Seratus ‘Influencer’ Kecantikan Berkongsi Rahsia Dan Meraikan Kemenangan Menghapuskan Bintik Hitam Dengan Serum Anti Bintik Hitam No 1 – Nivea Luminous630

Kuala Lumpur, 7 November 2022 – Hari ini, NIVEA, jenama penjagaan kulit No. 1 di dunia menganjurkan acara sambutan “NIVEA Luminous Skin Journey” yang menampilkan seratus selebriti terkenal dan influencer kecantikan yang merupakan pengguna NIVEA LUMINOUS630. Antara yang hadir memeriahkan acara itu ialah KOLs selebriti kecantikan seperti Yana Samsudin, Emma Maembong, Elfira Loy, Mayho dan Miko yang berkongsi bagaimana Serum Anti Bintik Hitam No.1 Dunia ini membantu mereka mengatasi masalah bintik hitam yang tebal.

Pada acara berkenaan, Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir kerana mempercayai NIVEA,jenama penjagaan kulit No. 1 di dunia dalam melawan bintik-bintik hitam, iaitu salah satu cabaran penjagaan kulit terbesar yang dihadapi oleh berjuta orang di seluruh dunia. “Dengan pengalaman dan warisan lebih daripada 100 tahun yang disokong oleh penyelidikan meluas yang bertahun-tahun, NIVEA berbangga dengan pengetahuan dan pemahaman yang dimiliki tentang kulit, sama ada bagi wanita atau lelaki, serta jenis kulit. NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum adalah ciptaan anti-bintik hitam terobosan yang dirumus khas bagi mengurangkan bintik hitam, garisan halus dan berupaya meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu sahaja tanpa merosakkan kulit. Bahan aktif utamanya, LUMINOUS630 ditemui selepas melalui proses 50,000 pengujian molekul yang melalui penyelidikan menyeluruh lebih daripada 10 tahun oleh saintis kulit di Jerman. Kami sangat teruja memperkenalkan inovasi unggul ini buat semua pengguna kami supaya mereka boleh memperolehi kulit yang bersih, muda remaja & berseri!”

Mengimbas semula pengalaman menggunakan NIVEA LUMINOUS630 selama tiga tahun bagi mendapatkan kulit yang cerah dan berseri, Mayho berkata “Berikutan kesibukan jadual saya sebagai seorang YouTuber dan pencipta kandungan (“content creator”), saya sentiasa mencari solusi penjagaan kulit yang mudah dan berkesan. Saya telah mencuba NIVEA LUMINOUS630 sejak tiga tahun lalu dan saya dapat lihat hasilnya dalam tempoh kurang daripada sebulan, terutama sekali bintik-bintik hitam yang timbul disebabkan oleh sesi pengambaraan yang berjam-jam lamanya. Ia juga membantu mencegah pembentukan bintik-bintik baru. Saya sangat gembira dapat menemui NIVEA LUMINOUS630 dan ia telah menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit saya dalam mengekalkan kulit cerah bersinar tanpa bintikhitam.”

Pelakon tempatan Elfira Loy pula berkata, “Saya membuat keputusan untuk mencuba NIVEA LUMINOUS630 setahun  lalu, dan hari ini ia telah menjadi sebahagian rutin penting dalam penjagaan kulit saya. Inovasi LUMINOUS630 yang dipatenkan hasil daripada penyelidikan lebih dari sedekad memberikan saya keyakinan untuk terus menggunakan produk ini. Lebih-lebih lagi, keberkesanannya terbukti daripada pengalaman saya sendiri! Dengan kehadiran cahaya mata baru, kurangnya tidur menyebabkan terhasilnya lingkaran hitam dan keletihan mata. Namun saya sangat gembira kerana NIVEA LUMINOUS630 bukan sahaja membantu menghapuskan masalah bintik hitam, malah rawatan mata LUMINOUS630 juga berkesan untuk membantu melawan masalah di sekeliling mata saya.”

Sesi perkongsian pakar oleh Dr Shazril dan Dr Nicholas turut memberikan pandangan dari sudut saintifik yang lebih mendalam di sebalik inovasi NIVEA LUMINOUS630. “Bintik hitam adalah masalah kulit yang biasa dan berbilion-bilion telah dibelanjakan oleh industri penjagaan muka untuk mencari penyelesaiannya. Sebahagian besarnya bintik hitam adalah disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlaku semasa pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari dan sinaran UV; ketidakseimbangan hormon dan pasca keradangan. “Tyrosinase inhibitors” atau “penghalang tyrosinase” adalah penyelesaian tersedia paling biasa dan selamat yang digunakan secara meluas di pasaran. Walau bagaimanapun, ianya didapati tidak berkesan atau menunjukkan hasil keputusan yang lambat berikutan bahan aktif yang diuji pada enzim cendawan, yang kebanyakannya tidak berfungsi pada kulit manusia. Inilah yang membezakan NIVEA LUMINOUS630. Ramuan inovasi terobosan ini telah diuji dengan “tyrosinase  manusia untuk pemeriksaan “inhibitor” dan terbukti 10x lebih berkesan dalam mengurangkan bintik-bintik hitam berbanding bahan aktif pencerah terkenal lain di pasaran.” LUMINOUS630 juga telah dipatenkan dah terbukti secara klinikal dan disahkan oleh Institut Dermatologi malah turut diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology yang terkenal di dunia, JID.

Demonstrasi solekan secara langsung memberikan bukti visual bahawa menutup bintik hitam dengan solekan bukanlah penyelesaian dan menekankan kepentingan merawat punca masalah kulit dari dalam. Di akhir acara, tetamu yang hadir diraikan dengan pengalaman NIVEA LUMINOUS630 yang mengujakan seperti ujian kulit dan berpeluang mengambil gambar melalui kamera foto 360 darjah yang menyeronokkan!

100 rakyat Malaysia yang terkenal di acara ini sudah pun ‘menguji & membuktikan’ keberkesanan NIVEA LUMINOUS630! Anda pula bagaimana? Alami sendiri keberkesanan NIVEA LUMINOUS630 dan saksikan sendiri hasil luar biasa dalam masa dua minggu! NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum dan rangkaian penuhnya boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA Official. Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit siang dan malam, serta produk rawatan mata. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea  atau layari https://www.nivea.com.my/ .

© 2024 BlackButterfly DesignArts