengah kesibukan ibu kota Malaysia, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur bakal menyertai barisan pencakar langit di kotaraya itu menjelang penghujung tahun ini. Terletak berhampiran dengan Menara Berkembar KLCC yang ikonik dan tidak jauh dari Menara KL, hotel mewah setinggi 21 tingkat itu merupakan Hyatt Centric pertama di Semenanjung Malaysia dan kedua di negara ini yang dimiliki oleh Hap Seng Consolidated Bhd selepas Hyatt Centric Kota Kinabalu.
Dua Ciri Rekaan Unik di Hotel itu: Ruang Menyambut Tetamu dan Tangga Berputar Dihiasi Taman yang Mengagumkan
Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang direka oleh Silverfox Studios bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penjelajah bandar untuk mengalami sendiri gabungan pengaruh moden dan tradisional di kota raya itu. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah destinasi tumpuan menghubungkan para tetamu dengan kawasan beriadah seperti Taman Eko-Rimba KL, kawasan membeli-belah Segi Tiga Emas, dan pelbagai pilihan bar dan restoran yang menyediakan beraneka jenis hidangan dari seluruh dunia.
Bilik tetamu yang bergaya di Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur
Hotel ini menampilkan gabungan 312 bilik, ruang terbuka yang direka dengan teliti, dan tiga konsep ruang makan yang unik mengambil inspirasi daripada pelbagai budaya yang mekar di seluruh Kuala Lumpur. Daripada garisan tebal dan rona bumi hinggalah kepada karya seni menarik hasil artis grafiti tempatan, Jefr, yang mana karya aslinya menghiasi sekitar jalan di Kuala Lumpur dan bandar raya lain, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur memperlihatkan evolusi kota raya itu daripada sebuah pekan perlombongan bijih timah hingga menjadi sebuah kota metropolitan yang sibuk.
IL Forno, restoran Itali istimewa di hotel itu
Tiga pengalaman menjamu selera yang bakal ditawarkan di hotel itu ialah IL Forno – restoran Itali sebenar yang menampilkan pelbagai hidangan pasta serta pizza yang dibuat menggunakan tangan, sesuai untuk dijamu selera buat seorang mahupun perkongsian beramai-ramai, TanBuri – konsep menjamu selera kasual yang menyajikan hidangan Tandoori dengan gaya donburi, dan @21 – lounge serta bar kolam di atas bumbung yang menawarkan minuman istimewa dengan cita rasa tempatan. Diketuai oleh Chef Eksekutif, Vincenzo Carbone dan Pengarah Operasi Makanan & Minuman, Davide Brescianini, setiap konsep ini bakal menampilkan menu cita rasa asli yang serba ringkas dan hidangan berinovatif untuk mendekatkan orang ramai dan menggalakkan mereka membina hubungan yang sejati.
“Kami ingin melakukan sesuatu yang berbeza dan mengambil apa yang paling kami suka di Kuala Lumpur dan berkongsinya dengan tetamu kami menerusi cara yang lebih menarik dan menyeronokkan. Kami adalah kawan anda, teman baik untuk mencipta detik indah yang boleh dikongsi bersama menerusi pelbagai penawaran hotel kami yang mencerminkan kehidupan komuniti di sekitar kami,” kata Pengurus Besar Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, Chikako Shimizu. “Hotel kami bersedia untuk menawar apa sahaja yang diperlukan oleh tetamu kami untuk berehat dan mengembalikan tenaga sebelum mereka keluar menjelajah ibu kota. Kami mahu mereka berasa selesa untuk merasai sendiri pengalaman seperti yang dialami oleh warga tempatan di kota raya ini dan membangkitkan keinginan untuk mengunjungi tempat-tempat yang biasanya tidak disenaraikan dalam peta pelancongan.”
Bar atas bumbung @21, ruang untuk berehat dan berkumpul
Sila kunjungi laman sesawang, Instagram, atau Facebook untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hyatt Centric dan tawaran istimewa sempena pembukaan hotel itu. Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur kini boleh mula ditempah untuk penginapan dengan tawaran eksklusif ahli World of Hyatt dan pakej pembukaan Explore the C yang termasuk sarapan harian, lawatan sehari bas Hop-On Hop-Off, 500 mata bonus World of Hyatt, dan kit hotel yang menarik. Tempoh tempahan untuk tawaran pembukaan berakhir pada 30 November 2024.
Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur ketika ini juga sedang mencari individu yang mempunyai perwatakan menarik, semangat ingin tahu, dan bersedia untuk memulakan pengembaraan baru bersama mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang kerjaya di hotel itu, sila kunjungi laman LinkedIn hotel.