Sesuai Untuk Golongan Muda – Realme 2 Pro Dipuji kerana Kuasa dan Gaya

KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2018 – Dengan segala kehangatan dan ulasan positif tentang telefon pintar Realme 2 Pro, tidak hairanlah bahawa ramai yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan peranti idaman ini.

Menawarkan pelbagai ciri menarik termasuk RAM dan ruang simpanan yang besar, pemproses berkuasa, dwikamera, reka bentuk titisan embun anggun dan pilihan warna unik, telefon ini direka dengan ‘kuasa maksimum’ dan ‘gaya hebat’, membawakan pengalaman bersepadu yang mencetus kreativiti pengguna di samping menyerlahkan keperibadian diri sebenar – semuanya pada harga yang berpatutan.

Sejak telefon dilancarkan pada 11 November 2018 di Malaysia, sambutannya sungguh luar biasa dengan 2,500 unit dijual dalam masa tiga jam di Shopee. Telefon utama Realme ini telah mendapat ulasan positif daripada pengguna yang gembira dengan prestasinya, lantas mempelopori industri telefon pintar sebagai kuasa baharu pasaran.

Sesuai Untuk Golongan Muda - Realme 2 Pro Dipuji kerana Kuasa dan Gaya

Realme 2 Pro menyediakan skrin penuh titisan embun 6.3-inci dengan nisbah skrin kepada badan sehingga 90.8%, manakala teknologi berlamina 15 lapis di bahagian penutup belakang bukan sahaja membawakan sentuhan titisan embun yang telus tetapi juga genggaman yang sendat dan selesa.

Telefon ini dipacu oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE (Enjin Kecerdasan Buatan), yang menambah baik pengalaman pengguna menerusi AI, di samping membolehkan alat ini digunakan dengan mudah dan lancar setiap hari.

“Oleh kerana Realme 2 Pro dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 660, dan mempunyai reka bentuk skrin titisan embun, saya teruja apabila bermain permainan atau menonton video. Saya sukakan Realme 2 Pro kerana menyediakan spesifikasi hebat termasuk RAM 8GB dan ROM 128GB pada harga yang berpatutan,” kata Mohammad Shahriz Azwa Abdul Razi, 21 tahun, dari Perak yang sudah mula mengesyorkannya kepada rakan-rakan.

Sebahagian daripada daya tarikan telefon ini ialah harga mampu milik bagi telefon pintar dengan ciri-ciri cemerlang, terutamanya RAM dan ruang simpanan yang besar – antara faktor utama yang dipertimbangkan oleh Patrick Tie Teck Lian, 36 tahun, dari Kuantan apabila mencari telefon pintar. Menurut beliau, “Sebelum membeli Realme 2 Pro di Shopee, saya membaca banyak ulasan positif mengenainya dari pengguna lain. Sejak saya membeli telefon ini, ia masih dikendalikan dengan lancar dan tiada masalah berlaku, terutamanya semasa bermain permainan, tanpa masa susulan atau operasi tergantung. Sudah tentu saya akan memperkenalkan Realme 2 Pro kepada rakan-rakan dan keluarga.”

Selain daripada fungsi yang hebat, telefon ini disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu Perairan Biru, Laut Hitam dan Tasik Ais untuk memenuhi cita rasa dan kegemaran peribadi berbeza pengguna. “Realme 2 Pro ialah sejenis peranti luar biasa. Selain daripada mampu dimiliki dan ciri-ciri hebat, apa yang menarik perhatian saya kepadanya ialah pilihan Tasik Ais yang sungguh anggun. Saya juga belum mengalami sebarang masalah walaupun selepas sebulan menggunakannya. Ciri telefon yang paling saya gemari AI Facial Unlock (Pengecaman Wajah AI) yang membolehkan saya mengaktifkan telefon saya menerusi pengecaman wajah apabila tangan saya kotor,” kata Nor Alizah Iskandar, 24 tahun, dari Selangor yang ayahnya juga berminat dan akan membeli satu tidak lama lagi.

Bagi mereka yang terlepas jualan hebat pada bulan November, mereka boleh menyertai Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee) yang menawarkan Realme 2 Pro secara eksklusif di Shopee pada harga RM799 dan ke atas.

Tawaran istimewa di Shopee semasa Shopee 12.12 Birthday Sale termasuk:

4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga runcit biasa RM 849)

6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga runcit biasa RM 949)

8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga runcit biasa RM 1,099)

Realme 2 Pro akan dijual mulai tengah malam 12 Disember 2018.

Layar https://shopee.com.my/realme.os untuk mendapatkan maklumat lanjut.

© 2023 BlackButterfly DesignArts