Sepiring Meraikan 9 Tahun Menyajikan Kulinari Asli Dengan Menyatukan Rakyat Malaysia

Perayaan ulang tahun membawa kegembiraan, kejutan, dan promosi menarik dengan diskaun hingga 50%

Sepiring Meraikan 9 Tahun Menyajikan Kulinari Asli Dengan Menyatukan Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, 23 September 2024 –Sepiring, restoran tempatan diperakui Halal yang terkenal dengan masakan asli Malaysia, dengan bangganya meraikan ulang tahunnya yang ke-9. Untuk memeriahkan lagi sambutan, Sepiring melancarkan pelbagai aktiviti yang menarik di seluruh Lembah Klang sepanjang September dan Oktober 2024, termasuk lawatan mengejut ke rumah yang terpilih dan sesi bersama para peminat yang telah lama menyokong Sepiring.

Sejak pembukaannya sembilan tahun yang lalu, Sepiring telah berjaya memikat selera rakyat Malaysia dengan menghidangkan kepelbagaian perisa tempatan, seperti Nyonya Nasi Ulam Platter dan Rojak Penang. Daripada pilihan klasik seperti Nasi Ayam Hainan kepada hidangan bermusim seperti Coconut Cendol Cooler, menu Sepiring mencerminkan warisan masakan Malaysia yang meriah dan paling sempurna untuk dikongsi dan dinikmati bersama.

“Perjalanan kami sejak sembilan tahun yang lalu dibina atas semangat untuk menyatukan orang ramai melalui makanan,” kata Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd.

“Lebih daripada sekadar tempat makan, Sepiring adalah ruang yang dapat merapatkan komuniti sambil menikmati hidangan enak seperti masakan di rumah. Sempena sambutan ulang tahun ini, kami mengenang kembali pencapaian kami setakat ini dan kami turut teruja untuk terus berkongsi keunikan warisan kulinari Malaysia dengan lebih ramai lagi pelanggan di dalam dan luar negara.”

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun, Sepiring telah membuat lawatan mengejut ke rumah terpilih di Shah Alam, Seri Kembangan, Bukit Jelutong, dan Petaling Jaya. Keluarga yang terpilih telah menerima hidangan terbaik daripada Sepiring iaitu Nyonya Nasi Ulam Platter dan Kuih Keladi untuk dinikmati bersama yang tersayang. Di samping itu, dalam usaha untuk memberi kembali kepada komuniti yang telah banyak menyokong mereka, Sepiring akan menganjurkan perjumpaan peminat untuk pelanggan setia restoran dan ahli aplikasi sedapZ.

Selama bertahun-tahun, Sepiring telah menjadi tumpuan utama bagi mereka yang mencari kelazatan hidangan seperti masakan rumah yang menawarkan rasa tradisional dengan kelainan moden. Setiap hidangan direka khas untuk merapatkan hubungan dan meraikan keindahan makan. Sama ada untuk makan tengah hari yang kasual atau perayaan istimewa, Sepiring bersedia untuk menawarkan pilihan yang sempurna untuk setiap majlis.

“Sepiring adalah tempat di mana ikatan dieratkan dan kenangan dicipta ketika di meja makan. Sambil kita bergerak ke hadapan, kami tidak sabar untuk terus menyatukan orang ramai melalui kepelbagaian cita rasa Malaysia yang menggamit selera,” tambah Kah Yong.

Sepiring merancang untuk mengembangkan lagi jejaknya dengan membina cawangan baharu selain aspirasi mereka untuk membawa cita rasa Malaysia ke pasaran antarabangsa. Dengan setiap lokasi baharu, Sepiring menyasarkan untuk terus menjadi duta warisan kulinari Malaysia yang membanggakan.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun mereka pada 20 September 2024, semua outlet Sepiring akan menawarkan Nyonya Nasi Ulam pada harga istimewa RM9.90 untuk promosi sepanjang hari. Selain itu, semua hidangan laksa boleh didapati pada harga RM12 mulai sekarang hingga 3 November 2024 untuk ahli sedapZ terpilih. Pelanggan juga boleh menikmati promosi menarik, termasuk diskaun hingga 50% untuk hidangan popular seperti Pasembur dan D24 Durian Pancake.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai Sepiring, sila layari laman web rasmi mereka di https://sepiring.com.my/ atau ikuti Facebook (https://www.facebook.com/SepiringUniquelyMalaysian)  atau  Instagram mereka (https://www.instagram.com/sepiring_malaysia).

© 2024 BlackButterfly DesignArts