Seruan untuk Bertindak Meremajakan Pusat Bandar Kuala Lumpur Melalui Belanjawan 2024

Program Geran Kreatif KL 2024 merangkumi 6 tema berbeza untuk menzahirkan Pusat Bandar Kuala Lumpur yang lebih rancak dan berdaya huni

Seruan untuk Bertindak Meremajakan Pusat Bandar Kuala Lumpur Melalui Belanjawan 2024

Kuala Lumpur, 28 Mei 2024 – Think City telah melancarkan Program Geran Kreatif KL untuk tahun 2024, sebuah inisiatif utama yang berdedikasi untuk meremajakan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Dengan sokongan Kementerian Kewangan melalui Belanjawan 2024 yang merangkumi peruntukan sebanyak RM20 juta, program ini menekankan kepentingan pembaharuan di pusat bandar bersejarah ini.

Program Geran Kreatif KL adalah sebahagian daripada inisiatif nasional yang bertumpukan kepada peremajaan Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai sebuah daerah kreatif dan kebudayaan, menerusi usaha komprehensif bermula dengan radius 3km sekitar kawasan pertemuan Sungai Klang dan Gombak. Inisiatif ini mencerminkan visi kerajaan dalam meremajakan pusat bandar untuk memperkasakan komuniti dan perniagaan supaya turut serta dalam pemulihan lanskap budaya dan ekonomi bandar.

Seruan untuk Bertindak Meremajakan Pusat Bandar Kuala Lumpur Melalui Belanjawan 2024

Program geran yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa adalah bersempena dengan pembukaan semula Semua House di Kuala Lumpur. Sebagai antara rakan kongsi komuniti utama, Semua House memainkan peranan penting dalam meremajakan Kawasan Fesyen dan Tekstil (yang terletak dalam Presint Belibelah Tradisional) dengan menjadi hab utama bagi inovasi kreatif.

Dengan sokongan kerajaan, momentum telah mula terbina, dan telah melihat pelbagai perubahan positif di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Namun demikian, masih banyak kerja yang perlu digerakkan. Kerajaan komited untuk meneruskan sokongannya bagi meningkatkan usaha dan memperbaharui kawasan tersebut dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh Pusat Bandar Kuala Lumpur agar memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, “Usaha-usaha
pemangkin dalam menghidupkan semula Pusat Bandar Kuala Lumpur yang digerakkan oleh Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan komitmen kerajaan dalam mewujudkan sebuah bandar yang lebih rancak dan mampan, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI Malaysia. Menyedari potensi inisiatif ini untuk memacu pembangunan ekonomi yang inklusif di ibu kota, kerajaan akan memainkan peranan proaktif dalam projek ini dengan meningkatkan dan menyelaraskan usaha untuk memastikan ia mencapai potensi penuhnya dalam memberi nafas baharu kepada Pusat Bandar Kuala Lumpur agar menjadi destinasi kreatif bertaraf dunia.”

Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City berkata, “Kami mengakui dengan kadar urbanisasi di Malaysia dan cabaran yang dihadapi oleh Pusat Bandar Kuala Lumpur, usaha peremajaan bandar amat penting. Ini adalah usaha jangka panjang yang memerlukan dedikasi berterusan dan kerjasama daripada pelbagai pihak berkepentingan, komuniti, dan orang ramai untuk mencari penyelesaian yang kreatif dan inovatif.”

“Peremajaan Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi sebuah daerah kreatif dan kebudayaan adalah
kunci untuk membuka potensi bandar bersejarah ini. Melalui Program Geran Kreatif KL, kami menggalakkan komuniti untuk mengambil peranan masing-masing dalam memacu perubahan positif di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Dari peremajaan tapak warisan, sokongan perniagaan dan pengaktifan kreatif dan kebudayaan, hingga ke usaha penghijauan bandar serta pendigitalan dan pembangunan kapasiti, program ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran bandar yang rancak dan berdaya tahan untuk semua yang menetap, bekerja, dan beriadah di Kuala Lumpur.”

Seruan untuk Bertindak Meremajakan Pusat Bandar Kuala Lumpur Melalui Belanjawan 2024

Program Geran Kreatif KL direka mengikut enam tema utama – Peremajaan Ruang, Penyemaian dan/atau Pengembangan Perniagaan Kreatif & Budaya, Kandungan dan/atau Pengaktifan Kreatif, Peningkatan Daya Tahan Alam Sekitar, Digitalisasi dan Pembinaan Kapasiti – program ini bertujuan untuk memenuhi keperluan dan menangani pelbagai cabaran di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Dari meningkatkan ruang awam hingga menggalakkan inovasi digital, setiap tema memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pusat bandar.

Permohonan untuk Program Geran Kreatif KL kini dibuka. Bengkel, sesi jangkauan, dan pameran pencapaian penerima geran terdahulu akan dianjurkan untuk memberi inspirasi kepada pemohon baharu dan anggota komuniti di Pusat Bandar Kuala Lumpur yang ingin memainkan peranan penting dalam perubahan yang ingin dilihat dan dialami.

Untuk maklumat lanjut, sila layari thinkcity.com.my.

© 2024 BlackButterfly DesignArts