Selamat Hari Kucing Sedunia! Selamatkan Seekor Kucing Dengan Mempamerkan Rasa Sayang Kepada Kucing Anda

Beli produk dari Whiskas®, Temptations™, IAMS™ Cat atau Sheba® pada Ogos ini untuk memberi kehidupan baharu kepada kucing angkat! 

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2021 – Raikan Hari Kucing Sedunia pada Ogos ini dengan melakukan sesuatu yang bermakna bersama haiwan perliharaan kesayangan anda. Mars Petcare mempelawa pemilik haiwan peliharaan menyertai kempen seluruh negara ‘Kediaman Mesra Bagi Setiap Kucing’; untuk berkongsi kisah yang menyentuh hati bagaimana haiwan peliharaan anda ini mengiau masuk perlahan-lahan ke dalam hati anda! Dari 1-31 Ogos ini, belilah produk Whiskas®, Temptations™, IAMS™ Cat atau Sheba® untuk berkongsi kisah anda di halaman Facebook WHISKAS® Malaysia. Untuk setiap kisah sayangkan kucing yang dikongsikan, satu beg makanan kering WHISKAS® akan didermakan untuk memberi makan kepada kucing-kucing di pusat perlindungan. Jadi jangan lepaskan peluang meraikan haiwan peliharaan anda sambil menyumbang untuk bersama-sama membentuk dunia yang lebih baik buat kucing di pusat perlindungan.

“Pada Hari Kucing Sedunia ini, mari memperingati makhluk mengagumkan ini yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Di Mars Petcare kami percaya kepada filasafah ‘A Better World For Pets’ dan percaya bahawa setiap haiwan peliharaan ini berhak hidup di dalam dunia yang lebih baik. Kepercayaan ini memang sangat bertepatan terutamanya terhadap haiwan yang masih belum mempunyai rumah kekal,” kata Wee Li Ying, Pengarah Negara, Mars Petcare Nutrition Malaysia. “Kempen ini merayu ihsan pemilik haiwan peliharaan di seluruh negara dengan menggalakkan mereka berkongsi keseronokan menjadikan kucing sebagai ahli keluarga mereka yang kami harap akan menginspirasikan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.”

Inilah caranya untuk anda mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kucing Sedunia kami:

Jangan beli, terima jadi keluarga sendiri!

Banyak kucing di pusat perlindungan dan organisasi penyelamat haiwan peliharaan masih memerlukan rumah. Jika anda belum bersedia membuka hati dan rumah anda kepada haiwan peliharaan ini, anda masih boleh menunjukkan keprihatinan dengan menyebarkan dan berkongsi berita mengenai kempen ini di media sosial untuk meningkatkan kesedaran berkaitan pengambilan haiwan angkat dan sokongan buat pusat perlindungan haiwan.

Menyertai Pergerakan

Dari 1-31 Ogos, buatlah sebarang pembelian produk Whiskas®, Temptations™, IAMS™ Cat atau Sheba® di kedai (dan simpan resit anda!), imbas kod QR di halaman Facebook Whiskas® Malaysia untuk berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM26,000! Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berkongsi gambar kucing si manja anda yang sihat dan riang bersama keterangan gambar yang menyentuh hati dan tanda pagar kempen kami – dapatkan butirannya di https://www.facebook.com/whiskasmalaysia/. Untuk setiap penyertaan, Mars Petcare akan mendermakan 1 beg  WHISKAS® kepada Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS, yang menjaga lebih 400 haiwan melalui sumbangan dan dana yang terkumpul daripada acara kebajikan.

Nantikan lebih banyak tawaran

Pada 6 Ogos ini, saksikan Acara Langsung Shopee pada jam 11 pagi di https://shopee.com.my/whiskaspedigree.os! Dihoskan oleh personaliti media sosial Hafiz Hamidun, juga pemilik kucing, ambillah peluang ini bagi mendapatkan beberapa tawaran eksklusif untuk produk Mars Petcare! Setiap pembelian yang dibuat melalui Kedai Rasmi Whiskas dan Pedigree di Shopee, 10% daripadanya akan ditukarkan ke produk dan didermakan ke Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS.

Apapun cara yang anda pilih untuk mempamerkan rasa sayang anda, ingatlah untuk menggunakan tanda pagar #HariKucingSedunia, #WorldCatDay, dan #ABetterWorldForPets.

© 2023 BlackButterfly DesignArts