Kuala Lumpur, 9 Disember 2024 – Perhatian kepada anak-anak dan ibu bapa di seluruh Malaysia, adakah anda bersedia untuk berlumba?
MR. TOY, sebuah rangkaian kedai mainan tempatan yang merupakan anak syarikat Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, dengan bangganya menjemput ibu bapa dan anak-anak menyertai “Remote Control Car Tournament” yang julung kali diadakannya. Acara peringkat kebangsaan ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan, menggabungkan semangat kerjasama, masa berkualiti bersama keluarga, dan persaingan yang mendebarkan.
Para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000, termasuk baucar tunai MR. TOY, trofi, dan pingat. Juara akan menerima baucar tunai RM3,000, tempat kedua RM2,000, dan tempat ketiga RM1,000. Ketiga-tiga pasukan terbaik juga akan menerima pingat dan trofi. Selain itu, lapan pemenang hadiah saguhati akan menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM500 dan pingat setiap seorang.
Untuk menyertai kejohanan ini, ikuti langkah-langkah mudah berikut:
Kejohanan ini dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat Pertama iaitu Kejohanan Negeri bertujuan memilih 11 pasukan finalis terpantas untuk mewakili setiap negeri dan wilayah persekutuan. Kejohanan ini terbuka kepada ibu bapa dan anak-anak mereka, dan akan berlangsung dari 14 hingga 15 Disember 2024 di 20 cawangan MR. TOY terpilih. Di Peringkat Kedua iaitu Pusingan Akhir, 11 pasukan finalis terpantas akan bertanding di MR. D.I.Y. PLUS IPC Shopping Centre, Damansara, Selangor, untuk merebut gelaran juara “MR. TOY Remote Control Car Tournament”.
Bersempena kejohanan ini, MR. TOY turut menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk berlatih atau membuat persediaan awal di 20 cawangan terpilih MR. TOY berdekatan mereka dari 7 hingga 13 Disember 2024. Penyertaan untuk kejohanan ini bermula dari 14 hingga 15 Disember 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai “MR. TOY Remote Control Car Tournament”, layari laman web rasmi MR. TOY di mrtoy.com, serta media sosial di Facebook, Instagram, dan TikTok. Para pelanggan juga boleh membeli produk MR. TOY secara dalam talian di www.mrdiy.com.my.