
squirrly-seo
domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init
action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-Jun terus memacu gaya hidup aktif rakyat Malaysia dengan varian stik pek MILO®
Ribuan rakyat Malaysia teruja apabila MILO® merealisasikan impian mereka untuk #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO® Park Seo-Jun. Acara istimewa yang diadakan di Sunway Pyramid itu meraikan Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-Jun yang menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi varian MILO® dalam stik pek yang mudah dibawa ke mana sahaja untuk memenuhi keperluan apa jua gaya hidup pada bila-bila masa.
Varian stik pek MILO® merupakan rangkaian produk MILO® berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian dengan rasa MILO® hebat. Varian tersebut termasuk MILO® 3-in-1, MILO® Original, MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® Less Sugar dan MILO® HI-FIBRE yang menawarkan lebih kebaikan serta nutrisi yang menepati pelbagai keperluan pengguna, termasuklah Park Seo-Jun yang menjalani gaya hidup aktif.
Sebagai Sahabat MILO® yang menjiwai tenaga MILO®, Park Seo-Jun menyertai barisan ikon-ikon tanah air yang pernah bergabung tenaga dengan MILO® sebelum ini untuk menyuntik nafas baharu kepada varian stik pek MILO®. Sejak mengenali MILO®, Park Seo-Jun telah menjalinkan ikatan istimewa dengan minuman kegemaran Malaysia itu dan menjadikan varian stik pek MILO® pilihan bertenaganya untuk kekal aktif.
“Kami gembira kerana berpeluang membawa Sahabat MILO® Park Seo-Jun lebih dekat dengan rakyat Malaysia, di mana Malaysia merupakan pasaran MILO® terbesar di dunia. Sesiapa sahaja yang menggemari MILO® merupakan sahabat MILO®. Justeru, kami ingin menonjolkan tenaga Sahabat MILO® Park Seo-Jun kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian MILO® kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya. Inilah keunikan rangkaian varian stik pek MILO®. Kami menawarkan pelbagai jenis MILO® kegemaran anda supaya anda juga boleh memilih satu atau apa jua pilihan yang serasi dengan keperluan serta gaya hidup anda,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Persembahan bertenaga lagu MILO® baharu “Kitalah Juara” oleh Sahabat MILO® yang lain telah menyuntik tenaga serta memeriahkan ketibaan Sahabat MILO® Park Seo-Jun. Ribuan penyokong MILO® yang hadir mengambil peluang keemasan itu untuk menyaksikan Sahabat MILO® kegemaran mereka beraksi, di samping menunjukkan kepadanya sokongan padu rakyat Malaysia terhadap MILO®. Teruja ketika Park Seo-Jun berkongsi cara kegemarannya menikmati MILO®, para penyokong bersorak gemuruh apabila beliau menjemput semua yang hadir untuk sama-sama menikmati secawan MILO® kegemarannya dengan slogan kempen yang kini ikonik, ‘Jom Minum MILO®’.
Pada acara tersebut, Sahabat MILO® Park Seo-Jun turut berkongsi keterujaannya, “Sebelum ini saya pernah mendengar bahawa MILO® ini jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari MILO®.”
Sementara itu, para pengunjung di Sunway Pyramid turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain, seperti jerayawara dengan promosi istimewa, minuman MILO® kegemaran rakyat daripada van MILO®, serta bahan-bahan promosi menampilkan Sahabat MILO® Park Seo-Jun yang menjemput semua untuk #JomMinumMILO.
Untuk maklumat lanjut tentang Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-Jun, layari www.milo.com.my/energetic-collaboration. Kekal bertenaga dengan rangkaian varian stik pek MILO® berikut, hari ini, dengan membuat pembelian dari kedai berhampiran atau dalam talian melalui Shopee atau Lazada.
MILO® HI-FIBRE: Varian MILO® dengan kandugan tinggi serat. Dengan 3.7g serat dalam setiap hidangan (30g), ia memenuhi 12% keperluan serat harian[3]. Di samping itu, ia mengandungi hanya kira-kira setengah sudu teh gula (sukrosa) [4] dalam setiap hidangan dan merupakan satu lagi pilihan yang sesuai untuk mereka yang mengamalkan pilihan kurang gula.
[1] Berbanding dengan serbuk MILO® biasa.
[2] Berbanding dengan serbuk MILO® biasa.
[3] Berdasarkan 30g serat setiap hari. Cadangan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2017 mengesyorkan 20-30g serat setiap hari.
[4] 2.9g sukrosa setiap hidangan, 1 sudu teh = 5g. Laman rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.