SDAC-Ford Raikan Trak Gaya Hidup Dengan Ekspresi Jenama Baharu ‘Live the Ranger Life’

‘Live the Ranger Life’  menyinari bagaimana Ranger telah berevolusi daripada sebuah trak utilitarian menjadi kenderaan premium dan kontemporari yang ingin dimiliki oleh orang ramai

Lima prinsip utama membantu menghidupkan semangat baharu jenama ini, pada masa yang sama menyinarkan nilai kehidupan yang diamalkan oleh pemilik Ranger

Selaku program pertama bagi pasaran trak pikap, sebuah kedai gaya hidup yang menampilkan barangan eksklusif Ford akan ditawarkan untuk pembelian secara dalam talian

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2021 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan jenama positioning baharu – Live the Ranger Life (Jalani Kehidupan dengan Ford Ranger) – yang meraikan evolusi Ranger menjadi sebuah trak pikap moden pada hari ini.   

Intipati jenama baharu itu merangkumkan nilai dan persona Ranger yang telah mengalami transformasi sejak dahulu, daripada sebuah trak untuk tujuan kerja kepada kenderaan yang mampu memenuhi setiap keperluan dan pilihan gaya hidup semua kelompok pelanggannya.

Ramai mengagumi gaya hidup Ranger yang cukup terkenal, ia seperti mengumpulkan individu yang berpandangan serupa dan berkongsi minat serta nilai-nilai sama dalam kehidupan. Sejak bertahun-tahun lamanya, Ranger telah membina satu bentuk keinginan dan aspirasi dalam kalangan pemilik trak.

Live the Ranger Life merupakan satu ekspresi tepat dalam menunjukkan bagaimana Ranger bukan sekadar kenderaan utilitarian. Malah, ia kini menjadi peneraju sebagai sebuah trak yang versatil dan premium. Trak pikap ini dibeli atas sebab gaya hidup dan keinginan orang ramai untuk memilikinya. Pelanggan yang memilih untuk membeli Ranger bukan sekadar tujuan kerja, tetapi untuk tujuan riadah dan keluarga. Terima kasih kepada kekukuhan Ford Ranger, keupayaan kejuruteraan, teknologi pintar, kabin mewah dan ciri kenderaan penumpang yang ada padanya,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair.

SDAC-Ford Raikan Trak Gaya Hidup Dengan Live the Ranger Life

Menghidupkan intipati jenama

Lima elemen utama yang memacu prinsip dalam mengekspresi gaya hidup dan semangat “Live the Ranger Life” dihasilkan menerusi satu kaji selidik pelanggan di peringkat global yang dijalankan oleh Ford di semua pasaran: “We Make Our Own Fun” (keseronokan memandu dan menjalani kehidupan), “Up and Over” (meredah cabaran), “Bring Others Along the Journey” (keluarga dan rakan-rakan), “Can’t Help but Help” (membantu orang lain) dan “Carve Our Own Path” (menjadi berani dan hidup tanpa kerisauan).

“Lima nilai ini menyerlahkan tentang cara pemilik dan mereka yang ingin memiliki Ranger menjalani kehidupan mereka. Mereka sentiasa terbuka terhadap pengalaman baru. Mereka tidak takut mendepani cabaran, bukan sahaja di atas jalan atau off-road, malah dalam kehidupan seharian. Mereka juga sentiasa mencari jalan untuk menyumbang kembali kepada komuniti dan menyokong golongan yang memerlukan. Dalam apa jua yang dilakukan, mereka ada matlamat tersendiri,” tambah Zuhair.

SDAC-Ford Raikan Trak Gaya Hidup Dengan Live the Ranger Life

Lebih banyak pilihan gaya hidup

Bagi meningkatkan fokus kepada aspek gaya hidup, SDAC kini bersedia untuk melancarkan kedai Lifestyle Ford Merchandise (Barangan Gaya Hidup Ford) dalam laman web e-dagang miliknya.

Bagi menawarkan pengalaman pembelian yang lancar, pelanggan boleh melihat barangan-barangan yang ditawarkan dan membuat pembelian secara atas talian dengan care pembayaran yang diingini seperti perbankan dalam talian, kad debit dan kredit atau e-dompet pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Pembeli juga boleh memilih untuk menghantar barangan ke destinasi yang diingini.

Satu lagi program menarik yang pertama dalam segmen trak pikap tempatan bakal dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, nantikan maklumat lanjut sedikit masa lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh Live the Ranger Life dan menerima tawaran terkini di bawah ekspresi jenama baharu ini, sila layari laman web www.sdacford.com.my atau ikuti Facebook, Instagram dan saluran YouTube Ford Malaysia.

SDAC-Ford Raikan Trak Gaya Hidup Dengan Live the Ranger Life
© 2023 BlackButterfly DesignArts