SEDANIA As Salam Capital Melancarkan JOMHIBAH: Platform Hibah Digital Pertama di Malaysia

Kerjasama dengan Hong Leong Islamic Bank membolehkan pembiayaan Hibah yang lancar, membuka jalan untuk pengambilan hibah lebih luas dalam industri perkhidmatan kewangan

Sorotan Utama:

● Pelancaran Platform JOMHIBAH: SEDANIA As Salam Capital memperkenalkan JOMHIBAH, platform digital pertama di Malaysia untuk pengurusan pusaka Islam, menawarkan penyelesaian bersepadu dan secara dalam talian untuk pembiayaan Hibah serta maklumat mengenai Hibah.
● Kerjasama dengan Hong Leong Islamic Bank: Kerjasama dengan HLISB membolehkan pembiayaan Hibah dengan lancar, sekaligus mengintegrasikan Hibah dalam perancangan harta pusaka melalui Pembiayaan Peribadi-i HLISB.
● Impak Industri dan Komuniti: Industri perkhidmatan kewangan memainkan peranan penting dan bermakna dalam menyediakan pembiayaan Hibah sebagai salah satu komponen pengurusan pusaka Islam dan perancangan kewangan untuk keluarga

SEDANIA As Salam Capital Melancarkan JOMHIBAH Platform Hibah Digital Pertama di Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam Capital Khairul Nisa Ismail (duduk kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank Berhad Dafinah Ahmed Hilmi (duduk kanan) semasa majlis menandatangani perkongsian di Menara Hong Leong.

Petaling Jaya,12 September 2024 : SEDANIA As Salam Capital Sdn. Bhd., syarikat peneraju teknologi pengguna dan solusi perbankan digital di bawah SEDANIA Innovator Berhad, telah mengumumkan pelancaran JOMHIBAH – platform Hibah digital pertama di Malaysia yang direka untuk memudah dan memperluas akses kepada instrumen pengurusan pusaka Islam.

Hibah, yang melibatkan pemindahan hak milik aset secara sukarela semasa hayat seseorang, semakin mendapat perhatian sebagai kaedah yang diutamakan untuk mengurus pusaka Islam. Ia merupakan pelengkap kepada instrumen pengurusan pusaka Islam sedia ada seperti wasiat dan faraid, dengan menawarkan penyelesaian yang menyeluruh dan fleksibel untuk pengagihan aset legasi seseorang, disamping memenuhi keperluan keluarga moden yang pelbagai.

Penggunaan Hibah yang semakin meluas menjadikannya penyelesaian yang efektif dalam menangani isu mendesak berkenaan aset legasi terbeku umat Islam di Malaysia yang mencecah anggaran RM 70 bilion pada tahun 2020 – disebabkan oleh pertikaian keluarga yang berpanjangan, proses perundangan yang lama dan rumit, serta melibatkan kos yang tinggi.

Laman sesawang JOMHIBAH membolehkan individu merancang pengagihan harta mereka secara awal dan strategik, terutamanya bagi hartanah, dengan mengintegrasikan Hibah ke dalam perancangan legasi sedia ada. Platform dalam talian ini menawarkan proses onboarding yang dipermudahkan melalui ciri Hibah Akad secara digital, berbanding cara tradisional yang memerlukan penandatangan dokumen secara fizikal di hadapan saksi. Proses yang dipermudahkan ini dijangka akan membantu lebih ramai keluarga membuat perancangan awal demi melindungi masa depan dan kesejahteraan mereka yang tersayang.

Kerjasama dengan Hong Leong Islamic Bank (“HLISB”) juga meluaskan akses golongan komuniti kepada pembiayaan Hibah melalui Pembiayaan Peribadi-i HLISB. Kerjasama ini membolehkan JOMHIBAH sekaligus mencapai audiens sasaran yang lebih luas dan tidak terhad oleh halangan geografi dengan proses pembiayaan yang digital sepenuhnya.

Nisa Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA As Salam Capital, menekankan matlamat utama pelancaran ini: “Peningkatan mendadak dalam aset keluarga yang terbeku di Malaysia sangat membimbangkan, terutamanya bagi keluarga yang bergantung kepada aset ini selepas kehilangan ahli keluarga serta mengalami kebimbangan pada masa hadapan mereka. Oleh itu, JOMHIBAH menawarkan solusi yang menyeluruh yang tidak hanya memenuhi prinsip Islam tetapi ia juga dapat membantu sebuah keluarga merasa lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang tidak dijangka dengan pertikaian yang minimum.”

“Platform JOMHIBAH kami ini akan bekerjasama dengan HLISB bagi mencerminkan komitmen kami untuk ‘Meningkatkan Kehidupan Secara Mampan’ (‘Improving Lives Sustainably’) dengan menawarkan penyelesaian digital yang inovatif, mudah diakses dan bersepadu yang dapat menjadikan perancangan pusaka lebih mudah dan selamat. Dalam pada masa yang sama, produk kami bukan sekadar menawarkan tawaran kewangan tetapi ia juga melambangkan tanggungjawab utama kami untuk membina satu penyelesaian yang memberi kesan positif kepada masyarakat.”

“Ia adalah amanah – satu tanggungjawab suci – yang kami pegang teguh. Hubungan yang kami bina dengan HLISB pada hari ini adalah lanjutan daripada amanah ini. Ia adalah hubungan yang terjalin dengan penuh kepercayaan dan bakal mengikat organisasi kami dalam memberikan penyelesaian pembiayaan secara tulus dan berteraskan nilai-nilai Islam untuk masa yang akan datang.”

Nisa turut menekankan impak yang lebih luas hasil daripada inisiatif ini: “Dengan Hibah yang kini semakin menjadi pilihan yang tepat dalam pengurusan harta milik umat Islam, institusi kewangan (FSIs) memainkan peranan yang amat penting dalam menjadikannya sebagai satu keutamaan (mainstream) dikalangan masyarakat Islam. Dengan menyokong keperluan asasi komuniti yang semakin relevan ini, FSIs boleh memastikan inklusiviti dan menawarkan penyelesaian yang komprehensif dalam perancangan pusaka, selaras dengan keperluan keluarga moden hari ini. Kerjasama kami dengan HLISB adalah bukti bagaimana FSIs dapat memacu perubahan yang penting ini.”

Nisa mengakhiri dengan menekankan impak sosial dari JOMHIBAH, “Industri perkhidmatan kewangan di Malaysia secara keseluruhan memainkan peranan yang penting dan amat bermakna dalam menyokong dan memudahkan keluarga untuk bersiap sedia menghadapi masa hadapan yang sukar sekiranya kehilangan ahli keluarga dengan menyediakan akses kepada pembiayaan Hibah melalui JOMHIBAH.”

“Seperti pepatah Melayu, ‘Sediakan payung sebelum hujan’ – di SEDANIA As Salam Capital kami komited untuk meningkatkan kesedaran komuniti dan menjadikan perancangan harta awal sebagai topik penting dalam perancangan kewangan keluarga. Bersama-sama, kita boleh memastikan lebih banyak keluarga bersedia dan dilindungi untuk memastikan masa depan mereka dipenuhi kasih sayang dan kewaspadaan.”

Untuk maklumat lanjut mengenai JOMHIBAH, sila layari https://jomhibah.com.

© 2024 BlackButterfly DesignArts