Sertai Buka Puasa Ekstravaganza dan  Jualan Raya Tahunan Commune Lifestyle

Nikmati hidangan berbuka yang enak dan diskaun eksklusif untuk kelengkapan rumah yang serba mewah bagi menyerikan lagi musim perayaan anda

Sertai Buka Puasa Ekstravaganza dan Jualan Raya Tahunan Commune Lifestyle

Kuala Lumpur, 28 Februari 2024 — Commune Lifestyle, lambang kemewahan untuk kelengkapan rumah, dengan sukacita memperkenalkan penawaran terbaharunya, “Buka Puasa bersama Commune”, sempena menyambut ketibaan Ramadan. Mulai 14 Mac hingga 10 April 2024, Commune menjemput para tetamu untuk menikmati pengalaman kulinari unik, bertempat di kawasan ruang pameran flagshipnya yang serba mewah di 69 Jalan Maarof, Bangsar Kuala Lumpur.   

Commune Lifestyle muncul sebagai sebuah jenama berwawasan yang didorong oleh semangat pengasasnya terhadap seni penceritaan menerusi perabot. Dengan komitmen terhadap kemampanan dan amalan beretika, Commune menghasilkan karya-karya yang menekankan naratif dan keaslian abadi. Diasaskan atas prinsip komuniti, Commune memupuk ekspresi peribadi dan rasa kepunyaan, yang berkembang sebagai kuasa dinamik dalam seni pembuatan dan reka bentuk perabot kontemporari, di mana setiap karya yang dihasilkan menceritakan suatu kisah yang unik. Berpegang kepada etos ini, Commune menjemput para tetamu untuk merasai semangat komuniti dan keenakan kulinari menerusi kempen terbaharunya.

Sertai Buka Puasa Ekstravaganza dan Jualan Raya Tahunan Commune Lifestyle

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, trak makanan Nacho Average Taco yang terkenal akan ditempatkan di premis Commune pada setiap Khamis, Jumaat, dan Sabtu dari 4:00 petang hingga 9:00 malam, bagi menambahkan lagi keriangan kepada pengalaman berbuka puasa di situ. Sementara itu, XO Ice, jenama gelato rendah kalori kelahiran Asia buatan Itali juga akan turut serta menawarkan hidangan gelato mereka yang enak dengan teksturnya yang premium. XO Ice mengutamakan usaha memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan gelato yang sihat, terutamanya di musim Ramadan. Kerjasama ini menjadi pelengkap kepada komitmen Commune untuk menyediakan pilihan menyegarkan yang memenuhi pelbagai citarasa dan gaya hidup, meningkatkan lagi keseluruhan pengalaman.

Sertai Buka Puasa Ekstravaganza dan Jualan Raya Tahunan Commune Lifestyle
Sertai Buka Puasa Ekstravaganza dan Jualan Raya Tahunan Commune Lifestyle

Untuk mereka yang sukakan kejutan, setiap pembelian set taco enak dari Nacho Average Taco pada harga RM20 akan melayakkan tetamu untuk menyertai cabutan bertuah eksklusif.  Hadiah-hadiah yang disediakan termasuk beg tote Commune yang diminati ramai, kupon diskaun serba mewah, barangan artisan, dan paling hebat sekali – hadiah utama Kerusi Lounge Samantha Commune yang terkenal, sebuah karya agung sofistikated bernilai RM1,950. Dengan setiap pembelian set taco, tetamu akan menerima satu kupon cabutan bertuah, meningkatkan lagi peluang mereka untuk memenangi hadiah-hadiah hebat ini.

Menerusi acara menjamu selera ini, Commune dengan sukacita mengumumkan Jualan Raya tahunan yang amat dinanti-nantikan, bermula dari 1 Mac hingga 14 April 2024. Para tetamu dijemput untuk melihat sendiri pelbagai kelengkapan dan aksesori rumah yang serba mewah, dengan  diskaun istimewa seluruh kedai sebanyak 20% untuk perabot dan aksesori rumah yang serba anggun. Hayati tarikan koleksi ikonik Commune, termasuk koleksi SIENA dan TIERRA, yang direka dengan penuh teliti bagi meningkatkan lagi seri dan suasana mana-mana kediaman.

“Kami gembira kerana dapat memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti pada waktu yang sangat istimewa ini,” ujar Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Pemasaran Commune Lifestyle Gan Shee Wen. Dengan kempen Buka Puasa ini kami menawarkan peluang unik kepada para tetamu untuk berbuka puasa bersama-sama. Digabungkan dengan Jualan Raya tahunan, kami menyasarkan untuk mencipta suatu pengalaman istimewa di mana para tetamu boleh menikmati hidangan enak dan kemudiannya membeli-belah perabot dengan mudah sambil menikmati tawaran eksklusif yang disediakan, menyemarakkan lagi kemeriahan musim perayaan ini.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi www.thecommunelife.com.my atau ikuti kami di Instagram.

© 2023 BlackButterfly DesignArts