Serikan Rumah Anda Sempena Hari Raya Tahun Ini: Tip Membersih daripada Chef Ezani

Hari Raya merupakan hari yang menggembirakan untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan taulan; kebanyakan dari mereka yang bekerja di kawasan bandar dan luar negeri akan mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama orang yang tersayang.

Menjelang sambutan perayaan bulan Syawal yang meriah ini, sudah tentunya terdapat pelbagai persediaan yang perlu dilakukan. Ini termasuklah penyediaan kuih raya; atau memasak dodol, rendang dan lemang; memasang perhiasan, dan jangan lupa, tugasan membersih rumah – yang kita sedia maklum tentang kepentingannya untuk memastikan tetamu yang hadir ke rumah ketika berasa selesa dan berpuas hati.

Aktiviti membersih kadang-kala boleh menjadi tugas yang sangat meletihkan, terutamanya ketika berpuasa. Namun, jangan khuatir! Berikut adalah beberapa tip yang dikongsikan oleh chef selebriti tanahair, iaitu Chef Ezani untuk menceriakan rumah anda sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri!

Membuat Penyusunan Semula

Untuk menjadikan rumah anda lebih luas dan berseri, anda boleh mulakan dengan membuang barangan yang tidak diperlukan lagi. Anda juga boleh menyedekahkan barangan ini kepada pertubuhan amal. Dengan cara ini, anda memperoleh dua manfaat – rumah yang lebih kemas dan anda juga boleh berbakti kepada masyarakat!

Tangani Tempat yang Sukar Dibersihkan

Habuk sukar untuk dibersihkan sepenuhnya tidak kira berapa banyak kali anda cuba, terutamanya di tempat dan ruangan yang tinggi seperti kabinet atau kipas siling. Untuk membersihkan habuk, sarang lelabah dan kotoran dari permukaan ini, cuba gunakan semburan air bersama kain pengelap mikrogentian (microfibre) yang bebas lin (lint free), serta tidak menggarit dan mencalarkan permukaan yang dilap. Dengan berbuat demikian, kain pengelap mikrogentian tersebut boleh menanggalkan dan memerangkap habuk serta kotoran tanpa penggunaan sebarang bahan kimia.

Untuk memudahkan lagi kerja anda, mulakan aktiviti membersih anda dari tempat yang tinggi dahulu, kemudian beransur ke tempat yang lebih rendah. Dengan berbuat demikian, anda tidak perlu membersihkan lantai anda semula apabila habuk dan kotoran yang dilap dari permukaan atas jatuh ke lantai.

Mengemop dan Memvakum

Sebelum mengemop lantai, anda perlu menyapu dan memvakum terlebih dahulu. Jika anda menggunakan vakum dan risau tentang garitan dan calaran yang mungkin disebabkan oleh vakum tersebut pada permukaan dinding rumah anda, anda boleh menampal pita pelekat di sekeliling kepala vakum tersebut. Pita pelekat tersebut akan memastikan tiada tompok-tompok hitam yang terhasil apabila vakum bergeser dengan permukaan dinding serta permukaan peralatan yang lain. Selain itu, gunakan alat krevis untuk membersihkan sudut dan ruangan yang sukar dicapai.

Aktiviti mengemop juga boleh meletihkan; namun, anda boleh cuba mempraktikkan satu kaedah yang mudah untuk melancarkan aktiviti mengemop anda. Cuba gunakan mop putar (spin mop) dan baldi, lalu mop lantai anda bermula dari satu bahagian permukaan lantai, ke bahagian permukaan yang lain. Kaedah ini membantu membersihkan kotoran dengan lebih pantas dan mudah.

Selain itu, pastikan anda memerah mop tersebut setelah setiap bahagian permukaan lantai selesai dimop. Kemudian, teruskan mengemop bahagian permukaan lantai tersebut dengan mop yang telah diperah tadi untuk mengelakkan kotoran dari tersebar ke bahagian permukaan lantai yang lain. Dengan menggunakan bahan pencuci dan mop yang betul, ia boleh memberi kesan yang signifikan serta boleh menjimatkan masa.

Dapur

Seusai memasak, pasti ramai yang mengeluh untuk membasuh perkakas yang telah digunakan. Aktiviti memasak dan membakar akan meninggalkan kesan-kesan kotoran yang degil – ia merupakan lumrah yang anda tidak boleh elakkan! Untuk tujuan ini, anda boleh menggunakan bahan pencuci yang berkesan dan span sental yang lasak untuk membasuh ketuhar, periuk belanga dan dapur memasak anda dengan lebih efektif.

Walaubagaimanapun, jangan gosok perkakas anda dengan terlalu kuat, terutamanya perkakas yang memerlukan penjagaan khas seperti kuali tidak melekat ataupun set cawan teh kegemaran anda. Jika anda menggunakan span sental yang biasa, ia boleh mencalarkan perkakas berharga anda, malah boleh mengakibatkan pertumbuhan bakteria di celah-celah calaran tersebut. Bagi perkakas anda yang berharga dan mudah tercalar, gunakan span sental yang bebas calar kerana ia boleh membasuh permukaan perkakas tersebut tanpa menyebabkan kerosakan dan calaran.

Jangan lupa tentang ketuhar gelombang mikro anda juga! Ramai yang mengendahkan kebersihan ketuhar gelombang mikro mereka; namun, anda boleh menggunakan  satu kaedah yang sangat mudah untuk membersihkan ketuhar gelombang mikro anda, iaitu dengan cara meletakkan mangkuk yang diisi air dalam ketuhar tersebut lalu menghidupkan ketuhar itu selama 3 minit. Wap yang terhasil akan menguraikan kotoran lantas menjadikan tugas membersih anda lebih mudah. Di samping itu, sekiranya anda mahukan ketuhar gelombang mikro anda berbau harum, campurkan sedikit air lemon atau serbuk soda penaik ke dalam air yang diisi dalam mangkuk tadi.

Akhir sekali, jangan segan atau silu untuk meminta bantuan. Minta bantuan ahli keluarga supaya anda boleh menjimatkan masa yang diluangkan untuk membersih serta anda juga boleh mengeratkan hubungan dengan mereka.

Dengan alat dan kaedah membersih yang betul, anda boleh membersihkan rumah anda dengan mudah! Jika anda sedang mencari alat yang sesuai untuk tugasan membersih rumah anda, berikut merupakan antara produk kegemaran saya: Scotch-Brite Heavy Duty Scouring Sponge yang berupaya membasuh kotoran degil tiga kali lebih berkesan berbanding produk yang lain; Scotch-Brite Delicate Care Scrub Sponge dan Non-Scratch Scrub Sponge pula mampu membersih tanpa mencalarkan perkakas anda; Scotch-Brite Spin Mop, iaitu mop yang mempunyai kefungsian spin dry dan spin wash yang disertakan dalam satu baldi, mop ini juga boleh digunakan untuk mengelap ruangan yang sukar untuk dicapai; dan akhir sekali, Scotch-Brite Dusting Cloth yang mampu menanggalkan dan memerangkap habuk tanpa penggunaan bahan kimia.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga Malaysia dan selamat membersih! Semoga panduan ini dapat menyerikan rumah anda sempena sambutan meriah bulan Syawal yang bakal menjelang.

© 2023 BlackButterfly DesignArts